Wednesday, January 20, 2010

Baby Check List

halooooooo! :D haha lempang karang tak reti nak bagi salam! assalamualaikum! :D

baiklah tadi pergi klinik buat monthly check up. alhamdulillah semuanya okey walaupun berat i dengan selambanya naik 2 kg.memalukan! sibuk cakap dengan semua orang "i mabukkkk... i mabukkkk..." tapi eh eh tuh yg penambahan lemak sebanyak 2 kilo tuh hape?

dah masuk minggu ke 16 - maknanya dah 4 bulan dah i upgrade status. oh. sedar diri sedar diri dah takpayahlah nak buat perangai diva and main lari - lari lagi sebab tak lama lagi i kan dah nak jadi mama orang. huhu! insaf. biasanya time - time macam ni org lain dah buat checklist barang - barang baby bagai, siap ada buku nota segala catat apa yg patut kena beli la semua - semua. i takde lagi semua tuh. selamba je suruh emak jadi i punya reminder merangkap i punya PA untuk tentukan apa yg kena beli and apa yg tak cukup lagi. baguskan? :D

bulan keempat ni belum ada tanda - tanda perut nak membesar walaupun dah ada bonjolan kecil yang comel lagi mengasikkan di bahagian perut lah of cos. takkan pregnant halkum pulak yang terbonjol. buncit yang i tak malu nak tunjuk. bangga malah. belum merasa gerakan - gerakan lagi. tapi sungguh tak sabar nak melalui saat - saat tu.

perubahan fizikal yang super ketara adalah breast enlargement yang sungguh voluptuous sekali. dah tak boleh nak pki bra yang push up lagi dah sebab sangat tak sesuai. so kenalah tukar uniform untuk bra.

mabuk still ongoing. kadang - kadang rasa give up lalu nangis sorang - sorang. i pulak sangat mudah diserang demam masa pregnant ni. demam + muntah berlahak yang super seksa untuk dilalui. kesian suami terpaksa layan semua benda yang i mengaruk nak. kejap nak makan megi goreng, karang nak air soya bean. sumpah lepas ni takkan jahat dengan suami lagi. huhu!

emak kata nanti masuk 6 bulan pregnant baru beli barang - barang baby sebab time tu confirm dah tau gender baby semua. okeh. make sense jugak. jadi i goyang perut sajalah. tak prepare apapun selain prepare perut saja. berat i sekarang dah 53.6kg. kalau dulu i berat macam ni mmg sumpah dah jogging hari - hari and tak makan nasi segala - takut gemuk! ha sekarang dah gemuk betul! hambik! (-___-)' redha.

oh nanti 22 Jan 2010 kena buat MGGT. bencinya! minum air gula. yiekkkkk! *muntah* lepas tu siap kena puasa pulak malam sebelum tu. benci benci!

p/s : sumpah mabuk still tak hilang lagi. (-___-)'

No comments :