Saturday, August 21, 2010

Bancaan Selapan

eh eh macam bahasa alien saja tajuk entri kita pada kali ini. okeh.apakah itu? baiklah begini ya anak anak, bancaan selapan adalah salah satu daripada adat jawa yg bermaksud meraikan ulangbulan (bukan ulang tahun yee) baby yg ke 35hari. beberapa jenis makanan special dimasak, diatur, dibacakan doa selamat sebelum dilahap dimakan secara beramai ramai ataupun perseorangan. tujuan party ini diadakan adalah untuk memohon kesejahteraan kehadrat Illahi kepada baby yg dilahirkan disamping mengenyangkan perut manusia manusia yg hadir. ehehe.

semalam (20 ogos 2010) adalah hari bancaan selapan Adam - semalam adalah Jumaat keliwon, Adam lahirkan masa Jumaat Keliwon jadi semalam adalah hari selapan Adam (35hari) faham anak anak dengan penerangan buk guru? yaaaa kita teruskan yaaaa... jadi nenek Adam udah masakin beberapa juadah ehh kenapa tukar slang neh?ehemehem... ok nenek Adam dah masak beberapa lauk untuk bancaan selapan Adam ni.

ini kami panggil 'keluban ubi' ada yg panggil 'urap ubi'-tapi jangan panggil kerepek ubi. nanti dipanggil bongok tak pasal pasal. ini makanan wajib dalam budaya orang jawa ye anak anak.

sambal goreng. pedas pedas. walah walah sedap yg teramat. empphhhh! wuhuiiiii! sedap woh sedap! (eh cukup cukuplah-bulan puasa ni...)

ayam goreng rempah. selalunya emak buat 'ayam engkung' tapi sebab semalam tak sempat buat, maka ini sajalah yg ada. emppphhh lazaaatttt!!

mee goreng kicap. kicap mesti hitam dan pekat. buat pedas pedas. cirit i makan! huhu!

kemudian lauk pauk ini diletakkan dalam satu pinggan. biar meriah. nampak lazat dan menyelarakan. tenang je lauk pauk ni bersemadi sebelum dilahap beramai ramai.

sedia untuk disental kedalam perut!!

sebelum azan buka puasa, abah bacakan doa selamat untuk kesejahteraan Adam, doa buka puasa dan doa makan. lepas tuuuu...apa lagi... MAKANNNNNN!!!! :D

oh ya, untuk informasi lanjut mengenai bancaan selapan ini, kelik disini ya! :D

7 comments :

Zarpeno said...

kalau bancaan selapan Adam ni buat time tengah hari boleh tak????

Kucing Lebih Mengerti Nilai Nyawa

.BUNGA. said...

kalau hari biasa boleh la... tapi ni bulan puasa oiiii! :D

nn said...

nak balik batu pahat and makan semua benda2 ni. sambal goreng. rinduuuuuuuu.!! dah 8 bulan tak balik :(

Zarpeno said...

hahahaha :)

Gula dan Kepentingannya

.BUNGA. said...

nn - batu pahat? yok nyinggah umah akak! :D

tengkujuh said...

saya mau sambal goreng itu!! kenapa kejam letak gambar sambal goreng lazat dibulan ramadhan? tsk!!!

.BUNGA. said...

mehlah dtg batu pahat-nanti i jamu sepesel sambal goreng jawa totok punyaaaa-hihihi!~