Thursday, April 9, 2009

Kenapa Kau ni??!

Orang kata saya menghidapi sindrom ‘balik BTN’. Merasa patriotik secara tiba-tiba, rasa bersemangat bila ternampak bendera Malaysia, secara ghairahnye mengoogle lagu ‘Warisan-Sudirman’ (siap menyanyi dengan sepenuh hati-paksa sekali husband nyanyi sama) dan yang lagi ajaibnye,saya mula membaca buku perlembagaan Malaysia. Ini sangat pelik ok. Saya mula kurang bercakap dengan manusia lain melainkan perkara-perkara yang melibatkan kenegaraan. (diulangi-kenegaraan) Pheww- sindrom ini sgt membimbangkan.

Bayangkan-saya, Nik, Oat dan Tim menghabiskan masa hampir 3 jam bercerita mengenai hal-hal kemerdekaan tanah melayu, isu2 politik semasa dan perlembagaan persekutuan dengan ilmiahnya! 3 jam okeh! Ini sesungguhnya sesuatu yang ter-pelik sekali! (3jam bersamaan tawaf shopping mall sebanyak 7x!)

(kembang lubang hidung)

Mode dalam diri adalah sangat bangga,ya. Saya mula rasa sangat bertanggungjawab terhadap negara dan perjuangan orang melayu menuntut kemerdekaan. (time neh dah rase sebak dah nie...) ok ok-saya agak mengikut emosi sedikit. Haih-tak pernah terfikir yang saya kan menjadi begini.sangat tak boleh blah,okeh!

Banyak yang kita terlalai sebenarnya. Ini bukan bercakap pasal pegangan politik okeh-ini adalah kesedaran terhadap negara dan hak kita sebagai orang melayu. Kita lalai.

Kata azimat Hang Tuah;
“Takkan Melayu hilang didunia...”


Owhh tersangat betul la saya ini terkena sindrom ‘balik BTN’.

No comments :