Tuesday, November 24, 2009

Tolong..............

nak makan blueberry cheese tart....

hukk...hukkk...

:(

Monday, November 23, 2009

Of Tunjuk Pandai, Caci Maki Dan Buy And Blog.

pertama : kalau nak tunjuk pandai je mesti speaking. nak hentam annon mesti speaking, nak hentam bloggers yg wat pailang mesti speaking. nak lepas geram mesti speaking, nak tunjuk keilmiahan mesti speaking, kalau cakap bahasa lain tak boleh ke? maki maki dalam mandarin ke, jowo ke.... cakap bahasa urdu ke...

*dulu selalu buat macam ni. sekarang macam dah menyesal sikit. mak kata kalau kita pandai and dah mmg pandai, buat diam je pun org memang taulah kita ni pandai.

kedua : caci maki dan cakap macam sibet. frasa frasa berbaur pailang sekarang semakin meluas digunakan dikalangan bloggers.kadang2 i pun terbuat sekali lah jugak.caci maki. tanpa secebis perasaan menyesal atau hentahlah.tak baik tak baik.geram kat org, caci maki kat blog. geram gaji masuk lambat caci maki kat blog. nak caci maki boleh kot. tapi bahasa kena jaga jugak kot?heh kenapa pulak aku sibuk sibuk pasal tertib bahasa nih?laalaalaa...

*kita patut wujudkan iklim blog yg lebih bersahsiah.hoh

ketiga : buy and blog.kau beli lepas itu kau blog. dulu i selalu buat ni. beli ubat gigi Darlie perisa jambu air lepas itu publish dalam blog.letak gambar besar besar. terpulanglah kat individu kan. suka hati dioranglah nak buat apa pun dah blog diorang. yang kau sibuk apa pasal? tapi mcm tak baiklah, nanti org lain tengok, org lain jeles pulak aku ada ubat gigi perisa jambu air. dah tak syok ah. kan dah mewujudkan perasaan irihati kat org lain. taulah duit kau. tapi sensitiviti harus diambil kira. kenapa mesti kau blogkan apa yg kau beli selain MAHU ORG TAHU YG KAU MAMPU BELI ITU.kan kan?eleehhhh... taknak ngaku... kihkih.

*dulu buat menda menda bodoh ni.sekarang alhamdulillah dah ada kesedaran sikit walaupun tak banyak.

dah.bye.

Friday, November 20, 2009

Woh!! Rezeki Hari Jumaat Lah!!

seronoknya jadi blogger ni bukan saja sebab kau boleh kutuk org atau anonymous lepas itu bila dapat feedback sibet kau boleh cakap 'hoi this is my blog i can fucking write whatever i want to!' lepas itu kau letak merata rata widget cakap 'INI BLOG HAKU NAK BACA,SILA TAK SUKA,BLAH!' haa.i lah tu.haha.eh tak tak.itu bukan point utamalah.nak cakap sebenarnya jadi blogger walaupun tak lah seglamer cik epal tapi kira bolehlah haha. kadang kadang terasa dihargailah bila seorang dua cakap kat kau yg blog kau sedikit sebanyak menceriakan hari hari mereka.bersyukurlah.

ha.ni lagi satu best jadi blogger. kadang kadang kau dapat hadiah dan menerima kebaikan hati insan insan prihatin contohnya macam hari inilah. tgklah apa yg i dapat weh weh! haha. ceria hari hari ku ceria weh!



ini semua i dapat dari papa aicha. dia ada onlineshop yg provide sofy toys comel nak mati dengan harga yg sumpah-kau-rasa-nak-beli-semua lah! semua pun used toys tapi sgt comel dan berkualiti baiklah. i beli cinonot kat situ dulu, lepas itu dapat free gift mrs.fatty yg seksi hot gilos neh! teruja seh! papa ada jual kids punya alat permainan, strollers, car seats, banyak bendalah encik ni jual. semua pun elok dan harga termantop lah. lepas itu yg best kau akan dapat free gift melampau comel. huu. lepas itu syoklah pasal hari ini papa bagi plushies rosie warna pink dengan suami untuk mrs.fatty. suami okeh. haha. walaupun companion mrs.fatty muka cam sibet (that's why i named him mr.grumpy) kira okehlah kan dari mrs.fatty jadi anak dara tua.haha.

thanks papa.thanks sooooo muchhhhh! kawan kawan kalau nak soft toys best best silalah ke papa punya kedai yahhhh! =_+

http://aichatoybundle.blogspot.com/

annoyinglah semua orang i tido dengan benda benda comel malam ini! hahahahahahahaha!

Thursday, November 19, 2009

Bersediakah Untuk Menghadapi Satu Kehilangan?

sesuatu telah menusuk kalbu i malam ini.satu rasa. satu perasaan yang... oh God. tak bolehlah nak describe. muntahlah semua orang yang tak suka ber-jiwangan.oh i suka. siap tak malu nak mengaku diri sendiri adalah jiwang.aku jiwang hoh.aku insan paling jiwang kalau kamu orang nak tahu.i pernah spend two days just to prepare love letter to my husband (waktu itu bf la..) pen kaler kaler. sketches sana sini. oh itu my trademark.

tapi itulah. bila kita terlalu sayang, kita cinta mencintai bagai lah.. sampaikan kita kadang kadang lupa yg kita pasti, pasti akan berhadapan dengan satu proses menyakitkan sumpah rasa nak bunuh diri dan jiwa iaitu proses kehilangan. kalau kehilangan kerana org yg kita sayang buat pailang dan berskandal dengan makhluk lain mmg haruslah sedih sambil menyumpah seranah berbakul bakul. tapi... kalau kehilangan kerana... Tuhan dah panggil dia?

bersediakah kita?

...and lagi sakit, kehilangan itu adalah tiba tiba.iyelah macam tiba tiba. kau bergaduh hempas pintu segala, dia keluar dari rumah dan speed habis memandu dan kononlah berlanggar lalu meninggal dan..oohh... selepas itu i tak mahu tahu kisahnya... sumpah... sakit... atau it could be any story that ends with you're losing him/her. adakah kau mampu?adakah kau bersedia?

i tak rasa hati i akan mampu mensayangi lelaki lain seperti mana i mensayangi dia. hati i tak akan mampu berikan cinta kepada lelaki lain seperti mana i mencintai dia. i tak akan dapat. tak akan mampu.

jadi,
bila ditanya bersediakah i untuk kehilangan dia..

jawapan i...

tidak sama sekali.

TIDAK.




p/s : kenapa aku cakap ini hah?

Off You Go!!!

sembelit.

hahaha.

(ketawa dalam kesengsaraan)

sibet ah kau cerita pasal t**k pulak kat blog!

oh kasihanilah.

Wednesday, November 18, 2009

Selepas Emak Bagi Ceramah...

maka haruslah i lebih produktif diwaktu cuti ini. bukan produktif hape macam lebih aktif buat baby ke hape.eh eh. tapi emak dah bagi amaran lah jangan malas malas cuti ni. Hanis Zalikha pun pandai masak jadi adalah memalukan kalau i tak boleh mencuba. at least tak buat dapur emak terbakar ke hape lah kann.okeylah emak, i try.

jad at least cuti sekolah ni selain mengemukkan badan macam ayam daging, maka misi utama adalah nak masak.ok nak masak. baru berangan-angan pun dah rasa bangga hoh lagilah kalau misi tercapai. nak masuk dalam paper.heh.aloi, nak masuk paper ok!

emak pokpek kata dulu emak umur 9tahun dah pandai masak, 15 tahun sudah pro 17 tahun sudah kawin 19 tahun sudah ada anak satu blablabla... ala emak kenalah faham i punya hormon kewanitaan kan tak seimbang. dulu gegurls lain sibuk belajar masak masa kecik kecik i main lastik dengan main polis polis dalam kebun dengan Ajam la. masak pun time kat Persatuan Puteri Islam punya camping masak megi pecah telur.haha.bangga.itu masa darjah enam.haha.

oklah emak.i belajar masak.dan masak dengan jayanya ye emak.emak janganlah bebel2 lagi emak oh.i sakit telinga.huhu.derhaka!

p/s : takziah dan al-fatihah untuk blackblack (my black lil'kitten) telah selamat pulang ke rahmatullah pada 18 November 2009 kerana kecacingan.uh.sob sob.

Mari Ramai Ramai Jadi Budak Baik

dahlah lama tak hapdet blog. lepas tu bila hapdet mulalah macam nak cakap benda benda bertazkirah. nih lama sangat duduk terperap tidak didedahkan dengan pembangunan dan arus kemodenan lepas itu rasa macam bosan. hye semua. kenapa tidak rindu i neh?kenapa tidak hantar sebakul buah dan berkata "bunga, u pergi mana dah lama tak hapdet blog?i rindu lah..nah buah sebakul..." =_= uh uh. sedih lah. oklah oklah. tak sihat sikit. eh eh tak sihat banyak. asyik migraine je lepas itu malas nak on lappy dan rasa nak tidooo saja.huhu. =_=

jadi bila blog dah mula bersawang dan berlipas, timbul lah sikit kesedaran sivik nak hapdet blog.huahua. tapi takde pulak cerita sensasi dan gosip hot nak digembar gemburkan. jadi marilah kita hidup secara bersederhana tanpa gosip dan bebas dadah. eh.

SPM dah start. kepada students yg rajin belajar "semoga berjaya" kepada students pailang yg dahlah-kau-tak-hensem-sibet-lagi-pulak "padan muko ko" muahahaha. semoga usaha kamu org semua dibalas dengan setimpal *dah macam sumpahan pulak la aku punya ucapan*

ok ok. nak picit jerawat jap.thehehe.

dah.tata.

Saturday, November 14, 2009

I Suka.... (Entry Gatal Gatal...)

Salam =_= (mood muslimah sejati.kehkeh.) hari ni tak pergi meeting. baru je sembuh dari demam demam dan migraine dan hapelagisakithentah.tabah tabah.lepas itu bloghopping blog kak chooyaya terus tahu ada homework masa cuti.heh.kena buat entri 'i suka...' pasal companian kita. auww.


ini suami saya =_=

hari hari pun rindu dia.menyampah...

[.] i suka bila dia masakkan untuk i tanpa rasa terpaksa atau kena queen control =_=

[.] i suka bila dia selalu senyum dan tak pernah marah marah bila i buat perangai drama queen.

[.] i suka bila dia selalu cium i sebelum pergi kerja dan balik kerja.

[.] i suka bila dia selalu puji i cantik walaupun kadang kadang rasa macam heh kau tipu aku ke hapa neh?

[.] i suka bila dia berusaha cuba nak memahami perangai i yg pelik and weird all the time tanpa rasa give up sampaikan kdg2 rasa kesian tengok usaha beliau yg terlalu bersungguh itu.

[.] i suka bila dia selalu berfikiran positif compare dengan i yg selalu fikir negatif side dulu sebelum apa apa pun =_=

[.] i suka dia yg selalu wangiiiiii!

[.] i suka kalau time sebelum tido dia nyanyi2 sikit walaupun tak sedap.hahaha.

[.] i suka sebab i tau dia sayang i sangat2 dan bolehlah i buat perangai diva kat dia.hahaha.evil!

[.] i suka dia selalu suruh i solat dan buat buat marah kalau i sengaja golek golek atas katil lambatkan solat.

[.] i suka dia selalu rebuskan air untuk i mandi pagi.harap maklum rumah kami takde water heater yee.

[.] i suka serba serbi pasal beliau dan selalu jatuh cinta dengan beliau dan berdoa semoga Allah sentiasa tempatkan beliau dalam golongan orang orang yg mendapat kasih sayang NYA

=_=

p/s : in every great love story lies a great sacrifice human can ever endure...

Tuesday, November 10, 2009

=_+!

migraine..~

lagi...

terjejas segala moOd dan kegembiraan.


...

Sunday, November 8, 2009

=_=

a wonderful dinner.
nasi ayam, honey roasted chicken, and sinfully delicious sauce to add up some taste.
all homemade cooking by him and mOm.
and he made me my favourite waterelon juice (with lychee of couse)

plus the blueberry cheese cake.

too good to be true,eh?

*alhamdulillah ya Allah, for this endless happiness*

A Confession Of An Ass-Kicker Wife =_=

this is going to be short. very very short. it's not that i'm kind of having a word-shortage, but i prefer to preserve its romantic-ness by keeping it short. =_=

i love my husband.

and today is the exact one year of our wedding reception. (my nikah was on 10th October 2008 and my reception was held on 8th November 2008)

i love you husband.

i always does.

=_=

Saturday, November 7, 2009

Senarai Kesyukuran Saya =_=

Hanis Zalikha ada senarai kesyukuran beliau sendiri. jadi selepas membaca senarai keyukuran beliau yg berjumlah 66 kesemuanya, maka i pun terasa nak mewujudkan senarai kesyukuran sendiri. tapi heh tak adalah nak buat sampai 66. ada beberapa perkara yg i mensyukuri dalam hidup i yang tak berapa nak fabulous ni =_=.

and here it goes:

1. i bersyukur dilahirkan jadi anak abah dan emak, adik kepada Kakak Lily dan Kakak Fae juga kakak kepada adik embun.

2. i bersyukur berjumpa, bercinta, bergaduh, bermerajuk dan bernikah dengan encik suami =_=

3. i bersyukur walaupun tidak berapa pandai dalam subjek lain tapi masih cemerlang dalam english lalu jadi seorang guru english.

4. i bersyukur dapat tamat belajar tanpa masalah besar dan dengan kelas yang bagus =_=

5. i bersyukur ada kawan kawan yg selalu tolong dan nasihatkan i sewaktu jiwa kacau terutamanya kesayangan i iaitu naddy.

6. i bersyukur andak masih mahu join clanhentahhapehapehentah kami walaupun umur masing masing dah tua bangka.

7. i bersyukur setiap kali buat dosa *kecil/besar/sengaja/tidak sengaja* Allah terbitkan lagi niat mahu bertaubat (maknanya Allah sayang i lagi.)

8. i bersyukur dapat mengajar di sekolah yg dekat dengan rumah dan masih boleh tinggal dengan emak tanpa perlu risaukan soal nak bayar sewa rumah.

9. i bersyukur i tidak cacat fizikal mahupun mental dan masih boleh bezakan wang kecil dan wang besar =_=.

10. i bersyukur abah selalu rotan masa kecil kerana kalau tidak, i tak akan jadi seperti sekarang.

11. i bersyukur kerana pandai mengaji, berzanji, bermarhaban, dan lain lain lagi walaupun dulu masa kecil kalau suruh mengaji mesti ponteng main dalam kebun dengan Ajam.

12. i bersyukur tidak pernah rasa frust ditinggalkan kekasih dan tak perlu menangis kerana lelaki stupido.

13. i bersyukur emak selalu masakkan yg sedap sedap untuk perut i yg mengada ngada.

14. i bersyukur i anak jawa dan pandai bertutur dalam bahasa jawa dengan extreme lancar.

15. i bersyukur kerana memandu kereta savvy buatan Malaysia kerana ada diluar sana yg tidak ada basikal pun.

16. i bersyukur tinggal dalam rumah yang emak, abah dan kami sama sama dirikan. walaupun tak semewah org lain tapi cukup untuk kami hidup dengan bahagia =_=

17. i bersyukur suami seorang yg penyabar dan sayang i sangat sangat serta pandai masak.

18. i bersyukur kalau i marah students masih rasa takut.

19. i bersyukur dengan rupa yg tidak cacat dan sedap laa juga untuk dipandang walaupun tak lama =_=

20. i bersyukur dianugerahi Allah sifat baik hati walaupun kadang kadang i tak tahu macamana mahu tunjukkan kebaikan hati itu.

21. i bersyukur tidak ada masalah mahu terjerit jerit dirumah marahkan lotong yg main main atas kereta kerana rumah jiran tidak terlalu dekat.

22. i bersyukur ada kucing kucing yg comel iaitu GAIA, ANTANUM dan BLACK BLACK.

23. i bersyukur kerana emak dan abah sayang i.

24. i bersyukur setiap kali kawan kawan baik i (naddy, aloi, andak, linda) ingat dan rindui i.

25. i bersyukur i memandu kereta manual.

26. i bersyukur kerana dikurniakan sifat tabah walaupun tidak penyabar.

27. i bersyukur kerana pandai menghasilkan benda benda comel walaupun tidak pandai menjahit baju sendiri.

28. i bersyukur boleh membuatkan org ketawa dengan lawak i.

29. i bersyukur dilahirkan sebagai umat islam.

30. i bersyukur kerana sentiasa ingat mahu bersyukur setiap masa =_=



hokeh. cukuplah 30. akan dihapdet dari masa ke masa. alhamdulillah. supaya i tidak selalu bersungut lagi dan selalu rasa bersyukur setiap masa. insyaallah. =_=

Kesukaan. Kesayangan Juga =_=

bila hati sedang sibet kan kan, i selalu cr alternatif untuk menghilangkan kesibetan itu. biasanya pg cari cokelat then terus makan tanpa henti. kadang kadang mengamuk sambil guling guling kat lantai. tapi tu masa kecik la, masa belum baligh lagi. sekarang kalau guling guling kat lantai karang jadi isu pulak =_=

tapi sejak sejak dah matang ni (hewahewah!!) bila rasa sibet je terus dah tak buat kerja bodoh lagi dah. terus buat apa yg org matang selalunya buat la. iaitu TENGOK DVD atau BACA BUKU yg penuh memberikan inspirasi. so takdelah badan sakit sakit kerana membanting diri di lantai atau suara serak pasal terpekik terlolong ke hape. jadi 4 kesayangan i dibawah ini i recommend la kepada kamu orang kesayangan i semua. try la... muahOhOss! *_*
tengok cerita ini first time masa tahun 1996 ke hape. tak berapa nak ingat sangat. tapi first time tengok terus macam 'hoh beshhnyer kau!' lepas itu terus jadi kesayangan. =_= ada simpan 2 copy DVD movie ni. satu Hai punya, satu lagi beli sendiri. quote kegemaran "Life is like a box of chocolate. you never know what you're gonna get" sumpah kalau kau tengok cerita ini masih tak tau bersyukur dan menghargai kehidupan maka sila pergi terjun dalam longkang sekarang.

ini BEST tahap DEWA MATA TUJUH! sedih nak mam***! sibet! baca terus nangis meleleh leleh. lepas itu bila movie dia keluar lagi jahanam nangis meraung raung. orang pertama yang i suggestkan cerita ini adalah sue. lepas itu beliau kata "eeeiii citer ni kejaaaammm!" Stephen King memang terbaik laaa! banyak pengajaran. benci tengok John Coffey yg sangat angelic itu kena buli! sob...sobbb!

dua novel di atas adalah kesayangan i yg terpaling sekali ye! Sophie Kinsella punya series terus tak mendapat tempat dalam hati. Khaled Hosseini mmg brilliant habis. secara tak langsung, kenal Pakistan dgn lebih mendalam lagi. sumpah kau baca kau akan jadi macam terus masuk dalam buku neh.heh. serious. cubalah baca dua buku ini. kalau kau tak terasa tersentuh, baik kau pg mati sekarang! =_= paling sedih The Kite Runner. Hingus semua keluar lah.maluuu maluuuu!!! "for you, a thousand times over!" uhh... Hassan.

p/s : i selalu macam merungut hidup ini tak fair, tapi sbnrnya kat luar sana ramai lagi yg hidup dia org lagi teruk dari i. bersyukur ya Allah. =_=

Friday, November 6, 2009

Sedikit Senyuman Di Hari Jumaat ^_^

kan dah beberapa hari lepas emosi i macam hape je kan? lepas tu asyik nak marah marah sumpah hemo hemo. tsk. lepas itu pasal takut jadi tua dan kemunculan kedut kedut penuaan terus insaf dan jadi baik sekejap. tahan marah. sabar.sabar.

lepas itu, dapat barakah hari jumaat. alhamdulillah ^_^ dah siap marking paper essay final year punya exam! wuwiwoo! kembang kuncup otak sampai mual mual baca karangan students yg mcm.. hrmmmpphhh. masa marking essay 4ST2 baca karangan student nama mohd.fekry i terkesima sekejap. dia buat karangan tajuk "The most memorable day at school" dia tulis :

"I like going to school because school is place to studies and meet with many many nice friend. i like meet also my teacher Mrs.Norhayati Binti Isnin. she so beautiful. my friends like her very much because she perfum is good. i like to studies english with her so much...bla...bla...bla..."

(abaikan kesalahan ejaan dan grammar yep. fully copied from the actual essay)

tsk. sumpah terharu. lepas itu mulalah rasa nak ter-bias sekejap. rasa nak bagi markah penuh je walaupun karangan lari tajuk habis. most memorable day hape pulak masuk nama haku!huhoi! ^_^ kehkeh.

lepas itu terus perasan.heh. =_=

sampai je kat rumah mcm biasa terus on lappy bergossip dengan gf dulu, facabook-ing sekejap lepas itu check email. harkk! ada sumone bg email. lepas i baca email tu terus rasa terharu, sedih, disayangi dan sebagainya. prihatin dengan kecelaruan minda yg melanda. tsk. terharu. terima kasih kepada seseorang itu ~_~ *soob sob*

alhamdulillah. senyum jugak i untuk minggu ni. penatlah asyik kerut kerut muka je. sakit jantung. huuuih!~ ^_^ malam ni nak pulun buat mutants. ada satu bulk order yg harus disiapkan segera. hieyaaahhhhhahahaha!

sudah.bye.

Thursday, November 5, 2009

Sumber Inspirasi ^_^

wohh isu hangat. isu mari-copy-entri-blog orang-lepas itu-mengaku-sebagai-entri-sendiri. tsk tsk tsk. biasa neh! kalau tak kantoi takhape, ini dahlah kantoi, dicaci maki lagi pulak oleh blogger prihatin yg lain dan tak kurang jugak yg sesaja mensebokkan diri nak bagi jugak sedas dua cacian semata mata nak memeriahkan majlis *err.. i lah itu..*

blogger yg lain, jangan tiru ye. ini sifat, sifat yang tak bagus.

lepas itu i rasa kecik hati, kenapa takhade sorang makhluk pun terhingin nak copy entri i. kecik hati tahu. sesekali copy la.. lepas tu kat shoutbox tulis 'oi aku tiru entry kau.sila maki aku' begitukan lebih baik! ^_^

Wednesday, November 4, 2009

Suka ^_^ Geng Bas Sekolah Sila Hayati Ini...



hot mama bangga sikit eh...
ni lagu hero kluang ni..

huhohihe!

Tag : Saya Sedang ^_^

hot mama telah men-tag i, so here it goes! ^_^

tag paling simple,tag ini bertajuk "saya sedang" senaraikan 8:

SAYA SEDANG :

:: prepare bahan untuk seminar malam ni kat Tropical Village (untuk SPM students)

SAYA SEDANG :

:: korek idung

SAYA SEDANG :

:: berfikir secara serious kenapa kerajaan bagi bonus sikit sangat.

SAYA SEDANG :

:: bersungut kerana belum mandi

SAYA SEDANG :

:: dalam keadaan spt kura2 (terlungkup)

SAYA SEDANG :

:: rindukan the junas saya

SAYA SEDANG :

:: berkira2 mahu MC esok

SAYA SEDANG :

:: boring kerana malam ini kena pg seminar. bosan.

8 PEMENANG BERTUAH MENERIMA TAG BERANTAI SUMBANGAN
MANUSIA MISTERI:

naddy
aloi
lindaus
cik chelsea
dhiey
hanie
embun
hubby

HAHA!~HAMBIK! ^_^

Tuesday, November 3, 2009

Emak, Suami dan Kekuatan...

tadi kat kedai buku, i duduk kat kerusi kanak kanak sambil tengok iklan buku kanak kanak dalam tiga bahasa, english, chinese and malay. i tengok dengan khusyuknya. kerusi kanak kanak yg tecik tu berbunyi bunyi tanda berat i sangat tak sesuai untuk ditampung. sumpah i rasa ketika itu bumi berhenti berputar. i rasa kosong.

Emak,
saya minta maaf kerana mengahwini anak emak. saya cintakan dia dan saya sedia susah senang dengan dia.

Emak,
saya minta maaf kerana menjadi penyebab kasih sayang emak dan anak emak terputus, tapi demi Allah kami hanya lakukan sesuatu yg dituntut oleh agama.

Emak,
saya tahan caci maki emak bukan kerana saya mahu tunjukkan saya hebat, tapi kerana saya mahu tunjukkan bahawa cinta suci ada.

Emak,
saya telan penghinaan emak bukan kerana saya mahukan balasan tetapi saya cuma mahu emak tahu bahawa saya benar benar cintakan anak emak,

Emak,
anak emak lelaki pertama dan terakhir yang saya cintai. anak emak banyak jadikan saya wanita paling sempurna. anak emak banyak ajarkan saya yang hidup ini perlu redha. anak emak kasihkan saya sepertimana saya kasihkan anak emak. malah lebih lagi.

Emak,
disaat dunia menolak saya, anak emak sentiasa memimpin tangan saya dan mendorong saya cuba bertatih lagi. anak emak sentiasa yakinkan saya bahawa syurga Allah itu benar dan ada.

Emak,
satu satunya kekuatan saya untuk menahan diri dari jatuh dan terluka adalah anak emak. anak emak sentiasa buat saya rasa istimewa. anak emak sentiasa menerima kekurangan saya.

Emak,
saya lupa apa itu rasa malu, saya tebalkan muka dan hadapi hidup ini kerana saya tahu diakhir hari nanti anak emak sentiasa ada bersama sama saya.

Emak,
saya minta Tuhan panjangkan jodoh saya dan anak emak sehingga kami sah menjadi yang halal. emak Tuhan makbulkan doa saya. Tuhan uji saya dengan luka dunia tetapi Dia berikan saya anak emak sebagai pengubat duka saya.

Emak,
Dengan nama Allah saya cintakan anak yg keluar dari rahim emak. tiada alasan untuk saya membenci emak.

Emak,
saya cuma perlu masa untuk mengubat luka.

Yakinlah Emak,
suatu masa nanti saya akan bawa anak emak pulang...

Monday, November 2, 2009

Sunday, November 1, 2009

Kamu Orang Minat CSI Tak?Bantuin Guwe Donggg!

Okeh.

begini.


apakah cara yg paling efektif nak bunuh orang then nak hapuskan mayat,

serta

tanpa meninggalkan bukti.

tOlong.

terima kasih.