Saturday, October 31, 2009

Lagi Entri Pasal Sahabat Cabut Lari Dari Sekolah

manusia ada masa masanya mmg screwed up dalam hidup. rasa palat dan sibet memanjang. lepas itu saja nak tambah tambah *hamsam* (ni takde makna dalam kamus dewan ye. jadi jgn pulak mcm org bodos pg cari makna dalam kamus) orang sekeliling pulak saja tambah tekanan. adalah sekali terasa nak melancarkan amukan puaka. mengamuk sambil bawa parang. cool tak? heh.

sangat beruntung pasal dalam sekolah ada orang yg sudi jadi sidekick i sepanjang masa. kalau i rasa bosan automatik dia pun bosan sama. kalau i rasa palat, dia pun memalat sama. kalau i rasa macam nak cekik org, ha dia pun nak cekik jugak. sama taste, sama minat, kadang kadang kalau nak bergosip and mengumpat siap tak payah bukak mulut, kenyit2 jeling2 aii tup tup dah tau dah gosip apa nak disampaikan. ^_^

hari tu i rasa bosan and serabut gila lepas itu dia kata "jom aku belanja kau makan aiskrim" stress dengan lemak yg taknak berganjak dari badan i pun girang jelah dapat makan free. so kami pun pergi ke pitstop sensasi untuk reboost semangat yg hampir susut. ceh ayat! kami ke Mr.Magic!! (mmg ternyata magic la.terhibur!)

haa.tengok itu. fun food specialist.maknanya mr.magic ni specialist dalam bidang makanan yg menyeronokkan. kira kami menuju ketempat yg betul la ni.ha.hapekenamengenantah mr.jagung tu dengan food specialist.*confuse*
iceblended choc dengan green apple dengan waffle istimewa yg terbaeekkk dari ladang. sumpah sedap. tak tipu. lepas itu mereka murah.
menggoda jiwa kacau. silalah berkunjung ke mr.magic lepas itu minta ini.sumpah kau akan rasa best dan berkaliber sepanjang masa! rasa choc dia pehhh! ibarat kata lepas minum terus rasa nak shuffle time time itu juga!
tadaaa.buah hati pengarang jantung. siapa sanggup naik kereta dengan kau dan tahan bau kentut kau sepanjang perjalanan kalau bukan dia?
eh eh terupload pulak muka annoying nak kena sepak.thehehe.
dorayaki.ada macam macam flavour. ada choc, peanut, honey blabla. lepas makan rasa macam doremon (pasal kau gemuk)
comel pulak makhluk bulat bulat warna biru ni.agaknya kalau i bulat bulat warna biru comel tak?lepas itu kena tendang.Align Center
ini Tika. dia kanak kanak istimewa. jadi kita kena hargai dia seadanya.
terima kasih tika pasal selalu buat aku gemuk. terima kasih kerana selalu belanja cacing dalam perut aku makan yg sedap sedap. terima kasih kerana selalu dengar aku punya pokpek. terima kasih kerana selalu jadi co-pilot aku. terima kasih untuk kek cokelat masa birthday aku and suprise party itu. terima kasih kerana sabar dengan perangai aku. terima kasih untuk tips cepat dapat anak itu. terima kasih kerana sama sama dengan aku waktu kita kena kelepet masa beli kain felt dulu. terima kasih sebab selalu hiburkan hati aku. terima kasih kerana selalu teman aku cabut dari sekolah. terima kasih tika.

Thursday, October 29, 2009

Apa Makna Hidup Kalau Tak Menghargai Orang Hemshem.

dahlah tak dapat berblog sebab internet connection macam sibet.bila dapat berblog pulak tajuk entri dah macam hape hentah.macam rakus ke hape. birthday i dah lama lepas tapi masih ada insan yg sudi buat perut i kenyang dan gendut.terima kasih untuk melmel kerana sudi menglamsapkan duit untuk perut i yg rakus dan barbaric ni.tak pasal pasal tika dapat makan free sama. perut kenyang hati harus girang.heh.

siapa lagi mahu belanja kau makan time muka jerawat bertepek-tepek tapi kawan masih sanggup bawa kau makan tempat mahal?ha?ha?melmel dan tika lah jawapannya.hihi!

riang sekali dapat makan free.

hot choc black metal pasal ada lambang tu.kenapa tak buat bentuk love?

depan pen-sponsor kena buat lambang keamanan tanda bersepadu.

heh.mengkumpul lemak.

secret recipe jadi pilihan perut rakus kerana terhingin sangat nak makan choc indulgence. lain macam pulak rasa rakus perut sejak akhir akhir ni.hapehentah sikit sikit nak western sikit sikit nak western.lempang tahu.dahlah sikit sikit camwhore sikit sikit camwhore sumpah org ingat kita first time masuk SR maluu maluuu! lepas itu perasaan riang bertambah tambah bila makanan sampai. terus macam askar baru balik perang dah bertahun tak jumpa makanan.makan dengan lahap.tika la.i tak.i sopan.heh.
nak nak lagi ada pelayan restoran yg sumpah muka comel gilos dok kehulu kehilir bikin jiwa kacau. sikit sikit lalu tepi lepas tu toleh toleh.aduhh sumpah menusuk kalbu.ini mcmpart of the servis ke hape since kitakan kena bayar service charge kan.hentah.jiwa jadi kacau oh tak tenteram sungguh asyik nak buat buat pandang tepi saja kot kot la mamat hemshem ni pun pandang jugak.*bleghhh!* tengok nama kat nametag, nama dia 'TRAINEE'.hentah nak panggil apa.TRAIN ke AINEE ke hape ke kot tak pun RAIN ke.heh dahlah suara macho. comelnyer kau aku letak dalam botol baru tau.

ha.tengok.ini dia si penggoncang jiwa (apesal aku jadi jijik baca ayat sendiri??) dahlah hemshem smart lagi pulak.time ni i dah dirasuk cinta dah.hahaha.lepas ni confirm kau femes oh. Secret Recipe Batu Pahat yeee... ^_^ educated juga. bila dia speaking not bad la. hoh. sebelum balik tinggalkan note untuk dia. tulis atas tisu. auwww sweet. 'hey boy, you are damn cute'.sumpah tak hingat umur masing masing dah 26. sumpah tak hingat yg i dah tak single lagi. kehkehkeh. lepas baca entri ni sumpah mesti ada yg kata 'dasarrrrr pompuann tutttt tak boleh tengok lelaki hemshem sikitttt lupa hanak bini kat rumah!blablablablaaablaaa!!!" haishhh. tengok la balik tajuk entri i tuhh... kehkeh. 'apa makna hidup kalau tak menhargai orang hemshem'heh.

dah.bye.

Tuesday, October 27, 2009

Ego.

Peluang kan dia tak akan datang berkali kali. betul. peluang datang sekali saje dalam hidup. kalau dah dua kali itu nama dia kesempatan. peluang dan kesempatan tak sama. peluang macam kau dapat jalan mudah dan laluan, kesempatan pulak macam kau diberikan waktu untuk buat sesuatu tapi kdg2 kau tak nampak.atau kau buat buat tak nampak. hapehentah merepek repek. sebenarnya cuma nak cakap 'lepas ini tak akan ada peluang untuk kau'. (cakap macam itu dari tadi kan senang!)

apa perasaan kalau kau disakiti berulang kali?lepas itu orang itu dtg mintak maaf lepas itu sakiti kau lagi?pailang je rasa.atau paling tidak kau rasa sangat sibet.lama lama bila kau selalu disakiti kau jadi kejam.macam dah taknak bagi peluang lagi dah. serik. ok ini perasaan yg i rasa sekarang. dah taknak bagi peluang hapehape lagi.lepas ini nak fikir diri sendiri dulu lepas itu baru orang lain.

tahi ada dimana mana. tapi tak sangka boleh ada tahi dalam poket baju sendiri. kecewa tahu. jadi lepas ini kalau tiba tiba kau rasa macam aku dah lain, dah tak macam dulu (dan aku rasa aku taknak berusaha untuk jadi macam dulu) maka jgn salahkan orang lain selain kau.tak payah nak cakap soal self-respect dengan aku. pasal aku sudah hilang itu lama dulu bila kau sakitkan aku. dan bila aku cuba nak pulihkan semula hubungan ni, kau sakitkan aku lagi. jadi peluang itu tamat disini.

bayangkan kau seorang saja dalam dunia.itulah yg aku rasa.

dah.bye.

Monday, October 26, 2009

I Will Ignore You (And I Will...)

why should i bother? (when you are not even bother)
why should i care? (when you are not even care)
why should i sooth? (when you are not even sooth)
why should i love? (when you are not even love)

I will ignore you, the way you put me in this torturing ignorance.
and I will...

p/s : bye. and forever.

Hampir Satu Dekad (Tribute For Hot Mama Linda) ^_^

entri berkasih sayang namanya. ceh ayat pertama je dah pailang.heh! ini linda. eh eh dah macam ayat budak darjah satu pulak.ini linda. linda kucing peliharaan kawan saya.apakah itu?!tengok.kalau dah jodoh tidak kemana. baju dahnak hampir sama walaupun tak janji.haa.kan kuat kimia (chemistry) disitu. mari kita berjalan turun laluan memori (walking down the memory lane) hape hentah kau merapek oh!

dulu kan dulu kan, i pas SPM kan macam ngada ngada nak cari kerja kan then i kerja kat satu hentian bas kat Yong Peng. The Lucky Garden. ingat lagi. jadi cashier yg kerja macam nak mati tapi cuma dapat RM500 sebulan. tapi masa tu raya macam kaya gila la pasal seumur hidup pun tak pernah pegang duit banyak mcm tu.itu cerita lain la. nak cerita pasal linda. ok kenal linda disitu.gila pendek dan padat sekali penerangan bagaimanakah i kenal linda. ^_^ summary writing sungguh.

linda baik, peramah dan kelakar. dulu kan kami pergi kerja pakai baju yg femes gila tu semua orang pun pakai.alaa baju basic Tee lepas itu kat dada ada tulisan 'HAINES'.ha ingat tak ingat tak. kami ada baju itu warna kuning.lepas tu pakai sama sama. macam cute je.lepas tu janji janji nak dtg kerja pukul berapa, makan mesti nak sama sama.lepas tu suka makan kuih kuih free tak bayar.heehe. linda kan cantik sgt tau lepas tu dia suka cerita pasal family dia yg kelakar.paling ingat dia cerita mak dia suka membebel la hape la.

tapi paling menyentuh perasaan kan ada satu masa tu i dapat form 6 lepas tu macam sayang nak tinggalkan kerja jadi after school terus kena pergi kerja pasal masuk kerja pukul 4 petang. linda kan all the way dari yong peng datang ambil i kat sekolah.auww rasa sweet sgt. naik motor okay!lepas itu rasa sayang sgt kat linda pasal sgup berkorban.uh uh.sedih. hari last linda dan i kerja kat lucky garden kan kita makan KFC then masa tu ada soft toys percuma Looney Tunes tau pilih pilih la kita nak apa ada Donald Duck la, kucing tu then ada Tweety la lepas tu linda beri i dua biji tau Donald Duck dengan Tweety. sobb sobbb sedih ;(

then kami lost contact sampailah weekend smlm ni kami dapat jumpa semula.oh linda masih cantik macam dulu.anak dia dua orang sumpah macam anak mat salleh.rindu sangat dengan linda.linda kau tahu tak aku sayang kau? ^_^ tak pernah lupa kat kau tahu. terharu bila linda beri hadiah sempena reunion jejak kasih kami.

comel kan?terus jadi kesukaan dan gantung dalam kereta.terus rasa teruja dan memandu dengan perasaan comel sepanjang waktu ^_^ terima kasih linda. The Junas dapat ini semua kecuali andak.hihi!

naddy dengan baju kesayangan. ni kesayangan i ni. ^_^



oh hebat rasanya jumpa dengan orang2 yg kita sayang. tapi terkilan sikit pasal aloi tak dapat join. next time ya darl!! ^_^

for linda : AKU SAYANG KAU! till we meet again.love love.hughughughug!

Friday, October 23, 2009

Oh Lelaki...

(...atas nama cinta...)

"Aku sayang dia.. kenapa dia buat aku macam ni... kenapa dia ada perempuan lain??tak sampai setahun aku kawin... kenapa dia buat aku macam ni... aku nak ikut dia (suami) aku nak ikut dia... dia suami aku... aku buat macam macam untuk dia.aku terima dia walaupun dia buat aku macam ni.knp dia lebihkan perempuan tu... knp tak aku..."

aku ".............................." (---speechless.)

p/s : cuba membayangkan kalau 'aku' diatas terjadi kpd diri sendiri.

Thursday, October 22, 2009

Jadi Diri Sendiri.

pernah tak kau orang rasa nak tiru jadi seperti org lain?dulu i pernah rasa macam itu.tengok senior masa kat sekolah pakai tudung singkat2, kain labuh2 cuci lantai, rasa macam 'ha.coolnye buat macam itu.TIRU.' masa kat universiti dulu, tengok org pakai seksi, sendat,cakap kpd diri sendiri 'waa.nak jugak buat.TIRU!'ok.annoying.sikit sikit nak tiru.nak ikot.tapi bila jemaah kolej pegi terawikh ramai ramai kenapa aku taknak TIRU mereka sekali??kenapa masa hai bersengkang mata belajar novel sampai taktidor malam i taknak pula tiru! tidur terlentang macam org koma lg adalah.nak tiru benda benda jahat je.hah.itulah bunga.

berapa ramai yg sedang baca post ini berani mengaku anda selama ini sebenarnya adalah seseorg yg bukan anda?sila angkat gigi sekarang.yg jongang jgn terasa.ada idola sendiri dengan tiru org lain adalah benda yg berbeza ye anak anak. idola itu seperti seseorg inspired anda.tiru pula bermakna anda cuba nak jadi dia (org yg ditiru) identiti yg bercelaru. macam naddy contohnya (mflah kau lagi aku highlight!) dulu dia selalu tiru gaya artis 70an. pakai seluar bell-bottom, rambut kembang. pakai baju warna warni bergaya ranggi. itu bukan beliau sebenarnya.itu ms zaman beliau menggilai hail amir. takpayah la cerita ms beliau minat manbai, harun salim bachik dan mr.os. buruk. tsk. tak payah la dedahkan zaman gelap beliau. puas dia jadi copycat.akhirnya tak kemana. itu bukan beliau. dan akhirnya dia memilih untuk jadi diri sendiri. itu yg terbaik. alhamdulillah sekarang naddy dah berubah.aku turut merasa bangga, sumpah.

kadang kadang kita mahu tiru personaliti org. dah sah sah diri sendiri kasar tomboy suara garau macam maknyah, tapi terasa nak tiru fasha sandha maka kita pun try jalan sesopan mungkin, terkepit2, suara kapit bagi key kecik, lenggang lenggok macam org patah pinggang.sampai bila kita dapat bertahan begitu?kan tak cool.betulkah?apa yg kita dapat?menjadi sesorg yg bukan kita.penat tahu.kenapa malu jd diri sendiri?bangga dengan apa yg kita ada.kan?itu yg menjadikan kita unik.(tiba tiba motivasikan org pulak.)

i tak rasa diri perfect. sbg seorg wanita hot biasa, i banyak kelemahan. tapi alhamdulillah, for all this while, i jadi diri sendiri. bunga yg u kenal melalui kata2 merepek ini, adalah bunga yg u akan kenal offscreen. what u read is what u get. hipocracy will not get u anywhere. (tiba tiba rasa cool pulak speaking) trust me. jadi nanti lama lama berkawan u takkan terkejut.takdelah u akan kata 'hah rupanya bunga tu blablablabla..pokpekpokpek...' segala macam entri i yg pelbagai itu, itulah gmbrn sebenar i. xde selindung selindung. cuma takkanlah i nak tulis 'hari ni i terajang pasubunga sampai pecah sebab pengetua tak luluskan i punya cuti' 'hari ni i curi makan free kat kantin...' (hadoii!semua pun kantoi) tapi lagi seronok la bila org dapat kenal kita yg sebenarnya.

entri ni khas untuk one of my silent readers sebenarnya. dengan harapan bahawa i sebenarnya tetap prihatin kat u, walaupun u tak perfect mcm org lain.i cuma taknak u jadi org lain.mix identity. itu bukan u. for the first time, frankly, i cakap elok elok dengan u. i harap u faham.

p/s : bersopan habis! ^_^ naddy. sila muntah.

Wednesday, October 21, 2009

Sesungguhnya Sedar Dirilah Kau Bunga...

Orang dulu dulu pun ada pesan. ukur baju kat badan sendiri. kau orang faham tak apa maknanya? yelah, takkan la nak ukur baju naddy tetiba guna size badan i pulak. itu dah tipu namanya tu. apatah lagi ukur kat badan aloi lagilah merapu. kesimpulannya, sendiri nak buat baju maka badan sendiri la yg harus dimeasure. heh. ilmiahnya introduction. dah macam kelas peribahasa melayu kelolaan kak yong. kak yong tu sape?hentah!

maknanya kalau kau tak mampu, kau jgn buat buat mampu. kalau kau rasa kau tak boleh buat jangan kau janji janji kata kau boleh buat. semua tu akan confusekan kau dikemudian hari. sila percaya. i hidup dah 26 tahun. maka i tahu semua itu. bersyukur dan menjadi kesayangan bila berkawan dengan org2 yg sedar diri. contohnya naddy. okeh sila bertahan la pasal semua contoh untuk isu kali ni pun akan merefer pada naddy. ok ok. naddy. sila percaya bila i kata naddy takdehalpunya pakai jam RM15 walaupun dia lecturer. naddy takdehalpunya pakai sandal RM9.90 walaupun gaji beliau besar. naddy takde sibuk2 nak pakai handbeg mahal2. dia kehulu kehilir pakai beg jonker street RM60 yg menjadi kesayangan. takde pulaklah naddy nak kecoh kecoh beli barang2 mahal dan branded walaupun naddy mampu. beliau lebih utamakan family dan kesayangan hati dan kawan kawan seperti i (heh naddy!) kesimpulan petikan diatas, secara tidak langsung naddy mempengaruhi i supaya jangan melebih-lebih kalau kau tak mampu. berpada-pada.bagus.ini sifat terpuji ye anak anak.sila tengok kereta yg naddy pki sekarang.berkat usaha berjimat cermat dengan jam RM15 itu (ok perlukah aku ulang sampai 2kali?)

i selalu admire naddy yg sangat tak kisah itu. sekarang i sudah mencontohi beliau. betul. semalam baru beli sandal harga RM7.90. sandal somel ada ladybugs 2 ekor. hari tu pg Thai fair beli baju RM20. Thai fair okay! bukan pegi Thai lalu singgah di mall mereka beli baju, tidak. husband selalu pesan jgn taksub dengan dunia (sekarang dah mcm sesi ceramah agama pula) so i belajar sayang duit. simpan untuk hari tua.manalah tahu one day duit dah berkoyan lalu tiba tiba sewaktu minum petang husband kata "jom pegi Mekah" jadi saving sudah ada disitu. atau tiba tiba i pregnant lalu nak guna khidmat doktor pakar, maka ia sudah cover disitu.ok ok.sekarang nampak hala tuju.

kesimpulannya, kalau kita sedar diri, kita akan sentiasa tahu kita berpijak dimana.sebenarnya entri ini lebih kepada luahan hati tunggu tunggakan yg tak kunjung tiba. jadi bila saving susut maka cinta kepada dunia macam berkurangan sedikit.hahaha. yelah yelah i main jauh jauh la. haaalaaaaa.... ^_^

Tuesday, October 20, 2009

BIADAP!!

tengok tajuk font besar mmg dah boleh agak la post ini sememangnya post amarah. tidak syak lagi.
blog cikgu yg terhormat ini sudah semestinya akan dibaca oleh students. itu pun tidak syak lagi.

okeh. begini la.

cikgu ini lebih rela mengajar dan menghadap kambing yg dengan girangnya meragut rumput dipadang padang nan indah permai daripada mengajar SEORANG BUDAK BIADAP YANG TAK TAHU NAK HORMAT CIKGU. mintak maaf la kalau kau bodoh dan tak faham faham apa yg aku ajar. aku memang tak halal segala ilmu yg aku ajar pada kau. SPM tinggal beberapa hari je lagi boleh pulak kau buat perangai pailang dengan aku. kau ingat kau siapa?? datang buat huru hara depan rumah aku. memang sampai mati la aku TAK HALAL ilmu aku yg tak seberapa tu.

sekian.

p/s : students 5 KM 2 yg selalu tak buat kerja tu pun lebih menjadi kesayangan sekarang. so kau tau tempat kau sekarang dekat mana?

Monday, October 19, 2009

Datang Tak DiUndang Maka Kau Harus Sadarrr Diri!


arghhh beremosinya i malam ni!! esok ada pembentangan headcount trial SPM, time time nilah jerawat nak interframe! (harus kelihatan ayu dan flawless depan pengetua.auww!haha) jerawat ni impak dia sgt besar dalam hidup i.terus self-esteem rasa macam dah menurun ke paras berbahaya. terus rasa mahu MC esok secara tiba tiba (hehe.nampak macam saja je nak sambung cuti.kantoi.hee..) takdekenamengena. kenapa kenapa! kenapa kau mesti tumbuh kat dahi aku! kenapa tak kat dahi naddy ke kat dahi ynadona ke ha ha ha? kenapa mesti aku!! stress habis habisan. adalah penting untuk i kelihatan cantik esok hari. hukumnya wajib. psl.. err pasal... ntah. saja saja.haha. sepak karang.

arghhhhhhhh!!

sekian entri tunggang langgang dari i. babai.

Sunday, October 18, 2009

Model Diperlukan!!

hoh tajuk entri dah bunyi desperate mcm sangat perlukan model magz porn.haa tidak tidak. mesti naddy macam excited pasal beliau kata nak sangat yg amat join magz porn. featuring model pon boleh.kata beliau.hahaha. pagi2 dah start macam bermulut jahat kat naddy padahal beliau sangat baik.sumpah jadi kesayangan! ^_^ dahlah semalam bagi suprise kat i! thanks babe. ole ole jonker street sempena belated birthday i. auwwww sumpah terharu (gedik.ngehngeh!~)

okeh berbalik kepada topik asal MODEL DIPERLUKAN yelah sudah semestinya i mmg perlukan model2 yg macam takde keje (model kat sini bermaksud bukanlah i nak model seperti Hanis Zalikha woh itu macam kau-tak-sedar-diri-nak-model-gojes-begitu, i just nak insan2 biasa untuk bercam-whoring bersama.) saja nak polish skill (chey macamlah ada skill sangat). thehehe. jom jom. tapi area Batu Pahat sajalah. takkanlah i harus mengembara sampai ke Taiping pulak ^_^ ye ye. siapa2 yg berminat bolehlah hubungi i. (woh padat dan ringkas punya iklan)

p/s : harus diingat i adalah photog amatur cap buaya.jadi gmbr takdelah grande mcm Mohd.Hatta. ^_^

Friday, October 16, 2009

Lagi Entri Bernada BENCI ^_^

agaknya i banyak sangat makan yesterday masa jamuan hari raya sampaikan otak bermutasi sekejap.emoticon tersenyum yg takhada kaitan dengan tajuk entri. entah kenapa entah. ok la.sebab utama sebab naddy (naddy lagik.kacian kau.naseb baik this weekend kita nak dating!) ya sebab naddy dah buat i MENSAMPAH semalam. naddy SILA BERTANGGUNGJAWAB boleh?baru nak menikmati hari hari cuti Deepavali dengan aman makmur. tapi sebab berita zizique (*jijik) yg naddy bawa, i terus jadi macam ini. macam ini membawa maksud BENCI,MELUAT, MENSAMPAH, NAK MUNTAH!

Naddy la ni tunjuk gambar SWINE pakai sleeveless. geli bai! sibet sumpah aku bodoh selama 40 hari kerana melihat pics itu! *bluwekkk* muntah lagi. selama ni kan i selalu keep naddy in track. selalu cakap kat naddy :

"babe, i think we should keep this swine. this piglet just lost her parents."

yelah i kan baik hatitahap penyayang yg melampau kat piglet tu. naddy la selalu cucuk cucuk swine tu pakai besi panas. sampai melecur lecur tapi swine tuh tetap sayang kat naddy. so we keep the piglet sampai la ia membesar dan sihat dan menjadi sebagai seekor swine yg anggun. tapi mmg dah dasar swine.sebab tu kalau org marah maka org akan menjerit "B**i betOlllllll!" walaupun bukan b**i punya salah.tsk.mengapa!!

dan sekarang swine tu dah kotorkan front yard i dengan najis najis beliau. marah tahu!! then cakap kat naddy yang "bunga suruh saya berak di halaman rumah beliau. bunga yg ajar saya berak dulu!" oh this is just to much. hello swine, kalau tak mengenangkan kau ni najis mughallazah nak je aku kerat kerat kau dan sepahkan badan kau kat sepanjang kejiranan aku tahu! dasar swine moden dan bersleeveless! sekarang bila swine itu dah lari dari rumah, i pon tak terhengen nak offer shelter kat dia, apatah lagi nak keep track dengan hidup dia maka byebye la ye. beliau sudah besar. boleh tentukan hidup beliau sendiri. moreover, she's just a damn swine. what can we expect from one?

p/s : so cynical of me ^_^

Thursday, October 15, 2009

MUNTAH MUNTAH MUNTAH!!


tadi naddy tunjuk gambar pOrnO jijik.

jijik gilOs sampai i rasa nak muntah selipar.

p/s : hot la sgt naddy! sampai rasa cam nak suicide jek! muahOhOhO!

LOSER!

Tuesday, October 13, 2009

Here Comes The Trouble


i rasa,
hanya naddy saja yg tau..

kenapa i upload pic ni tetibe...

two fatal flaws,
in a beauty of friendship...

*sigh*

Monday, October 12, 2009

Terima Kasih Karma Jahat

Karma.

sebut pun dah seram apatah lagi kalau u sendiri kena berhadapan dengan situasi itu. what goes around comes around.

Coklat + Vintage Photo Album + Janji Manis Mahu Belikan Lense Untuk Nikon i...

too good to be true.. ^_^

tapi i tunggu... dengan penuh harapan... *CHEYYY!*

jiran sebelah menjerit : APA KAU MEREPEK NI SEHHTANNNN!

Sunday, October 11, 2009

Pergi Majlis Kawen Lepas Tu Perasaan Spt Dihalau (Balada Bunga Dan Naddy)

Aris,

SeriOus kami tak berniat jahat pOn masa berhajat nak pergi rumah kau weh. aku dengan naddy dah sepakat membawa berkat nak pakai baju paling mengancam ke majlis kau nanti. tapi akhirnya kami ended up pakai baju paling ala ala saja pasal naddy kata "kau gilOs ke nak melaram pergi kenduri kahwin org?nanti org konfius mana satu pengantin pasal kita hotbiggity sgt!" ok.aku bohong. naddy takda cakap begitu. hakikat sbnr, kami takda baju mengancam.kasian.

tengok.pakai baju sorang merah sorang kuning. dah macam traffic light. warna hijau je xada.jadi kami dah bukan traffic light lagi dah pasal tak cukup kOrum.wekk! masa ni kami tengah tunggu kau siap siap, perot masing masing dah kenyang tapi semangat habis nak tgu kau naik pelamin. masa ni adik kau sempat lagi buat perangai nak kena penendang dengan kitOrg.perangai apa yg dia buat tak perlulah aku kepoh kepohkan kat sini cukuplah sekadar mengetahui bahawa adik kau mmg hampir hampir kena penendang. kat sini jugak Dayah (adik Naddy) curik ayam gOreng kau seketul. aku tolong kasitau. eh eh lari topik. tak pasal pasal Dayah dapat malu.adik sapa?lalala...
wah wah wah kacaknye kau Aris.ok aku tipu lagi.eh tak la tak la.kau kacak la ketika ini. nampak la ciri ciri pengantin walaupun kau hampir hampir sama dgn background. kami semua tertanya tanya kenapakah kau posing begini.hmm.
wah wah wah lawanya fasha!.ok aku tipu.tak tak kali ni mmg aku tipu.aku nak zip mulut je! hmphhhh hmphhhh!
aku taktau knp bila kami sebut saja nak bercamwhore dengan kau serta merta muka fasha berubah. dari tersengih tersenyum cam kerang busuk muka fasha terus jadi terpenyek tak redha gila menyampah ptuihhhh dengan kami.apakah.langsung tak pandang kami walhal aku penat sengih senyum kat dia dengan perasaan muhibbah satu malaysia.malu woh.tapi aku buat buat cool sambil berfikiran positif 'ah mungkin fasha segan tgk aku lawa sgt melebey lebey dari dia' ook la ok la.aku angkat bakul sendiri la.tsk.
time ni sensor aku dah mengesan ketidakselesaan fasha dengan kehadiran kami.aura menyampah beliau semakin dirasai. seriOus time ni aku rasa cam nak ambik balik je hadiah mahal yg aku beli untuk kau. kopak duit gaji aku. mmg aku berkira time ni. serious aku tak tipu. aku pandang pandang je naddy dengan harapan episod luka ni akan berakhir kat sini. tapi naddy sedap je tersengih sengih camwhore sorang sorang. sibet!
tengok. makin menyampah sampah betul riak wajah fasha. beza betul dengan kau aris yg macam kanak kanak riang ria rejoice berperisa ribena. masa ni aku rasa cam nak golek golek je pasal aku rasa sesungguhnya fasha menyampah jadah dengan kehadiran kami. tsk T_T sedih tahu. wOooo wOoOo... naseb baik perot dah kenyang. tiga snap pics semua muka fasha masam murka. it's not just a coincidence. sesungguhnya aku tau, fasha tak pernah lupa. kami je yg baik dan buat buat pemaaf lalu nak melupakan dan memaafkan. dats y kami datang. kami datang kerana kau ARIS, KERANA ENGKAU.
dengan hati yg patah, kami pOn beransur balik. naddy dah pok pek. aku pon pok pek jugak. kami pok pek kan kau. tapi apa yg kami pok pek kan biarlah jadi rahsia. tapi dalam hati kami sedih bagai. oh!
Aris Aris,

kalau tak kerana kau mungkin kami tak jejak kan kaki ke majlis kau. our friendship is beyond everything. tapi tak sangka pulak fasha menyampah benci kat kami sampai tak boleh langsung nak senyum bila tengok muka kami, or at least can she just pretendng like she was happy to see us there? well, aku rasa kami lah saja kawan kau yg stay sampai kau sanding. yg lain?HARAM. terluka betul. kasian betul kat kami. sumpah lah fasha, kami ni cuma kawan kawan Aris yg hot saja, hot lah pasal berdiri tengah panas. gilakah kalau kata sejuk? takde niat nak merampas apatah lagi mengkenen Aris. kami masing masing dah ada hero dalam hati tauuu! huuuu... benci betul dia kat kita. haihhh. benci! first time pg kenduri kawen pengantin perempuan terang terangan buat muka MENYAMPAH.oh!~

By the way Aris dan SITI HAJAR a.k.a FASHA 'SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.AMIN'.

aku dengan naddy nak pergi merajuk dulu!

p/s : naddy, 3 keping. semua muka cam sibet!

Saturday, October 10, 2009

365 Hari. Bahagia Itu Subjektif. (^_~)!

i sering tertanya2. kalau bukan dia, adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup menahan kesabaran setiap kali perempuan ini hilang pertimbangan? setiap kali perempuan ini marah marah dan merajuk just for the sake of small things yg remeh temeh? setiap kali perempuan ini mogok lapar takmahu makan hny kerana emak lupa nak gorengkan telur?

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup menerima perempuan ini yg suka kentut kentut sesuka hati? yg tak pandai masak sedap sedap untuk hidangan suami, yg masih terkial kial nak membezakan kobis dan sawi, masih terkial-kial nak membasuh gunakan washing machine.

kalau bukan dia, masih adakah lelaki yg sanggup hidup bersama perempuan ini yg emosi sentiasa berubah-ubah?boros. cerewet.tidak bijak. tidak cantik. tidak lemah lembut dan sopan santun. suka ketawa kuat kuat. suka loncat loncat walaupun umur sudah tua. masih tidur dengan teddybear. suka menangis setiap kali kucing kesayangan kena buang dengan emak pasal kencing merata rata. yg masih tidur dengan emak setiap kali suami kerja malam. yg masih pergi kerja bawak bekal yg emak masak. yg hidup hanya mahu tinggal dengan emak.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup bangun tiap tiap pagi semata mata mahu rebuskan air untuk perempuan ini mandi pagi? sabar melayan setiap SETIAP karenah perempuan ini, yg selalu sabar setiap kali perempuan ini baling barang kesayangan bila mengamuk, yg selalu cium pipi perempuan ini dan berkata "comel isteri abang..." walaupun hakikatnya perempuan ini dalam keadaan paling hodoh sekali pd waktu itu.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup masak makanan kegemaran perempuan ini ketika perempuan ini merengek rengek lapar jam 3 pagi?yg menjaga perempuan ini ketika sakit, yg merawat setiap kesakitan dengan kasih sayang.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain diluar sana yg sentiasa membuat perempuan ini percaya bahawa dia cantik, bijak dan terbaik? yg sentiasa meyakinkan perempuan ini bahawa cinta suci itu wujud dan benar ada?yg menghormati perempuan ini sbgmana perempuan ini layak dihormati?

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup membuang ego dan sama sama menangis bila perempuan ini dihina dan dikeji kerana menjadi isterinya. adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup meninggalkan harta dunia dan kemewahan hanya kerana mahu memperisterikan perempuan ini? adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup berjuang demi cintanya untuk perempuan ini...

kisah cinta kita menggegar dunia, sayang. dan kisah kita sentiasa memberi harapan kepada orang lain diluar sana bahawa cinta sejati benar ada. dan i sgt bertuah kerana i adalah antara salah seorang yg merasai cinta sejati itu. 365 yang kita lalui selama ini indah, sayang.

i sering tertanya tanya, kebaikan apa yg i dah buat sehingga Allah kurniakan dia sbg suami i. lelaki yg sentiasa melihat kebaikan dalam diri i. yg sentiasa berjalan disisi i menongkah dunia yg keji.

happy first anniversary sayang.
aku cinta kamu
sampai mati.




Friday, October 9, 2009

Embun Dan Rakan Rakan (^_~)!


seriOus.

i rasa ini sgt cOmel.

sekarang semua org dah tau nama timangan i dekat rumah.WHOH!

terima kaseh embun dan semua rakan rakan beliau.

tOuching sungguh neh!

(^_^)

Thursday, October 8, 2009

Balada Orang Sudah Tua (^_^)!

baiklah. atas permintaan i sila nyanyikan i lagu HAPPY BIRTHDAY secara beramai ramai dalam bahasa tamil. (mel sila nyanyikan untuk aku). dihargai sungguh birthday wishes yg melampau banyak dari korang2 semua (kawan+rakan kerja+rakan maya+students) sumpah i rasa macham selebriti AF yg terkeluar awal pusingan pertama.glamour yg suam suam kuku kaki kambing. wish kat facebook yg menjalar2 tuh rasa cam nak simpan jep dalam frame. terharu la when a total stranger wishing u a bufday wish. (T_T) uh uh!. terima kasih semua yep! meh polok meh!

tapi sapa yg cakap 'hepi birthday.kau dah TUA maka sila beranak sekarang pasal kalau kau tua sangat susah beranak.seram tak seram tak' maka sila claim tendangan padu gaban dari i pada minggu hadapan ye.biasa neh molot nak kena gam gajah neh! episod terharu dimulakan dengan kezutan dari geng bas sekolah dikepalai oleh Kak Sally yg seram berbaju oren. melampau la terharu (sila kira berapa kali i guna perkataan TERHARU) bila semua org buat buat sebok rupa2nya tengah setting kek and lilin kat bilik sebelah.lepas tu Tika datang bawa kek cokelat sambil semua semua nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU! oh! i neh mengaku berjiwa kental tapi lepas tu mata dah merah2 la pulakkk! sibet betul mereka! nasib bek tak meleleh leleh! hoh!
saksikan muka geli saya! (terharu campur gembira) (T_T)" mata dah merah oh!

nak sembelih kek American Choc yg SUPERB-SOHDAP!

thanks to Tika and Kak Sally (wanita seram berbaju oren) for the suprise! aku sayang korang!

lepas tu balik sekolah paksa TIKA belanja i makan (tak tak tika yg dengan baik hati nak belanja cacing dalam perot i makan).pegi la makan kat PIZZA. kan dah dewasa jadi bolehlah makan pizza selalu tanpa merisaukan bontot jadi besar ke apa,selambakodok.kehkeh.(sudah besar jadi boleh sebut 'bontot' banyak banyak kali)takdakaitan. dahlah mmg tengah lapar jadi menu yg dihidangkan (skema ayat!) takada masalah untuk dihabiskan! nyumnyum!

pizza hut.umur dah 26tahun kena la Italiano skett!!

tukang bayar sdg mem-pomotkan pepper.apa motif tah.

tukang makan yg gembira lalu camwhore sebentar.

mango tango yg WAJIB ada.(kalau takada harus ada yg berguling2)

lagi muka org berusia 26tahun yg matang dan bijak *blegh*

tukang bayar buat muka tak redha.

tukang makan buat pose comel menawan hati ibu.

burppp! alhamdulillah dah kenyang jadi sudah boleh balik.thanks Tika for the treat. aku janji tak buli kau dua minggu! (^_^)! sampai rumah mak masakkan makanan favourite nasik lemak dengan sambal tumis udang and ayam goreng rempah, hubby pulak masa dinner masakan mee goreng udang di-masak dgn kasih sayang sejati.i rasa tahun ni punya birthday misi mereka adalah untuk buat i gemuk! perut pun macam tau2 je, boleh sumbat semua benda tanpa sebarang masalah! hoh!

birthday tahun ni super bermakna passal tahun pertama celebrate sbg isteri org. mana tahu tahun depan sambut sbg nenek org pulak?kehkehkeh. best rupenye sambut dengan husband ni.huhu.takpayahlah share dengan korang.korang budak budak,ape tau!huhu!

thanks kepada students yg bagi hadiah and yg paling i suke adalah lampu tido lovelove pink tu mmg seksayyy la.auwww! huhu! thanks kepada semua ya.doakan i berubah menjadi seorang ORANG yg lebih baik lg pd masa akan datang! (^_^)!

SAYANG KORANG SEMUA!

p/s : oh hadiah dari hubby tak dapat lagi :( benci! hubby kata suprise. suprise apa ntah. oh tertekan nyer tunggu!

Wednesday, October 7, 2009

Sebel!! (Surat Layang Untuk LELAKI INI)

bajingan lo, udah di bantuin lagi ngapain juga kami ini dipandang sebelah mata?apa lo lupa apa yg udah kami semua lakuin ke lo?kami sama sama ngedukung lo, sama sama berdoa agar lo sukses. naahh sekarang lo beda banget! kami udah ngak penting buat lo. ya iya, kami sadar shiapa kami. udahlah kerdil lagi kechil, ngak pantes mau dampingi lo. gue sebel lo tau ngak. sebel!!! nantinya, kalau lo mau kami bantuin lo lagi, kami ngak mauk tau! ngak mauk!

p/s : gila hapa aku guna bahasa diorg?kang jadi isu lagi. takut! lariiiiiiiiiiii!

Monday, October 5, 2009

Perempuan Cantik + Tongkang Pecah!! (18PL)

Stereotyping. Kan kan?

situasi 1:

Makcik Gayah merupakan seorang wanita yg berketerampilan dan sentiasa kelihatan anggun bergaya ranggi. sering berkebaya dan berbusana fesyen terkini (tiba tiba bahasa melayu aku jadi best pulak.kehkeh) Makcik Gayah amat menitikberatkan penampilan semasa berada dikhalayak ramai. Sering berpokpek sekiranya meja rakan setugas bersepah dan berhabuk selain sering memberikan ceramah kesihatan dan kebersihan diri yg menyakitkan hati Makcik Gayah mengundang rasa tidak senang masyarakat terhadap beliau. Hampir tidak pernah langsung Makcik Gayah tampil selekeh dan bersememeh. Menurut rangkaian gosip terkenal dikawasan itu, Makcik Gayah turut memandang sebelah mata pakaian dalam berjenama murah. Pendek kata Makcik Gayah adalah seorang wanita yang anggun, elegant, brand conscious dan marvellous! whoh!

hakikat : persekitaran rumah Makcik Gayah terdiri daripada rimbunan hutan belukar yg tidak ditebas. habuk dan susun atur perabot yang adooo menghiasi ruang tamu rumah beliau. apatah lagi dilihat daripada dekorasi rumah yg saling tak tumpah seperti kedai singseh ubat cina, Makcik Gayah ternyata hanya indah khabar dari rupa. Suasana habitat beliau yg suram, malap dan membosankan ternyata begitu kontra dengan penampilan yg ditonjolkan oleh beliau selama ini.

amacam??familiar tak dengan situasi ni.i selaluuuu giler jumpa keadaan begini.dulu zaman zaman kat U, adalah sorang hamba Allah ni, muka+apperance mmg tiptop kebabom la tapi bab kemas mengemas bilik and kebersihan ni mmg FAIL habiss la.sorry yep. bukan niat nak meng-kutuk sesiapa (sudahlah kau!terang terang kau kutuk Makcik Gayah oh!) tapi hakikat yg sedih neh mmg memualkan tekak dan menyakitkan otak. mana mana yg terkantul perilaku sebenar mmg bengang la, tapi bagi mereka yg sampai sekarang tak kantoi lagi terus menerus kelepet masyarakat dengan imej suci murni adabi.tsk.sakit hati.

i taklah cakap i neh pengemas gilos dan pembersih yg amat amattt!oh tidak sama sekali tapi org kata, biarlah kalau cantik kat luar, cantik jugak kat dalam. tak payah jauh jauh la, embun adik i yg suka pow duit gaji i tuh pon perangai mcm beruang sarkas. kalau nak keluar bukan main dressing lagi dah mcm artis artis sinetron indonesia, tapi bilik tunggang terbalik mcm sarang ayam belanda oh! tertipu sungguh masyarakat sekeliling dengan sifat beliau!

i mmg tak boleh blah betol kalau ada insan insan begini disekeliling i. rasa cam nak bagi ceramah motivasi jep.hahahaha.oh.merepek saja...

p/s : isu ini sedang hangat dikalangan warga kerja SIIS.tsk.

Sunday, October 4, 2009

Malam Malam Jadi Burung HantoOoO!

starting entri je dah kena rasa menyampah tengok pempuan dObOt camwhoring! *bleghh!*


giler menyampah betul kalau bantai tengok citer hantu lepastuh takbley tido! gtr4eccxxzswai8uy@#! (mencarut) lagi sibet bila ter-bayang bayang je raut wajah si hantoO tersebut. double sibet bila embun boleh pulak tido tak sadar diri padahal tadi sama sama kembang kempis idOng tahan seram. cis betol! jadi masalah sekarang adalah TAK BOLEH TIDO.
sakit hati betol!! dah pukul 3 pagi dah ni.whoh! stress nyer!


tengok tengok budak sibet tido! budak manja, selimut biru yg dia buat bungkus tuh dulu i punye.masa zaman kat Princeton dulu.dasar kakak penyayang, bagi jelah budak jahat tu rembat selimut hikmat i. siap berdengkur dengkur kau tido ye! meh aku picit picit kepala kau mehhh! bila hubby xder budak nilah yg teman i tido malam.siap mintak pengeras. nak kasut la, nak handbag la, nak gitar pink la.. sakit hati oh! paling tak tahan tido sambil buat bunyi bunyian aneh! aku takot la!

tsk.benci ah! kalau tau tadi tak hingin aku tengok citer DENDAM KUNTILANAK tu! wajib paksa mata tido nih. besok nak beraya dengan geng bas sekolah.huh! tido tido! *sambil buat buat bayangkan kira biri biri putih comel lompat pagar.1...2....3.....*

Friday, October 2, 2009

Ber-Belah Bagi Pulak... (-_+)" (Muka Nak Kena Tumbuk!)

Dahdah.abaikan ajelah muka muka berbaur nervous dibawah tapi lagi mahu camwhoring. nak kutuk sila kutuk dalam hati.tsk (+_O)"

siap makan tak lalu walaupun mak masak ketam masak lemak (sibet betul ni semua pasal nak pegi interview la neh!double sibet pasal tak dapat join geng bas sekolah pegi rumah radin.tika kata lauk banyak.rugi rugi.(lepas tu kalau i bising gemuk gemuk sila tampar di-pipi)

sempat tidur sekejap lepas balik dari sekolah.kroOohh..krOoh... pukul 2pm baru macam terhegeh hegeh nak bersiap.tapi agak ajaib jugaklah pasal siap semua termasuk makeup *ceh!* dalam masa 30 minit je.30 minit wohh! wajib pakai baju 'bernasib baik' i.ngehngeh.giler menyampah siap paksa hubby teman pg interview.gedik whoh!

muka bercampur nervous.NERVOUS okeh! tak penah penah NERVOUS yg seteruk ini!malu betul kalau org kampung tahu! dalam kepala otak dah fikir fikir nanti mock teaching nak ajar apa.kehkeh.the only thing yg i sangat master adalah ADJECTIVES pasal tadi baru pas buat revision dengan students kat sekolah.huhui!~
lepas tu mahu buat lagi PEACE padahal dalam hati dupdap nak mamp**.*finger cross*
hubby mmg dedicated habis la.sanggup teman wife yg gedik camwhore pergi interview.siap pakai t-shirt yg i suka semata mata nak bagi semangat bebeh.ter-ganggu sekejap fokus i.ngehngeh! sampai kat UTHM pukul 3pm lepas tu dah macam students foreigner kehulu kehilir cari bangunan B1. siap tanya students tapi masing masing buat muka tungkik sambil kata "Err..errr... kitorang students baru kakkk... taktau sangat...kat mana blok B1" last last macam nak sepak je sorang sorang pasal blok B1 adalah blok dimana kami berada. then terus straight pergi ofis admin.phewww.orang kedua sampai tuuu.mmg dedikasi habis la whohh! tadi semua sekali ada 8 orang dan i sorang je perempuan yg wujud kat situ okeh.ni apa ni,perempuan dah pupus ke?nasib baik hubby teman kalau tak mmg habis la mamat mamat tu kena ngorat dengan i pasal semua pun handsome woh! kecuali sorang uncle india yg first first datang *gila kau nak ngorat dia jugak*!! semua pun belek belek resume laa,sijil yg tebal tebal cam kamus dewan la.rendah diri betul laa... (o_O)"

then bila tiba turn i *lucky number one walaupun sampai tadi adalah org kedua*
phewww! alhamdulillah la semua pun ber-jalan lancar siap keluar slang ngada ngada bila speaking.haruslah muntah.kehkeh.siap bagi janji janji palsu konon i ni penyabar la dengan karenah students, berdedikasi la, able to work under pressure la, fast learner la semua pun goreng je.hehe!~menurut firasat macam okeh la.ada harapan walaupun taknak le mengharap sangat.ada rezeki ada laa... rezeki anak anak.kehkeh! nasib baik tak kena buat mock teaching whoh cuma sessi bersoal jawab je.amin!

habis je interview hubby belanja brownies yg lazat ber-krim beli kat jalan LimPoon.sedap nyum nyum laaa! sambil makan tu macam terfikir fikir jugak la.. betul ke keputusan yg i buat ni?dah tak sayang ke i dengan sekolah?entah eh... perangai students banyak buat i merajuk la... (-_-)"

*in doubt*

oh oh dan terima kasih banyak banyak pada yg wish kat i say gudluck siap ada yg ber-doa la sesungguhnya i sungguh ter-touched la babes! sayang semua sampai lebam tau tau tau! mari kita ber-pelukannnnn! (~_~)

Thursday, October 1, 2009

Ber-debar (Pastu Terasa Nak Pengsan)

besok ada interview jadi tutor kat UTHM

-


---



----



-----


lepas tu tiba tiba rasa takot...

*bleghhh*

kepada yg baik hati doakan i semoga semuanya suksessss suksesssss! (-_-)"