Tuesday, October 30, 2007

(Tanpa Tajuk)

Minggu terakhir bergelar seorang penganggur terhormat sebelum melangkah ke alam pekerjaan… poyo betul~

Sepatutnya, sekolah apa yg bakal saya berkhidmat adalah rahsia, tetapi berkat pertolongan uncle saya yg berhati mulia dan penuh berjasa (he works at PPD Batu Pahat) maka perkara yg sepatutnya rahsia itu telah menjadi bukan lagi rahsia. Hhahhaaa...~

Inilah saya..yg bakal mendidik warga2 SMK (S) Seri Gading.
Maka disebut sahaja nama sekolah,akan ada yg bertanya ‘S’ tuh stand for apa..
Sengalkah?... Sempoi kah…? Suka hati mak bapak kau kah?...

Hihi.. sebenarnya ‘S’ itu stand for ‘SUKAN’.
Sekolah yg bakal saya berkhidmat ini adalah merupakan salah satu daripada 2 buah sekolah sukan di Johor. Baru sahaja. Agak-agaknya kurang dari 7 tahun sekolah ini bergelar sekolah sukan. Baru mahu membina reputasi sejagat, takrif saya.

Alhamdulillah...
Saya rasa berbangga juga dapat mendidik anak bangsa sendiri..
Pernah dulu saya berikrar pada diri, mahu menjadi seorang guru bahasa Inggeris dan mendidik anak-anak Jawa (seperti saya) untuk bertutur dan menguasai bahasa dunia ini. Rasa sedih pula...
Dengan niat ikhlas ini maka saya iqtikadkan dalam hati, yg saya mahu menjadi seorang guru yg ikhlas dan berjasa...

1hb November ini, maka rasmilah saya bergelar dulu (waaa..terlupa pula..kami ader tempoh probation..huhu...tapi technicallynya kami sudah layak dipanggil guru...).

takut, excited, malu, sedih...perasaan yg bercampur baur dalam hati...

I can do it...
This is what I have wanted for so long... this is it…
This is the time…

:: bukan sahaja mahu mengajar.. tetapi mahu mendidik mereka yg perlukan didikan… rahmati ku ya Tuhan…::

No comments :