:D ngeeeee! Suspennyaaaa! :D

heeee! :D hye semuaaaaa! i nak kepoh sikit (i kan kepoh - kepoh punya makcik.haha!) eishhh malulah nak cerita. mengada. saja je buat perangai diva nak kena tendang. sebenarnya malu nak cakap - okeh i kan pemalu (sekejap cakap kepoh sekejap cakap pemalu sepak karang!) suami pesan jangan excited sangat tapi jgnlah tak excited terus buat - buat mengong macam tiada apa yg berlaku eh. tapi i nak share jugaklah :D haha mengada - ngada gila!

baiklah baiklah. beginilah, i akan jadi gemuk dalam masa beberapa bulan lagi. gemuk yg membahagiakan. gemuk yg memang i nanti - nantikan. boncet yg membanggakan (bukan lagi boncet berlemak tepu seperti dulu) haha... ye kawan - kawan - i sudah berbadan dua (eh comelnya sebut 'berbadan dua')

 tadi pagi i pergi buat kad merah (untuk check up) suami dengan emak yg teman. gila okeh teman check up siap bawa 2 bodyguard. siap - siap poket cokelat dengan minty candy sebab i selalu akan uweekkk uweekkk tanpa mengira masa dan ketika, especially kalau tercium bau - bauan yg sibet mmg tekak ni kembang terus uweekkkk!:D muka serebeh habis sebab tak make up. gila nak make up nak tengok bedak pun tak selera. senang kata, nak mandi pun malas! haha - kambing!

Body weight : 51.6kg
Hb (gm%) : 14.1
BP : 120/80
Weeks Of Pregnancy : 12 ++ weeks

 auwww malunya buat physical check-up! haha - geli geli pun ada. tiba - tiba JM tuh cakap nak buat breast check -up terus i menggelabah! kehkeh! - nasib baik pakai bra baru! haha! alhamdulillah baby sihat - sihat saja. cuma i je yg selalu muntah belahak + migrain + demam + mengada - ngada. yg paling seksa i melepek habis tak boleh nak telan makanan and malas nak buat aktiviti lain selain tido tido tido. so far yg lain semua okey saja. wahhhh blessed! :D

sebenarnya kami suspen - risau nak jadi parents ni. kelakar. suami paling kesian sebab dia takut dia tak dapat jadi daddy yg baik. alahh sweetnyaaa! :D i confirm akan jadi mama yg garang- haha! :D kesian anak - anak i selalu kena rotan dengan i. tapi kami excited sebab nanti kami ada hiburan baru. emak kata , slow - slow nanti kami sure akan pick up things along the way. kelakar okeh nak beritahu berita kehamilan ni pada family members. macam main pondok - pondok je!

"emak, nanti emak jadi nenek! "

lepas tu masing - masing buat muka poyo tak bersalah. haha. tahpape. nervous sgt kot. haha. alhamdulillah.

terima kasih ya Allah atas kurniaMu ini :D amin ya rabbal alamin.

jumpa di lain updates! :D

Read More»

To Be Or Not To Be (That's The Question...)

9 Disember 2009

i dengan suami sekarang dilanda satu perasaan yg hampeh dan sangat susah nak ditafsirkan (ewah!) macam - macamlah rasa dalam hati, especially i la, i kan suka panic tak pasal - pasal. i dah missed my cycle for 3 weeks, tapi bila i buat pregnancy test eh negatif pula. kan dah tak memasal bergelumang dengan perasaan hampa dan kuciwa oh! (-___-)"

tapi tanda - tanda macam dah ada. i sekarang dah macam garfield dah! 24/7 asyik nak membuta saja. bila pergi sekolah, sampai saja kat meja tengok jadual bila takde kelas pagi terus ZzZzZzzzz kroOhh kroOhhh!aiyoooh! - lepas itu nafsu makan membuak - buak macam ada jin belaan, craving macam - macam especially blueberry cheese tart kan dah tak pasal - pasal suami kena mencari kesegenap pelusuk alam semesta eh tipuuuu hehe... sebenarnya pergi tempah dengan lily saja. huuuu! badan pun start rasa tak sedap, sebelum ni badan i rasa sedap tauuu!rasa epal! haha! sepak karang!

nervous nyaaaa nervous nyaaaa! doakan kami yang baik - baik yaaaaa! :D

Read More»