Tuesday, September 30, 2008

Cerita Dia


Dia bercerita tentang masa bahagianya tanpa henti.
Seolah2 saya wujud disitu sebagai pendengarnya yg paling setia.
Saya lihat riak gembira diwajahnya terpancar apabila bercerita tentang hari indahnya.
Saya tahu bahagia antara saya dan dia mula sirna.
Saya sapu rasa bimbang itu dengan gelak juga dengan senyum menutup luka.
Melihat bahagianya dia bercerita;
Saya jadi pasrah pada cerita taqdir.

“Dia mampu hidup tanpa saya.dengan bahagianya”
Telah saya dalam jiwa.

Dan saya tersenyum lagi.

;)

No comments :