Friday, May 21, 2010

Dia Sudah Ada Nama

since mama and papa dah tau,


kamu ni baby lelaki atau baby perempuan...


(we are definitely 100% sure of this matter...)


triple check!

Macam - macam nama yang terlintas dalam fikiran. Mentang - mentanglah Cikgu English, nak letak nama anak yang moden - moden je. Pernah terfikir nak bagi nama anak Tony Stark lah sebab gila asyik dengan Ironman. Tapi karang kena keji dengan masyarakat. Lagipun tak elok letak nama anak yang bukan - bukan. nama tu kan satu benda yang kita akan bawak sampai mati. Kalau suka - suka hati letak nama anak Mail Gagak ke hape kan ke macam palat sikit bunyinya kan. Makna pun tak elok.

Puas I dengan suami fikir nak letak nama apa untuk first baby kami ni. Kadang - kadang sampai masam - masam muka dengan suami sebab tak setuju dengan nama yang dia cadangkan. Bila I berkeras nak letak nama anak dengan nama yang I suka, nanti dia pulak yang merajuk. Cis. mencabar betul. Sayang, nak beri kamu nama pun mama dengan papa sampai gaduh - gaduh manja!

Puas kitorang selak buku nama - nama Islam. Cari maksud yang baik - baik. Yang mendalam maksudnya. Yang barakah. Kalau boleh I nak letak nama anak 7, 8 patah perkataan sebab suka dengan semua nama! Karang nanti susah pulak anak I nak ambil exam kan nak tulis nama je dah setengah jam. Haih! 

Last - last, nenek yang bagi nama. Untuk nama yang pertama, nenek yang bagi. Nama yang kedua, papa yang bagi. Dan untuk nama yang ketiga, I lah yang bagi. Puas hati adil dan saksama. Semua pun suka sebab sama - sama menyumbang nama.

 mama and papa sudah ada nama kamu, sayang...


we all like it!


Grandma & Grandpa love it!


...and now we start calling you with your name...


we love u baby!

Bila malam sebelum tidur, atau masa drive kesekolah, I panggil - panggil nama dia. Nanti dia bergelodak dalam perut. Setiap hari I panggil nama dia, usap perut, tanya khabar dia. Kalau I merajuk dengan suami, I pegang perut and mengadu dengan dia apa yang I tak puas hati dengan suami. Nanti, ada gerakan - gerakan kecil yang membalas setiap apa yang I cakap. Allahu Akbar!
Malam, bila suami belum balik dari kerja, dia mesti taknak tidur. Berpusing - pusing dalam perut. Sampailah suami balik tengah - tengah malam, usap perut and suruh dia tidur. Barulah dia tidur. Manja. Dalam perut lagi dah manja.

Semua orang yang dah tau nama dia, akan panggil dia. Dan seolah - olah faham dengan apa yang orang cakap, dia akan bergerak dalam perut. Kadang - kadang dia tendang kalau tengah super aktif. Paling mengilukan kalau dia stretching up dalam perut. Lagi - lagi masa I tengah mengajar eh tiba - tiba perut terbonjol sana - sini. Haha.

Tak sabar nak tunggu dia keluar. Tak sabarnya Mama!

Dah. Babai!

6 comments :

zella y said...

sweetnyer..... (^_^)v

:: Miss Naddy :: said...

apakah ade unsur2 nama aku??hahahahhaha weh aku excited nk dpt anak buah ni...tak sabar nk kalahkan andak~!!! hahaahahahah antara camping @ aku keen blanja die sushi king...haahahahah =p

suezensuzanna said...

wah!!..x nk share name dia??

❤❤ LiNdAuS ❤❤ said...

aku nak tau...
bleh??bleh??
janji x bgtau naddy...
hehehehe

Cik Rara said...

wahh,sudah ada nama..kongsi2la ap nme baby tuhh.. :)

.BUNGA. said...

zella : lepas ni kena tukar nama u jadi auntie zella... ;))

naddy : unsur2 nama kau sudah tentu tak ada... kihkih-sabar...july will be coming soon... ;p

suezen+linda+cik rara : SECRET! ;p