Friday, August 22, 2008

BAHASA ~paradigma yg beranjak...

pemberian seseorang yg istimewa.diulangi i s t i m e w a.. ;)
.kadangkala.terlalu asyik berblog dgn bahasa penjajah.saya lupa indahnya bahasa sendiri.
manusia mmg begitu.
senang lupa pada sesuatu yg biasa.
maaf.
saya telah diajar begitu.
hebat sgtlah tu.speaking memanjang tu!marah seorang kawan.
taklah.aku tak rasa apepun.nanti jarang praktis,aku jadi tak fasih la.saya membalas santai.tanpa niat mahu membakar jiwa.
berlagak kau!mati sok org baca talkin guna bahasa omputeh ker?.kata2 kawan buat saya bungkam.
tak gunasss btol mulut kau!!.balas saya.tapi cuma dalam hati.
dia sgt benci bila saya gunakan bahasa kedua saya ini.(errr...kalau bahasa jawa boleh dikira sbg bahasa kedua saya, maka bahasa inggeris ini boleh dikira sbg bahasa ketiga saya...).katanya saya berlagak.malu berbahasa sendiri.tunjuk pandai.
bahasa martabatkan bangsa.kalau kau asek cakap omputeh manjang,mcmana bangsa nak maju!!!
saya pula sgt sensitif dgn isu bangsa.jgn bercakap pasal bangsa kalau kita sendiri tidak tahu apa makna 'bangsa'. lagi2, orang seperti teman yg sejarah waktu SPM cuma takat lulus,jgn sibuk bercakap pasal bangsa.
kalau semua org Malaysia mcm kau,yg pandai menghentam jer tapi xder ape2 sumbangan, laaaaagilah bangsa kita susah nak maju!kawan saya jd terdiam.mukanya merah.tahan marah.padan muka kau!!

No comments :