Saturday, November 7, 2009

Senarai Kesyukuran Saya =_=

Hanis Zalikha ada senarai kesyukuran beliau sendiri. jadi selepas membaca senarai keyukuran beliau yg berjumlah 66 kesemuanya, maka i pun terasa nak mewujudkan senarai kesyukuran sendiri. tapi heh tak adalah nak buat sampai 66. ada beberapa perkara yg i mensyukuri dalam hidup i yang tak berapa nak fabulous ni =_=.

and here it goes:

1. i bersyukur dilahirkan jadi anak abah dan emak, adik kepada Kakak Lily dan Kakak Fae juga kakak kepada adik embun.

2. i bersyukur berjumpa, bercinta, bergaduh, bermerajuk dan bernikah dengan encik suami =_=

3. i bersyukur walaupun tidak berapa pandai dalam subjek lain tapi masih cemerlang dalam english lalu jadi seorang guru english.

4. i bersyukur dapat tamat belajar tanpa masalah besar dan dengan kelas yang bagus =_=

5. i bersyukur ada kawan kawan yg selalu tolong dan nasihatkan i sewaktu jiwa kacau terutamanya kesayangan i iaitu naddy.

6. i bersyukur andak masih mahu join clanhentahhapehapehentah kami walaupun umur masing masing dah tua bangka.

7. i bersyukur setiap kali buat dosa *kecil/besar/sengaja/tidak sengaja* Allah terbitkan lagi niat mahu bertaubat (maknanya Allah sayang i lagi.)

8. i bersyukur dapat mengajar di sekolah yg dekat dengan rumah dan masih boleh tinggal dengan emak tanpa perlu risaukan soal nak bayar sewa rumah.

9. i bersyukur i tidak cacat fizikal mahupun mental dan masih boleh bezakan wang kecil dan wang besar =_=.

10. i bersyukur abah selalu rotan masa kecil kerana kalau tidak, i tak akan jadi seperti sekarang.

11. i bersyukur kerana pandai mengaji, berzanji, bermarhaban, dan lain lain lagi walaupun dulu masa kecil kalau suruh mengaji mesti ponteng main dalam kebun dengan Ajam.

12. i bersyukur tidak pernah rasa frust ditinggalkan kekasih dan tak perlu menangis kerana lelaki stupido.

13. i bersyukur emak selalu masakkan yg sedap sedap untuk perut i yg mengada ngada.

14. i bersyukur i anak jawa dan pandai bertutur dalam bahasa jawa dengan extreme lancar.

15. i bersyukur kerana memandu kereta savvy buatan Malaysia kerana ada diluar sana yg tidak ada basikal pun.

16. i bersyukur tinggal dalam rumah yang emak, abah dan kami sama sama dirikan. walaupun tak semewah org lain tapi cukup untuk kami hidup dengan bahagia =_=

17. i bersyukur suami seorang yg penyabar dan sayang i sangat sangat serta pandai masak.

18. i bersyukur kalau i marah students masih rasa takut.

19. i bersyukur dengan rupa yg tidak cacat dan sedap laa juga untuk dipandang walaupun tak lama =_=

20. i bersyukur dianugerahi Allah sifat baik hati walaupun kadang kadang i tak tahu macamana mahu tunjukkan kebaikan hati itu.

21. i bersyukur tidak ada masalah mahu terjerit jerit dirumah marahkan lotong yg main main atas kereta kerana rumah jiran tidak terlalu dekat.

22. i bersyukur ada kucing kucing yg comel iaitu GAIA, ANTANUM dan BLACK BLACK.

23. i bersyukur kerana emak dan abah sayang i.

24. i bersyukur setiap kali kawan kawan baik i (naddy, aloi, andak, linda) ingat dan rindui i.

25. i bersyukur i memandu kereta manual.

26. i bersyukur kerana dikurniakan sifat tabah walaupun tidak penyabar.

27. i bersyukur kerana pandai menghasilkan benda benda comel walaupun tidak pandai menjahit baju sendiri.

28. i bersyukur boleh membuatkan org ketawa dengan lawak i.

29. i bersyukur dilahirkan sebagai umat islam.

30. i bersyukur kerana sentiasa ingat mahu bersyukur setiap masa =_=



hokeh. cukuplah 30. akan dihapdet dari masa ke masa. alhamdulillah. supaya i tidak selalu bersungut lagi dan selalu rasa bersyukur setiap masa. insyaallah. =_=

12 comments :

~♥LilButterFlyLadY♥~ said...

i suke yg no 14 & 20.. Ape kate u try wat entri speaking jawa plak.. musti cumel.. ;p

apizz㋡ said...

LIKE THIS :)
thumbs up

.BUNGA. said...

eyza hahahaha karang orang tak faham pulak.. kikiki! =_=

hey apiz stay up?mentang2 minggu exam..hohoho. thanks by the way ;)

~pendekgemuk&bertompok.~ said...

bagus bagus..haishh..senang kan sbenanya untuk tidak bersyukur, padahla tak payah mana pun utk bersyukur..saya pon kena banyak belajar bersyukur juga..

.BUNGA. said...

petul pja =_= *insaf*

mcm i sendiri selalu merungut rungut hitu hini padahal patut lebih bersyulur comparekan hidup dgn org yg jauh lebih susah.

azam tahun 2010. SELALU BERSYUKUR!

apizz㋡ said...

haha
minggu exam yang sangat mencabar.
dan berbekalkan blog2 yang best aja yang menjadi pengubat bosan.
wahh ayat. bodek kah? :D

apizz㋡ said...

haha
minggu exam yang sangat mencabar.
dan berbekalkan blog2 yang best aja yang menjadi pengubat bosan.
wahh ayat. bodek kah? :D

.BUNGA. said...

bodeeekkkk bodeeekkkkk!
hahahahahaah! =_=

Cahaya Hazrini said...

kak bunga,
savvy best x? hehe. tgh terpikir nk buat loan ngan encik abah. nk abih study dah ape lagi.. hehehe..

#19. kak bunga bukan setakat sedap mata memandang ok. memang gojes pun.. ;)

dan i bersyukur dapat kenal kak bunga yg sgt baiiiikk hatiiiii dan ada blog yg awesomeeee tempat i singgah tiap kali online..

xoxoxoxoxo =)

.BUNGA. said...

genie =_= savvy best, kukuh dan mantop... tapi kalau rosak mmg sakit hati laa... huhu tapi spare part tak mahal.. =_=

yg bestnyer savvy neh adalah jimat minyak tak hingaaaattt dan cool kentang! huhuhu!~

Cahaya Hazrini said...

wah! okey i ubah fikiran. hari tu nk myvi.. hehehe..

.BUNGA. said...

*wink!*