Monday, October 5, 2009

Perempuan Cantik + Tongkang Pecah!! (18PL)

Stereotyping. Kan kan?

situasi 1:

Makcik Gayah merupakan seorang wanita yg berketerampilan dan sentiasa kelihatan anggun bergaya ranggi. sering berkebaya dan berbusana fesyen terkini (tiba tiba bahasa melayu aku jadi best pulak.kehkeh) Makcik Gayah amat menitikberatkan penampilan semasa berada dikhalayak ramai. Sering berpokpek sekiranya meja rakan setugas bersepah dan berhabuk selain sering memberikan ceramah kesihatan dan kebersihan diri yg menyakitkan hati Makcik Gayah mengundang rasa tidak senang masyarakat terhadap beliau. Hampir tidak pernah langsung Makcik Gayah tampil selekeh dan bersememeh. Menurut rangkaian gosip terkenal dikawasan itu, Makcik Gayah turut memandang sebelah mata pakaian dalam berjenama murah. Pendek kata Makcik Gayah adalah seorang wanita yang anggun, elegant, brand conscious dan marvellous! whoh!

hakikat : persekitaran rumah Makcik Gayah terdiri daripada rimbunan hutan belukar yg tidak ditebas. habuk dan susun atur perabot yang adooo menghiasi ruang tamu rumah beliau. apatah lagi dilihat daripada dekorasi rumah yg saling tak tumpah seperti kedai singseh ubat cina, Makcik Gayah ternyata hanya indah khabar dari rupa. Suasana habitat beliau yg suram, malap dan membosankan ternyata begitu kontra dengan penampilan yg ditonjolkan oleh beliau selama ini.

amacam??familiar tak dengan situasi ni.i selaluuuu giler jumpa keadaan begini.dulu zaman zaman kat U, adalah sorang hamba Allah ni, muka+apperance mmg tiptop kebabom la tapi bab kemas mengemas bilik and kebersihan ni mmg FAIL habiss la.sorry yep. bukan niat nak meng-kutuk sesiapa (sudahlah kau!terang terang kau kutuk Makcik Gayah oh!) tapi hakikat yg sedih neh mmg memualkan tekak dan menyakitkan otak. mana mana yg terkantul perilaku sebenar mmg bengang la, tapi bagi mereka yg sampai sekarang tak kantoi lagi terus menerus kelepet masyarakat dengan imej suci murni adabi.tsk.sakit hati.

i taklah cakap i neh pengemas gilos dan pembersih yg amat amattt!oh tidak sama sekali tapi org kata, biarlah kalau cantik kat luar, cantik jugak kat dalam. tak payah jauh jauh la, embun adik i yg suka pow duit gaji i tuh pon perangai mcm beruang sarkas. kalau nak keluar bukan main dressing lagi dah mcm artis artis sinetron indonesia, tapi bilik tunggang terbalik mcm sarang ayam belanda oh! tertipu sungguh masyarakat sekeliling dengan sifat beliau!

i mmg tak boleh blah betol kalau ada insan insan begini disekeliling i. rasa cam nak bagi ceramah motivasi jep.hahahaha.oh.merepek saja...

p/s : isu ini sedang hangat dikalangan warga kerja SIIS.tsk.

9 comments :

ZIANA ♥ FARREL said...

hahahahha...i pn dh jumpe ramai org mcm ni...xyah jauhla..sedara mara terdekat i pn ade mcm ni!skitnye vogue..pas2 siap nasihat kite plak tu...konon pandai sgtla jaga rumahtangga,jaga ketrampilan konon..padahal laki pasang spare tyre pn dia xtau..urusan anak sume bagik kat bibik..yg dia tau komen pasal org..nyampah!!!!

.BUNGA. said...

betul betul! buat hati geram jekkk!sakit sungguh rasa. part yg sound sound org lain tu yg men-sakitkan hati tuh! santau angen karang! huhuhu!~

✿farahwir✿ said...

okies..bagus2 bunga..
erm kat my skol pon ader..ni bukan pengotor..tapi masalah nya..cakap tinggi melangit..ske cakap besau..then pakai branded.penipu.masalahnya makan kat kantin ske berhutang..kalu bayar takper..sampai makcik kantin tu dah masam dah..sampai masuk buku rM 200 lebih jumlah dier.from july..then yang kelakarnya..bleh plak cik kak ni lepak kat kantin sambil minum limau ais hutang borak pas sekolah nanti nak shopping handbag..owh...dasat..sayer menyampah pompuan itu..

norhaizan said...

hahaha..menarek ur entry..kdg2 bz or bgn lewat nk p keja tlepas pandg jugak, then bilik pon semak (sket jer..hee)so,moral of your story, harus la menjaga penampilan diri dan persekitaran yg bersih.biar seimbang..

.BUNGA. said...

farah : homaigoat!!! menyampahnya begituuuu! :( sakit hati betul! well, in my situation mmg sgt2 terkejut la coz cik gayah ni mmg vouge the vazz la..alih2 rupenyer umah tonggang terbalik!

haizan : well, tak semua perfect tapi yg tak tahan cik gayah tu suke sound2 orggggg! ;(

:: Miss Naddy :: said...

hahah kalau tak sound org takpe la kan..jaga diri tu sendiri..tapi kalau da kes sound org n pulak tu die pgotor mcm tu...indah kabar dr rupa..mmg patut dilahanatkan...kecoh...kan kan kan...

.BUNGA. said...

yup babe! true! ;p

Sweet_Lolita said...

mcm type org y blagak jep..hmpehh tol..tp kbyakkn mg gitu lor..cntik luar tp dalamn..mak aiihh..xsggup nk citer la.. :D

.BUNGA. said...

tsk tsk tsk.

tulahhh! adoiyaiiiii!