Adik Pun Nak Tumpang Femes.Tsk

ye-la ye-laaaa.sebagai memenuhi permintaan my lil'sis (cheyyy trick kau buat nada suara mcm ini ada-lah wish kau kat dying bed adalah sgt berkesan.cilakak!) beliau naaakkk se-sangat jadi model ber-bayar i (wtf!adik sendiri pun mintak payment!pftt!dem!) so inilah hasilnya. banyak lagi sebenarnya.sumpah kau nak femes dalam blog aku?boleh-blah! whhooh. jangan kutuk.puji melambung takpe.owh nampak sgt i ni gila puji pujian.ish.ada ke begitu.tsk.

enjoy!

(owh ya.she's still single.dia tak memilih.hambek kau.promote lagik!)










lokasi : sekitar banglo lapan ratus tingkat kepunyaan mummy daddy i.

kotak ajaib: Nikon D60 enjin turbo.

busana: wardrobe sendiri la... shawl pun pinjam i tuh!tsk!

Read More»

Kembali Dengan Lensa


shit ah! lama giler tak pegi men-sekodeng dengan kotak ajaib.

petang tadi pegi men-sekodeng kembali.

nah nah.

ini sedikit teaser.

hambik!

Read More»

Benda Benda Best Dalam Dunia Tsk Tsk..

OMG!! Comel sumpah fluffy habes!

Tengok tengok! Sila cakap u guys jeles sekarang. Comel-kan teddy ini. Heee... ini-lah bagusnya jadi chekgu.ada je kejutan yang i dapat.haruslah buat muka terkejut and terharu bila nampak ini di-atas meja. Comel. Sumpah sangat comel. Ya ya.benda benda comel haruslah berada dengan orang orang yang comel juga. Okeh okeh.vain. jadi kalau rasa nak muntah sila-la muntah sekarang. Tsk tsk tak bagi can langsung!

TERIMA KASIH AFIF AZREEN KALAU I MUDA LAGI SUMPAH I AMEK U JADI SPARE-PART I PASAL U HANDSOME DAN TOUGH.

Balik dari skool agak lambat. Ada meeting LET yang macam haram punya lambat. Annoying. Bukan best pun dengar big bro membebel pasal marking SPM paper. Muntah muntah okeh. Tapi harus-lah muka buat macam interested gilos siap tanya soalan itu ini siap scribbling something on the paper macam taking down note padahal tengah buat gambar vavis.owh owh. Each time nak menguap buat buat macam tengah gelak gelak. Pffftttt whore.

Pas mandi and solat rasa cam dapat hidayah coz rasa extra rajin sampaikan mummy (geli!) soh makan pun siap buat muka sombong and kata ‘nanti jap ah mummy, i nak MENJAHIT’. Ye ye u guys tak salah dengar la. I menjahit okeh.jahit ribbon kat shawls.whohh bangga bangga. Coz tengok la hasilnye! Ngeee... so sapa yang penah kata i tangan bangku sila sepak muka anda sendiri sekarang. Mummy i tailor cam femes okeh okeh jadi harus la i ada bakat itu.bluwekkkk.



TENGOK teddy i pon pandai tutup aurat.tsk


TENGOK TENGOK polkadot babe.sumpah lawa la.aish.

Then rasa ngantoks pulak.tadi ingat nak layan wonderpet jap.tapi ah rasa cam effing idiot plak nak layan wonderpet (boleh pulak hamster sama besar dengan itik.wtf) so rasa cam nak makan then nak tido.barulah perut jadi boncet.boncet kan seksi ini time.sexy whohh.hahahh.terasa betol sesapa yang wajib terasa.

p/s: ngantokkkk....


Read More»

Haihhhh La Bunga....


Tengok budak eh eh budak kah?errr... tengok budak yang bukan budak bunga ni! baru minggu lepas nyanyi lagu "kami guru malaysia" minggu ni dah tak insaf lagi!hoi hoi paper esei melambak lambak merayu rayu dan bergolek golek mintak di-marking tetapi beliau dengan gembira-nya bermain main HTML code dan widgets!jahanam la lagi blog beliau!tampil dengan gambar burung 3 ekor (apakah maksud ter-sirat disebalik penempatan burung terbabit??) lepas tu besok sumpah harus bising bising kat bilik guru dengan ayat "tengok ni eyebag kita sampai hitam hitam ni,malam tadi tido lambat tau sebab marking paper..."siap lagi pulak buat muka sedih sedih minta simpati kot kot ada yang sudi belanja makan.


p/s:ada yang pernah kata "bunga,kalau kau ni bukan jadi chekgu kau ni dah sah sah jadi pelakon wanita terbaik anugerah bintang popular ke-18!--tatau ah perli ke ape...

Read More»

Teman Waktu Tidur (Bukan Cerita Lucah Ehhh...)


hekeleh vain-nyer siap post gambar teddybear!
tua ganyut tak sedar diri!

eeehhh-sadappp you!!! [pangg!]

Read More»

Hidup Busy Seperti Lebah Yang Hot Dan Sexy

Mari lihat muka muka annoying!





Minggu minggu yang busy. Diulangi-busy. Okeh. Ini bukan busy buat buat coz nak jugak merasa berlari lari dan panik panik macam cikgu cikgu yang lain. Tapi ini betul betul busy. Sumpah gila banyak benda yang kena buat. Nak marking paper exam. Owh dan esei adalah yang ter-paling challenging sekali okeh. Kadang kadang rasa cam nak picit picit je diorang coz buat esei yang sumpah serius kalau hantar kat expertise untuk marking mereka akan pengsan and muntah mayat katak. Over 200++ scripts okeh! Jadi sila-lah kagum sekarang. Tertonggeng tonggeng i menanda. Ini kalau tak dapat jugak anugerah perkhidmatan cemerlang harus i resign next year then kerja tanam cili fertigasi. Key-in data nilam lagi. Update blog lagi (termasuk kah? Hihi) and many more. Haruslah i siapkan semua benda itu coz next week adalah cuti and i taknak cuti heaven i di-ruin (owh owh abaikan pencemaran bahasa) oleh benda benda me-repek dan tak cool seperti datang ke sekolah coz nak key in markah students, datang ofis coz nak settle kan register owh owh itu musibat okeh. Jadi,elakkan. Cuti heaven adalah tak sepatutnya berada di sekolah. Sekolah adalah tempat larangan guru sewaktu bercuti. Kang tak dapat cuti yang mabrur.

Sakit kepala yang melampau. Sometimes rasa macam nak head banging and terus buat sommersault coz kesakitan melampau ini mengakibatkan i rasa cam nak tampar tampar cikgu hensem kat sekolah tu tanpa rasa belas kasihan. Itu tabiat okeh. I kalau dalam kesakitan harus nak menyeksa orang hensem. Bolehkah? Psychopath-nyer bunga. Panadaol dah jadi my new best bud. Patutlah i rase ketagih melampau dengan panadol. Kunyah panadol macam gula gula perisa strawberi. Haih-stoned.

Lately,I rasa cam nak beli guitar la. I rasa cam nak jadi macam yuna la. Boleh-kah? Sumpah gila poser! I rasa cool kentang bila main guitar, walaupun sepanjang hidup haram nak sentuh guitar. Serius, kalau dulu mummy and daddy i (owhhh like geli menyampah jijik panggil mak and abah macam tu.yeiksss. tapi coz i nak sounded like filthy rich spoilt brat maka nak jugaksss panggil mummy and daddy!!) belikan i guitar, sumpah yuna nangis nangis coz nak berguru-indie dengan i. Okeh sekarang nak salahkan mak and abah pulak. So-pasni nak cari guitar. Walaupun i tak reti nak main guitar, i tak kira tak kira!! Kan cool perempuan bertudung yang reti speaking (even though terabur kangkung cam i) and pandai main guitar. Cool-kan?

Cuti 2 minggu ni macam takde plan plan yang happening la like rompak Agro Bank ke (argghhhh kenapa AgroBank!!!) ataupun main layang layang bentuk kereta ke (radin i sumpah u coz influenced i!!) atau naik belon udara panas ke-atau jadi lead guitaris untuk konsert di awan biru Search ke,anything la yang boleh buat adrenalin i melimpah ruah. Ada tak? Ataupun bloggies bloggies yang berhampiran i mari kita ber-dating?jom jom. Sumpah husband i tak marah. Wink-wink. Sumpah seronok coz kita boleh chit chat and dating dating sampai pengsan. Or-tidur 2 minggu tanpa bangun pun sounds like challenging kan kan?

p/s : owh my back is aching again. Harus lah i pergi rumah urut lepas ni.


Read More»

Behind This Goofy Face And Smoochy Smile.


You may find me laughing and talking nonsense all the times. You may also find me crack the silence with my silly jokes and whole load shit of stories. You can spot me in a distance, catch my voice pass your ears, and smell my nose-striking perfume before I actually arrive and laughing like hell over my every single act of inappropriateness.

But hey, you forgot something. I am too a human. An ordinary human being who know definitely what it’s like to be hurt, emotionally to be exact. It is still okay if you mocked my clumsiness, but to mark me with those acts and words of suggesting an idiocy, I think that is a clear judgment of an insolent rude.

Thank you.


Read More»

Cium Meh!!


Whohhhhh! Rindu-nye rindu-nye!!! Rindu!!! Mwahhhh mwahhh mwahhh pada semua semua!!! Whoohh 5 hari sudah tidak merepek-kah dalam blog tersangatlah menguji minda dan perasaan dan kesabaran dan turut menguji kesabaran encik zul iaitu si-pe-repair lappy yang ku-sayangi ini. Sumpah encik zul mesti cam rasa nak hantuk kepala kat dinding ala ala head-banging coz dapat customer yang pot pet macam i neh.heee.. (sambil senyum senyum comel) encik zul hebattttt! Sekarang lappy-ku bebas jangkitan virus!yayyyyy!

Dan dapat ber-blog rambu ramba semula dengan korang semuaaaaaaaaa!

Read More»

Hari Ini Hari Guru So I TakMoh Mengajar Bolehkah??


Eh eh dah lama tak main belon air sesekali dapat lepas gian memang mengghairahkan okeh. Dan me-lumur tepung ke muka masing masing adalah satu idea bijak.

So, officiallynya kerana kamu semua telah dengan sampai hati buat i macam ni, markah mid-term u guys akan di-downgradedkan. Wahahahahaah! Maka sila rasa bersalah sekarang ya-i mean like, SEKARANG!

p/s: i rasa terharu hari guru tahun ini. Mmuah mmuah u guys semua!


Read More»

Understanding Stupidity

First of all, this is my blog. And since this is my territory, I can write whatever I want, call people names with whatever names I please to call, and I can do whole load shits thing here in my blog as I wish.

I think I am generous and kind enough to make ‘you’ still in the list. So, if you have an issue, please say it right to my face.
p/s: understanding stupidity
--owhhhh anda anda si gojes/kachak i sekalian,kan tak pasal pasal u guys pun turut terbaca entri nehh-i tak marah u guys yeee (oO-,) meh meh i hugs u guys meh meh--


Read More»

Perasan Comel (oO-,)


whohhh... sila lah akui bahawa layout yang paling howtttt dan comel dan gojes-test sedang dalam pembikinan!

whohohohohohoho!

Read More»

Mari Lihat Hadiah Hari Guru Bunga Dari Husband Beliau

okeh..ni nak panggil ape ni?dino-so?biawak pasir?

owh rupenye kau ade nama sendiri heh???

kalor?kenapa tak halim ke?atan ke?

lihat lihat!

Maka sesungguhnya dia faham si isteri adalah pen-chenta sesuatu yang pelik pelik.maka untuk hari guru tahun ini dia telah mem-bagi sesuatu yang ‘pelik’ kepada si isteri siap dengan iklan penaja “hah hah-jangan kutuk kutuk eh?tu kecikk jek nampak tu tapi mahal tu!lima belas ringgit!”

Si isteri was like,

“duhhh-"

Terima kasih suami

(oO-,)



Read More»

Bila I Tau Yang I Sentiasa Dalam Ingatan Mereka

-sila klik jika anda mahu paparan lagi mantop-
Mana lagi cool-anda menang anugerah bintang popular 2009 kerana sepuloh ratus juta manusia mengundi anda untuk menang --atau-- dalam sepuloh ratus juta manusia itu ada sebilangan kecil kanak kanak yang mengingati anda lalu mengundi anda untuk berada selamanya dalam hati mereka??
p/s: Thanks to 2RK2 students (2007) SMK Seri Pengkalan,Alor Gajah Melaka (oO-,)

Read More»

Cikgu Ber-Polkadot Hijau Me-Makan Icecream



pre-celebration hari guru.ala ala raptai tak penuh.saksikan cikgu polkadot itu dan geng pengembaraannya me-makan icecream solero dengan penuh comel.kami juga manusia biasa.kami juga pen-cinta icecream.
whohhhoho! (oO-,)



Read More»

Longkang-Nya Mulut Saudara (18SG)


-annoyingnyer muka engkau [tanpa tapisan sirim]-



Kehadapan Engkau (i nak letak nama engkau yang betul,tapi taknak la nanti sia sia pulak engkau glamer tak pasal pasal.)

Engkau,
i ketandusan betul memori berkaitan engkau.mengkin sebab engkau membesar sebagai kanak kanak yang kurang bervitamin dan kurang kasih sayang dari jantina berlawanan, maka engkau sipi sipi je duduk dalam memori kanak kanak i yang bahagia.

Engkau,
Walaupun i ala ala tak kenal engkau sangat lagi pulak tak berniat sungguh i nak kenal engkau dengan lebih mendalam,tapi i tau yang engkau suka update kisah kisah hidup i.mungkin engkau mengagumi i secara senyap.maklumlah,i kan hot dan fabs.kesian sungguh dengan engkau.

Engkau,
I kalau boleh taknak bagitau kat semua orang macamana payahnya engkau nak dapatkan aweks aweks bagi mengisi kekosongan dalam hati engkau.engkau tak hensem.engkau cekeding.engkau cuma layak dijadikan hiasan dinding makmal biologi kerana struktur badan engkau tak ubah seperti fosil dinosaur dizaman purba. I bukan mengutuk engkau.ni namanya i puji engkau secara ikhlas.baek sungguh hati i ni.

Engkau,
Zaman kanak kanak engkau memang gila tak best.engkau ingat tak macamana takutnya engkau nak pegi sekolah sebab takotkan misi-engkau takut kena injek?then budak budak lelaki semua taknak geng dengan engkau sebab molot engkau macam joyah,lagi pulak engkau tak pandai main bola,diorang rasa tak cool nak geng dengan engkau.jadi pilihan terbaekkkk punya yang engkau ada adalah ber-sekongkol / ber-geng dengan kaum hawa. Engkau develop engkau punya skill bermulut-longkang dari situ la.engkau ingat tak?

Engkau,

I tak pernah jumpa lelaki mulut busuk macam engkau.i kagum dengan kebolehan engkau bawak mulut engkau yang muncung tu ke sana sini,mungkin engkau rasa engkau macho berperangai begitu mungkin?serious,kalau i jumpa engkau ditengah jalan,mungkin i akan melanggar engkau dengan sengaja dan tanpa was was.

Engkau,
Mari sini i bagitahu engkau,i memang menyampah habis tengok muka engkau atau dengar nama engkau,bukan sebab i menyampah kat budak budak tak hensem maka engkau pun mendapat nasib yang sama,heyyy kadang kadang i date jugak dengan budak tak hensem coz sometimes mereka funny, artistik dan cool habes.berlainan pulak dengan engkau.engkau sudahlah tak hensem,mulut engkau mengalahkan mulut makcik gayah dan pendek kata i memang tak berkenan habes nak memetik engkau sebagai adik ipar apatah lagi sebagai atuk tiri.faham sudah ranking apakah engkau dihati i?

Engkau,
Mungkin sekarang engkau bergelak ketawa menjaja cerita panas lagi sensasi i.ya ya.i rasa semua orang pun dah sedia maklum.i memang menantu pilihan ramai.ala ala rebutan ibu ibu dan bapak bapak.dan mungkin jugak engkau sedikit kecewa kerana i tak memilih engkau sebagai suami i.lantas engkau menyimpan rasa tak puas hati sedangkan jauh disudut hati engkau,engkau memang cinta mati kat i.hehe.kantoi!.

Engkau,
Lagi sekali i nampak engkau cuba nak membuat drift bodo dengan kereta merah buruk engkau tu (apa-engkau ingat kereta engkau tuh optimus prime kah?) i tanpa segan silu akan baling batu bata kearah frontal lobe tengkorak engkau.dan kalau lagi sekali engkau menjaja cerita i yang hot dan sensasi itu, i akan pastikan tulang belakang engkau akan berbentuk reben.

Salam sayang,
.perempuan cumel lagi ayu.

Read More»

Kalau la I ada cengkerang... kan ke best...


Hari ini panas. Duduk kat bilik guru yang ada air-cond pun rasa panas. Maka i telah membayangkan diri sendiri seperti pulut panggang seksi sedang dipanggang.whohh.nyum nyum.mungkin i seorang pulut panggang yang enak rasanya.

Kalau la i seekor siput sedut yang comel-alangkah bagusnye dapat berehat dan bersejuk sejukan didalam cengkerang yang cool itu.retro habesss!

Panas.

Ber-bogel jom?


;p

Read More»

Eff You Forrest Gump!

I swear to god I will not cry the next time I watch this movie again. Shit, this piece has always made me shed my tears!


You died on a Saturday morning. And I had you placed here under our tree. And I had that house of your father's bulldozed to the ground. Momma always said dyin' was a part of life. I sure wish it wasn't. Little Forrest, he's doing just fine. About to start school again soon. I make his breakfast, lunch, and dinner every day. I make sure he combs his hair and brushes his teeth every day. Teaching him how to play ping-pong. He's really good. We fish a lot. And every night, we read a book. He's so smart, Jenny. You'd be so proud of him. I am. He, uh, wrote a letter, and he says I can't read it. I'm not supposed to, so I'll just leave it here for you. Jenny, I don't know if Momma was right or if, if it's Lieutenant Dan. I don't know if we each have a destiny, or if we're all just floating around accidental-like on a breeze, but I, I think maybe it's both. Maybe both is happening at the same time. I miss you, Jenny. If there's anything you need, I won't be far away.

p/s: I am forever in love with Tom Hanks.



Read More»

Form 6 Adalah Best Nak Mampus!


Ini adalah edisi ‘down the memory lane’-haruslah I kan gadis (???) berjiwa retro maka selambalah bagi kaum2 I ala ala flashback kisah2 lampau.kalau ada masalah maka silalah bercakap dengan tangan i.oke okeh.kembali kepada cerita asal (sesiapa yang ada popcorn saki baki tengok citer ‘bohsia’ ptg tadi u bleh still guna sewaktu mendengar cerita I neh okay!) ha-sampai mana tadi?aaa okeh… ramai yang beranggapan bahawa form 6 neh adalah tidak cool kentang dan macam low profile, it’s like ‘whoi kau tak dapat masuk U jadi sumpah hina kau masuk form 6 pakai uniform sekolah yang gampang tak hebat!’ kan kan kan?sapa yang penah berfikiran begitu silalah larikan diri sekarang coz I akan kejar dengan kapak ditangan.

Adik I adalah one of the people yang ada stigmata begitu. Haruslah meleleh-leleh air mata coz tak dapat masuk matriks dan berperangai like dunia dah nak kiamat sambil nyanyi nyanyi lagu patah hati.wtf?!then last resort register form 6 sambil buat muka ketat coz tak redha. Then kawan kawan plaks rasa yang form 6 bazir masa dua tahun, pakai uniform, dan still terikat dengan rules sekolah yang merepek2, where as orang lain dah boley berlagak lagak gantung kad matriks cam kau hebat sangat and boleh dah pakai sweater U masing-masing, sangkut keychain U masing masing di kunci jamban, payung pun ada lambang U and kalau underwear berlogo U masing masing ada dijual maka harus dan wajib dengung mereka pon tanpa segan silu akan memakai itu juga.

Okeh adik adik sekalian,
Mari kakak ceritakan satu cerita benar yang direka-reka…

I dulu pun serious shit macam u guys-mahu melalak lalak konon konon patah hati tengok kawan kawan lain masuk U.masing masing dah kembang lubang idung.tapi I sorang sorang nangis tepi pokok lada sambil nyanyi lagu kumpulan Screen. So, last choice terpaksalah sambung study kat form 6.sumpah sekolah I masa form 6 dulu tak glam. Nama sekolah pun rasa malu nak sebut.memang mendatangkan aib la.pergi sekolah rasa sakit jiwa.emo je memanjang.tapi I sangat bersyukur, kalau I tak sambung form 6 dulu, I takkan jadi macam I yang sekarang. Bijak,hot dan fab. Wahhh!

Adik adik,
Form 6 giler cool kentang ok. Uniform u guys dah sah sah memang takkan sama dengan orang lain. Belajar tak pressure, happy all the time, super senior kat sekolah (jahanam la budak form 5 nak tunjuk kerek dengan kami?!) saham melambung lambung, pengaruh kuat (junior memang ikut kata kami laa..whoh-samseng…hokhok) takda la lagi kena rotan dengan cikgu walaupun buat salah (form 6 special okay) and banyak la lagi yang best! (oO-,)

Tapi yang penting,
Form 6 bukan tempat orang orang yang tersisih, bukan tempat budak budak drop out yang bodo lagi tidak mendapat tempat di hati pusat pengajian tinggi, tapi form 6 adalah tempat ‘kita’ budak budak hebat lagi bergaya, yang dengan keazaman dan semangat juang yang tinggi menimba ilmu, kita tak gentar dengan cabaran bangun pagi dan mandi air sejuk (walaupun ada geng geng kita pegi kuliah pukul 8 pun tak mandi!) kita dengan selamba dan cool-nye pakai uniform lambang kita berdisiplin sedangkan ada geng geng kita pegi kuliah pakai baju ketat beli pakai duit PTPTN, kita belajar apa yang orang lain tak belajar-atau takut nak belajar. Dimana geng geng kita pada tahun freshie kat u sibuk belajar benda benda alien, kita belajar pasal negara, ekonomi, bahasa, dan segala macam benda yang dekat di hati kita. Kita nyanyi lagi lagu sekolah, lagu negeri masing masing dan lagu negara kita sedangkan geng geng kita yang masuk U nak nyanyi lagu U masing masing sebulan sekali pun susah-lagi haram ada yang nyanyi time nak graduate je nanti-gile tak kenang budi!

Kalau ada yang perasan, biasanya lepasan form 6 ni dia punya cara berfikir lain sikit. Kalau beri hujah, dia nampak kemas dan padu. Kemudian cara pelajar lepasan form 6 jawab soalan essay bila nanti dah masuk u pun ada lain macam sikit. Walaupun panjang berjela, kami tidak meleweh-leweh. Sungguh padu sekali jawapan yang kami berikan. Kami dilatih dan dibiasakan berfikir secara abstract juga mencapah. Lihat kemungkinan dari point berbeza. Vantage point.

Peluang kemasukan ke universiti juga lebih luas untuk lepasan form 6. Pelbagai keistimewaan diberikan. Contohnya biasiswa, baucer buku, ha yang terbaru sistem pembelajaran pun dah guna semester. Kelas baq hang! Sistem pointer pun dah diperkenalkan. Apa lagi nak kusut?

Kita adalah barisan insan kental dan iron-willed. Kita kebal dengan kekecewaan dan kaya dengan semangat juang. Kita buktikan dalam mengejar ilmu, tidak ada diskriminasi ruang dan institusi. Kita kejar impian dengan cara kita. Dan yang paling penting, kita adalah insan yang nantinya akan mengenggam sijil tertinggi dalam sistem pendidikan pasca merdeka-Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Babe, nak kata lagi kau tak bangga jadi student form 6?

I tak malu jadi student form 6. I tak rase apa itu matriks. I pegi sekolah pakai baju pink kain biru gelap. Dan I dengan lebih lebih konfidennya berani gerenti potong jari ayam jiran mak bedah, form 6 adalah merupakan kemuncak kebahagiaan dan legasi seorang pelajar dalam secondary education istitution. Legasi bebeh,legasi.

Jadi,
Mahu teruskan perjuangan dalam tahun ke 6 menengah atas?

;)
p/s:hanya yang gagah akan terus melangkah... (cheyyyyyyy...)

Read More»

Wahai Girlfriend Ku.

Pelik. Jauh hati.

Tu yang i rasa dengan seorang girlfriend i sekarang ni.

I bukan suka suka jiwa hati retro i nak buat u susah atau sesaja men-susah kan u.

Love,
Bunga.


Read More»

Hari Emak-Ku Yang Best Dan Cun Gilosss!

whohh... air liur dah bertempiaran nehh...

gile patotlah i cantik dan hot,tengok lerr emak i yg hot-anggun pehh pehh!


I nak jerit jerit sikit boleh?dan jeritan hikmat ini ditujukan kepada semua emak emak cool kentang di dunia ini especially untuk datin paduka latifah binti juaher merangkap emak i yang gojes habess. Haha haruslah i puji mak i occayhh kang mak i mogok tamau bawak i jalan jalan naik motor skuter retro kang... (Oo,)

Okeh? Ready?

“SELAMAT HARI IBUUUUUUUUUUU!”

Kohh..kohhh...kohhhh...(sakit tekak!)

Malam tadi kami se-family dinner together together sempena meraikan hari emak-so encik husband telah dengan rela hati lagi mithali masak untuk kami (ya-kami itu merangkumi i sekali taw-so dapatlah dirumuskan disini bahawa i tidak menolong beliau memasak.hee.)

Encik husband telah memasak nasi minyak+ayam masak merah+rojak nenas+air tembikai laici+jus oren (nyum nyum nyum!!) and daddy plak selamba cool je donate sate and i plak of coz la buat perkara paling mudah sambil bersiul-iaitu tugas utama lagi penting=membeli kek.kek pilihan lagi berkhasiat-black forest.

Owh owh emak sangat gembira okeh.dan i telah mem-presentkan emak carnation-pink sebagai lambang kaseh sayang cinta mati i kepada wanita paling hebat sepanjang zaman.i love u mommy!

Sumpah i sayang u and i rela buat apa jek untuk u! Mmmuah muah muah!

Selamat hari ibu-lagi sekali kepada emak yang teramat superb dalam hidup kami-sailormoon berempat ini.

Lotsa luv.

Bunga.



Read More»

Pissed Off!!!




whohhhh! i teramat marah!! baru je settled customizedkan blog 3 orang then tangan plak gatal nak customizedkan blog sendiri last-last hilang semua benda!!!!!




arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!




(padan muka)

Read More»

The Pride

I was deeply touched when my teacher (she used to be my English teacher back in year 2000) announced to the other participants in the seminar, that I was her student, and how she went all the way describing in details my mischief behaviors. Shit, I was embarrassed you know. But later she said something that made my eyes pooled with tears. “In my life as a teacher, I will only recognize two types of students, the good ones and the naughtiest ones. But it’s somehow a blessing when I have one student who got a combination of two. The naughtiest and the smartest, and she is standing right here in front of you”
She gave me a tight hug with a smile drawn on her face. I am speechless and I have a set of miscellaneous feelings, which I can’t describe.

It’s almost a decade and she still remembers me.

When I wanted to walk out from the hall, she tapped on my shoulder and with a very motherly voice she said to me,
“I always have faith in you the moment you asked me what TESL is all about and how eager you were asking me about living in Kentucky. I know you will become a great teacher one day, and now you are already in the making of it. Make me proud. It’s okay if one day you happen to forget me, but every time I come across to an extra ambitious Javanese student in my class, it will always reminds me of you.”

Mrs.Aspalela, how on earth could I forget you?

Read More»

Hati Saket (Aouchhh...)

Tolong la bebeh,jangan la fitnah sana sini.tak baik kau buat macam tu.apakata kau direct je pegi kat die dan cakap je depan muka die-bukankah lagi afdal dan berhemat?

Aku kesian dengan kamu berdua.dahlah due2 pon muke pecah rumah ala ala muke jual timbang kati pon tak laku,ada hati pulak nak melaga lagakan orang.sila bawak bertaubat.

Aku tau kau baca blog aku.hambik kau sebijik.

p/s: kita dah cukup besar untuk tahu yang dosa memfitnah dan mengumpat itu ibarat makan daging saudara sendiri.ke kau tak faham faham? Nak aku ketuk kepala kau pakai hi-heel mahal aku?


Read More»

Flattered Sob..Sob... (Miss u WitWit!!)

rase cam nak nanes bace post neh.. [baca]
rindu kau.

Read More»

Qima Dengan Selambanya Telah Men-Tag Saya!


1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

qima-- kawan maya i yang sweet cam lollipop perisa strawberry-pastuh suke posing2 maut pastuh happening cam apetah pastu suke tgk mate die yg sepet tuh pastuh die sgt disayangi oleh kengkawan beliau.pastuh die suke sgt bagi tag pastuh nanti ade mase nak dating ngan die! (oO-,)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

haihhssss-bersedialahhhhh 10 fakta bukan auta dari saya si pencinta pink sejati! ;D

1. suke warne pink walaupon dah tua dan rase cam dah tak layak nak menyintai warne pink like owh gelinya org tua neh berbaju pink-tapi i dun care! hohoho!

2. suke tgk lelaki hensom then mulelah nek menggedix cam orang single padahal dah kawen then perasan gojessss-kikiki!

3. suke giler kat tom hanks dan pernah berangan-angan nak jadi wife die owhh sungguh childish saya ini-hohoho!

4. suke lukis kartun especially kartun2 pasal kengkawan-hohohoho.

5. suke gilosss kat apple juice.rase cam cool giler kalau dapat minum apple juice sambil bersantai tepi pantai melihat lelaki2 bertubuh sasa sun-bathing!hakhakhak!

6. suke giloss update blog tanpa memikirkan adakah orang nak baca cerita2 i yang mengarot dan tak ilmiah langsung nehh-hokhokhok.

7. setia pada cinta-yup yup.tak tipu-huhuhu

8. tak suke tengok kebodohan orang pandai.cemana tuh ek?ermmm understanding stupidity among brainies.haihhh.

9. suke kat objek bulat,corak bulat dan ape2 saja yang bolat bolat! ;)

10. borosssssssssssssss! ;p

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog

suemrf.nadnadzira.nadxoxo.genie.suesuezen.yna si gebusssss ;p.-- sile buat dengan segera yahhhhh! ;p

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda".*

yayyyyy-dah siapppp! hokhokhok!

Read More»

Hohoyyyy ;p


Salam.sudah selamat berada di sarang kebahagiaan a.k.a kat heaven hommie! ;p giler besttt! dapat polok mommie and hubby! whoh whoh! ;p rase rindu plak dengan dila rumetku 2 minggu itu-bersama skandal gelapku-dan semua semua laaaa... waaaa... sob sob!batuk still cam hanjing! selesema plaks-siap dah nervous kot2 terjangkit selesema babisss-choiiyyyy!! mintak dijauhkan! longkang punyer molot!!!chaistttt besok sudah start sekolah.argghhhhh.okeh haruslah rasa tensen after 3 weeks berpoyos2an dan buat2 tak ingat kat sekolah-ngeeee...



kembali dengan keazaman yang tinggi!!



haip!haip!!!

Read More»