Monday, August 16, 2010

Adam Irfan Xaharis Is One Month Already! Alhamdulillah!

Alhamdulillah. Pejam celik Adam dah berusia sebulan. Macam baru semalam je rasanya I bertarung kat bilik bersalin and rasanya macam baru semalam I pegang anugerah Allah yang paling indah untuk I dan suami. Alhamdulillah. Maknanya dah 30 hari jugak I dalam tempoh berpantang.

Adam membesar normal macam baby – baby yang lain. 2 minggu selepas lahir baru Adam sikit – sikit buka mata dia yang sepet macam anak cina tu. Kalau sebelum ni nampak segaris je mata dia. Comel betul. Alhamdulillah Adam nak menyusu badan. Banyak betul dia menyusu. Dalam sehari tu lebih 7-8 kali jugak Adam mengaruk nak susu. Kalau dia berjaga memang I bagi direct feed kat dia, and kalau dia tidur I ambik masa tu untuk pump susu and simpan dalam botol, lepas tu barulah boleh online. Hehe. Tapi tak lama sebab Adam ni bukan suka tidur sangat. Nanti kejap – kejap dia bangun minta susu.

Breastfeed ni memang satu cabaran untuk ibu baru macam I. For the first few days tu rasa nak give up pun ada, sebab nak selesakan diri, nak duduk dengan betul untuk direct feed Adam memang rasa macam nak nangis sangat – sangat. Adam pulak jenis yang cepat megamuk kalau sekali dua hisap susu belum keluar, so terpaksa tenangkan dia dulu sebelum start balik feeding session. Tapi once dia dah hisap dengan selesa, memang satu kepuasan untuk I. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa menahan pedih bila nipple melecet and berdarah tapi demi Adam, kuatkan semangat jugak!

Merasa jugak I pengalaman bengkak susu. Memang tak tidur malam. Suami pulak kerja malam, jadi harapkan emak ajelah untuk layankan I. Memang sakit bila dua – dua breast membengkak and rasa sakit nauzubillah. Bengkak tegang and rasa memang tak boleh sentuh langsung. Sakit. Sakit dia macam, entah eh. Tak tergambar. Sampaikan I demam menggigil – gigil. Masa ni belum beli breast pump lagi jadi terpaksa picit guna tangan untuk bagi susu keluar. Sakitnya Ya Allah. Tak tergambar rasa.

I berjaga sampai pukul 3,4 pagi sebab tak boleh tidur langsung. Sakit mencucuk – cucuk. Puas tuam dengan ais tapi still bengkak taknak surut jugak. Emak kata tuam dengan seluar dalam suami yag belum basuh. Tu petua orang dulu – dulu. Alhamdulillah sakit tu kurang sikit. Esok paginya bila midwife datang, dia urut barulah bengkak tu surut and tak sakit lagi. Tapi masa dia urut tu Ya Allah Tuhan ajelah yang tahu sakitnya macamana.

Dalam masa sebulan ni cabaran paling terbesar bagi I adalah breastfeeding and biological clock memang totally berubah. Waktu tidur dah tak macam dulu. Malam – malam berjaga, layankan Adam. Kalau dapat tidur tu, itulah waktu yang paling precious sekali dalam hidup. Memang kalau dapat lelap mata 5 minit dah bersyukur sangat – sangat. Adam kerap menangis. Dia akan start menangis dari pukul 4 petang sampai Subuh esoknya. Hebat tak? Kena banyak – banyak bersabar. Kadang – kadang I tak dapat nak kawal emosi, maklumlah emosi orang tegah berpantang kan mudah swing, maka dengan I sekali menangis sama. Alhamdulillah suami banyak membantu.

Untuk first month check - up Alhamdulillah takde masalah berat Adam 5.0 kg and perkembangan yang perlu ada untuk baby berusia sebulan semua ada pada Adam. Alhamdulillah.

I masih belajar sesuaikan diri untuk mejadi seorang Mama. Phew memang bukan perkara yang mudah. Banyak benda yang dituntut. Semoga I tabah menjalani cabaran ni.

Adam, happy birthday yang ke sebulan ya sayang. Mama doakan Adam membesar menjadi anak yag soleh, yang taatkan Mama dan Papa, yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mama and Papa saaaaaayang Adam sangat – sangat.

Photobucket
Olohloh cayang Mama baru nak buka mata sepet dia!
Photobucket
Adam Irfan Xaharis
Weight : 5.0 kg (1 Month)
Dah.Babai!

No comments :