Sunday, August 19, 2007

Students or Sardine??

Salam.

A two-day back to back from Batu Pahat to Kuala Lumpur is not as fun as it sounds.
Penat, lenguh and all those physicals tiresome menyerang saya.
Yesterday ( Saturday) saya droveall the way from Batu Pahat to Kuala Lumpur (Serdang) to get my graduation robe. I thought that it was going to be fun, but it was a total disaster!!

Saya bertolak dari rumah jam 6.15 pagi. Sejuk sgt dan cuaca mendung. And, sesampainya sahaja saya di area Pagoh, hujan turun dgn selebat2nya. Uuuuu…saya dahlah kurang nampak ketika hujan lebat, memaksa saya memperlahankan pemanduan. Hajat dihati mahu saja saya speed sesuka rasa tetapi mengenangkan yg pemanduan saya mungkin berakhir di tempat2 yg tak sepatutnya maka saya pun mematikan harsat tersebut. Perjalanan diteruskan dgn kelajuan tahap pemandu jenama ‘P’.

Tepat jam 8.00 pagi saya tiba di UPM (universiti terchenta) dan terus menjemput en.bear.perasaan mmg bercampur baur.gumbira, takut dan mcm2lah. HuHu…saya sampai di Fakulti jam 9.45 pagi. Kaunter jubah dibuka jam 9.30pg so I thought I would be among the earliest but my prediction was far from the truth. Students sgt ramai dan beratur panjang hingga ke tasik disebelah Dewan Kuliah Am Pusat (DKAP). Melihatkan pemandangan yang menyesakkan mata ini membuatkan jantung dan darah saya menjadi panas. Hai (yg turut bersama kami) mengeluh panjang. PheWWWwww!

Pusing2 cari parking..nunnnn jauh daripada kaunterjubah. Menapaklah kami didalam terik mentari pagi. Sambil mengomel2 kami pon beratur tanpa keikhlasan dalam hati. Really ridiculous la..we have to certify first the slip pengesahan survey KPT and Alumni UPM sebelum dibenarkan mengambil jubah. Kaunter yg dibuka amatlah cinonet dan petugas yg bertugas, tersangatlah…aduhai…ada 10 orang yg bertugas di kaunter Alumni, 2 menjaga kaunter dan 8 orang lagi (ataupun lebih, saya kurang pasti) mempacking cenderamata daripada pihak Alumni UPM untuk diberikan kpd para graduan. Dah tahu org ramai buatlah kerja cepat sikit,ini tak…terhegeh2..kami yg melihat rasa macam nak bagi makan kasut jer..dahlah terpaksa berpanas terik…berhimpit2 dgn pelajar lain yg kurang ilmu walaupun belajar di universiti. Berasak2, bertolak2, yg paling membakar hati,apabila ada yg memotong queue. Maka terjadilah adegan asak-mengasak, berperang mulut, terkeluarnya perkataan2 saintifik, tidak terkecuali saya dan Hai. HhaaHaaaa…

Bau –bauan yg pelbagai membuatkan sy hamper muntah lumut tapi saya tahankan juga. En.bear hampir2 give up dgn muka yg merah padam. Dalam hati saya berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. Walaupun hati sedang geram dan rasa terkilan dgn pengurusan Alumni yg tidak sistematik, tetapi mengenangkan keindahan bergraduasi membuatkan saya tersenyum kecil. Sabar..sabarrr…. saya memujuk hati sendiri. Adegan tolak menolak terus berlanjutan. Kami sudah seperti sardine cap bulan. Haduuuuhhh…

Hamper 2 jam setengah berdiri di terik panas, kami selesai juga mendapatkan jubah konvo masing2. tiba2 hati diserang sebak. Rasa tidak percaya pula apabila diingat2kan yg saya bakal bergraduasi. 4tahun terasa pantas berlalu. Saya pandang sekeliling. En.bear sibuk mencuba mortar board… Hai membelek2 jubah konvo dan Jule yg sedang menyelongkar pakej graduannya. Saya rasa gembira. Akhirnya kami berjaya juga.

Raptai pada hari rabu ini. Saya tidak sabar mahu menghadiri majlis itu. Seronok ataupun tidak, saya tidak mahu memberikan komen awal.takut kecewa lagi. Kami melangkah meninggalkan perkarangan DKAP melangkah ke parking. Mahu pergi mengisi perut yg sudah berkeroncong. Sambil melangkah, sempat saya menoleh ke arah kumpulan pelajar yg masih berasak di kaunter Bendahari.
Rasakan!!!
Saya ketawa dalam hati….

No comments :