Sunday, August 15, 2010

Berapa Kali Kau Jatuh Cinta

Kalau tanya i - i setiap kali nampak lelaki kacak pun i jatuh cinta. hehe. maaflah. i memang menghargai gila gila ciptaan Tuhan yg ini.kenapalah tiba tiba cakap pasal ni? eh. hehe.

jadinyakan - pantanglah ada lelaki kacak kan i mulalah jadi extra peramah, terus menyopan santun habis, yg tak boleh blah terus jadi ayu jelitawan buheekkkk! terpecah lobang di belog sendiri. lepas ini taktik dah tak menjadi. ehehe.

bila dah jadi cikgu ni setiap masa pun akan ada student kacak menyentuh jiwa menggegar rasa. rasa nak pewiiitt pewwiittt je - nasib baiklah mereka itu muda remaja lagi dan i sudah tua belum berapa nak bangka, kalau sama sama muda harus i terus pergi kepada mereka dan berkata "hai kacak! jom kawen?" eh gatal nya!

dulu kan, masa i praktikal kat satu sekolah kat Melaka, menyampah gila nak pegi sekolah hari hari menghadap muka muka yg tak digemari. pelik pelik je perangai cikgu cikgu kat sana. hadoiiii - sehinggalah i bertemu seorang jejaka kacak (kacak ke?) yang mensebabkan i begitu rajin datang ke sekolah. hari hari rasa bersemangat sampaikan pukul 5 dah bangun terpacak bersiap siap nak pegi sekolah -sembur perfume waaaaaangi satu rumah. uhuhh!

tak senonoh perangai cikgu neh! mengorat student sendiri! wahahhh! kacak betul beliau menunggang motorsikal bergaya-uhuh! lupa terus etika perguruan GURU TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERCINTA DENGAN PAKCIK KANTIN eh ANAK MURID! terus lupa.

tsk. terkenang sungguh saat ini. beliau yg kiri sekali. kacak kan?kacak kan?hehehe!

suka sangat pic ni. pic dating sama sama masa hari last praktikal. eh eh kerja gila.

sebab itu i tak boleh lupa kalau datang Melaka - mesti teringat kekasih gelap i. eheh. jangan risau. husband i tau. kena jujur. kalau tak berdosa. lagipun ini kan cerita lama. eh merasa jugak i berskandal. wehehe.

beliau di masa kini. eh masih kacak lagi. terbaru beliau beritahu dah ada gf. uh. semoga berbahagia yeeee. eh mcm tak ikhlas je doakan. hahaha. kanak kanak lah hakuuuuu!

lagi satu sem je sebelum beliau bergelar jururawat lelaki. auwww sexy! kalaulah masa i deliver dulu nurse2nya kacak begini mesti i terasa seperti di syorgaaaa. wahahaha. berhentilah berangan bungaaaaa! :D

selamat berbahagia Fauzi. kita dulu sama sama gila. Tapi best. eh? :D

No comments :