Thursday, October 20, 2005

Cik Puan Bunga

Assalamualaikum semua!! ^____^

Orang kata "Don't judge a book by its cover" . Orang katalah . Bukan aku yang kata . Aku cuma ikut apa yang orang kata . Bahaha ! So mari kenal kenal dengan aku .

Haha. Mesti kena ambil gambar yang terpaling kurussss! Sebab sekarang sudah menggemuk dengan awesomenya . Gemuk dan bahagia .Dilahirkan pada tanggal 8 Oktober 1983. Hoi kau nak lahir ke nak tanggal? Past the quarter of century (already) Tengok muka awet muda kan? Kehkeh.*Muntah* Aku bukan siapa - siapa pun, manusia biasa yang suku kecintaannya jatuh kepada benda benda berseni dan penulisan . Jadi sebab itu aku suka berblog. Aku suka something yang pelik - pelik dan diluar kebiasaan manusia. Benar , bahawa aku berjiwa penyayang. Jangan nafikan. Cintakan binatang . Juga lelaki kacak. Ehem . Pencinta tegar pink dan cokelat . Setakat ini belum pernah curang dengan keduanya . Orang kata aku perempuan yang kelakar . Aku menolak dakwaan ini dengan bersungguh - sungguh . Sebab aku berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa aku perempuan cantik yang lemah lembut dan terpelihara .

Graduated dari UPM (B.Ed TESL - Batch 2007) sambil - sambil belajar, aku sambil sambil cari pasangan hidup. Nanti senang, kerja terus kahwin. Eh. Haha. Kami graduated sama - sama. Kan ke comel tu. Bukan kantoi study sama - sama tau! Ingat tu adik - adik! Habis saja study, aku terus bekerja sebagai seorang pendidik yang comel dan berwibawa di sebuah sekolah yang ternama di daerah Batu Pahat Johor . Melalui perut jerih selama bergelar pendidik tak sikitpun mematahkan semangat untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna . Ferghh ! Ayat . 


Kan tadi dah kata, kalau sambil belajar cari jodoh, bila sudah bekerja boleh terus kahwin! Aku berkawan dengan suami sudah 10 tahun sebelum kami mengambil keputusan untuk kahwin lari. Eh. Kahwin betul -betul. Hehe. Kami bernikah pada 10 oktober 2008 Suami aku pandai memasak,tahu? Aku tak pandai. Aku pandai makan saja!

Photobucket


Biasalah. Bila sudah berkahwin, kamu akan mendapat hadiah cenderahati berupa barangan kecomelan seumur hidup! Yiiiieeeha! First time discover yang aku pregnant adalah pada November 2010. Auwww suspennya! Suspen sebab ah perangai aku saja macam budak umur 4 tahun , macamana nak jadi emak orang nih !

Photobucket


 Tadaaaaaaaaaaa! Bf baru aku yang kacak ini nama dia Adam Irfan Xaharis. Lahir pada 16 Julai 2010, Jumaat pada 4.15 petang di HBP - 3.76kg.AWESOME!
Sekian sahaja mengenai diri pemilik blog yang awesome ini (perasan)Terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak semenggah ni.
Tata semua!



Photobucket




10 Oktober 2008


Daisypath Anniversary tickers



Photobucket



16 Julai 2010. An angel is born.



Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal




Lilypie First Birthday tickers





Of Hello Baby Adam