Wednesday, August 25, 2010

Dengan NamaMu Ya ALLAH

Malam tadi (24 Ogos 2010) Adam semakin dahsyat menangis - bagi susu menangis, agah sekejap dia ketawa lepas itu eh nangis semula. Nenek dengan Atuk dah hilang punca - taktahu nak buat macamana lagi. Mamanya pulak asyik sok sek sok sek (menangis juga). Adam cuma tidur sekejap masa pukul 3 petang, tidur sambil papa pangku sampailah ke waktu maghrib, lepas itu sambung semula menangis uwaaaa uwaaaaa kadang kadang eekkkk ekkkkk - eh dah macam macam pula bunyi Adam.

Emak call makcik i di parit raja - tanya kot kot makcik ada kenal mana mana ustaz yg boleh mengubat Adam. sebelum tu ramai kawan2 bloggers and FB yg cadangkan supaya berubat di Darul Syifa, tetapi mengkecewakan sebab bila husband call,mereka kata (pengubat2 Darul Syifa) bulan ramadhan mereka tak mengubat pesakit. alhamdulillah makcik i ada kenal org yg kenal orang yg boleh mengubat Adam. (faham tak?faham kan..)

pukul 10 malam kami (emak,husband,Adam dan i sekali) bertolak ke Kluang ditemani kakak sepupu, makcik and adik ipar makcik i. hujan rintik2 ombak bergelora pula, sejuk and night vision pun tak berapa cemerlang sebab hujan. dalam hati berdoa tak putus putus supaya urusan mengubati Adam dipermudahkan Allah. Adam pula masih ngerunjel dalam kereta. Hati i dah tak tentu arah dah. Kejap kejap bebelkan husband drive macam siput longkang - padahal semua tu nak tutup rasa risau dalam hati. Emak diam je kat seat belakang. i suspek emak tido. hihu!

lebih kurang pukul 11.30 malam kami sampai ke rumahUstaz Azizi Bin Haji Misbah kebetulan Ustaz takde kat rumah tapi tak lama lepas itu Ustaz balik dengan 2 orang pembantu. kami pun dijemput masuk. Emak pun describe secara ringkas masalah kami and Ustaz tu angguk2 je sambil pandang Adam. then Ustaz tu kata "Baiklah, kita periksa ibunya. Rasanya gangguan ni mengganggu ibunya..."
alahaiii kecut usus usus dalam perut i. then bila nampak pembantu2 Ustaz keluarkan tilam,kain putih and masing masing pakai sarung tangan lagilah kancing gigi i jadinya. dalam hati berdoa tak putus2 pada Allah, mintak2 janganlah i bersilat ke, terkinja-kinja ke, shuffle ke, meracau bukan bukan ke... eiiiii! 

Ustaz dan pembantu2nya ambil wudhu sebelum memulakan pengubatan. Adam pula eh elok pulak dia diam sambil tido dalam pangkuan emak.

"Ok ibunya baring sini-suaminya duduk sebelah..."
Ustaz tu pun start baca ayat2 suci Al-Quran minta pelindungan Allah dan memohon usaha mengubati ini berjaya. Bila Ustaz tu start je baca meremang bulu tengkuk, bulu roma bulu hidung segala dengar suara dia. memang takuuut! kalau i jadi jin ke hantu ke comfirm dah tak jahat dah kacau kacau org! Suara Ustaz ni jenis yg bergema, tegas and jelas. Lebih kurang 15 minit Ustaz ni tunduk sambil tangan pegang secawan air, tiba tiba dia buka mata and hulurkan air kat i.

"Baca bismillah, selawat 3 kali, minum sikit"

"Kemudian baring, pejam mata, dua tapak tangan keluarkan...cuba tidur.."

halamak halamak! i dah seram dah. manalah tau time i pejam mata tiba tiba jin tu sergah ke hape ke jelir jelir lidah ke eiiiiii ayooooooo! tapi i pejamkan juga mata. Ustaz tu start baca lagi ayat Quran (i rasa macam ayat ayat Ruqyah) and mula berdialog dengan makhluk yg ganggu kami anak beranak. time ni i rasa macam ada benda yg berbisik2 kat telinga kiri tapi bahasanya pelik. aiyooooo takut betul!

"Kau gunakan jasad manusia ini untuk berdialog dengan aku! kalau kau keluar aku mintak Allah ampunkan kau, kalau kau degil aku doakan Allah bakar kau dalam neraka jahanam sampai hari kiamat! aku pancung kau kalau kau berdegil!siapa kau?cakap dengan aku!gunakan tangan kanan dan tangan kiri jasad ni untuk berdialog dengan aku! kau kah yg mengacau Adam dan ibunya Norhayati?angkat tinggi tangan kanan tangan kiri jasad ni! bgtau aku! aku tak takut dengan kau! bawak semua kawan2 kau! aku tak takut! blaaa blaaa blaaa..." (panjang lagi i tak ingat sgt sebab kepala start rasa tingtong and tangan kebas kebas)

kemudian dalam 20 minit lepas tu, Ustaz tu arahkan jin tu keluar dari badan i, i dapat rasa orang berbisik kat telinga kiri dan hujung kaki kiri, badan i sebelah kiri rasa panas. Alhamdulillah, Ustaz tu kata jin jahat tu berjaya dikeluarkan.Ustaz tu ajarkan ayat ayat yg i perlu baca dan beri beberapa petua untuk mengelakkan gangguan jin ini. (i terpaksa censored few things ye untuk menjaga sensitiviti kami sekeluarga) Alhamdulillah Adam tidur lena sangat. kulit Adam yg sebelum ni merah2, jadi putih mulus-gebu sgt. Adam pun dah tak mengamuk bila i dekat dgn dia, cium dia atau menyusukan dia.

sebelum balik Ustaz nasihatkan supaya saka ni cepat dibuang,kalau dibiarkan lebih lama akan jadi lebih parah. Insyaallah,Ustaz. kami akan usahakan. satu yg kami respect pasal Ustaz ni, beliau sgt humble, baik hati and peramah, bayaran pun berpatutan dan Ustaz pesan kalau ada apa apa masalah jgn segan segan untuk call dia. rawatan selesai hampir pukul 1malam. tapi alhamdulillah Adam tidur lena, bangun hanya untuk menyusu. alhamdulillah... pukul 2 pagi sampai rumah. tak selera nak tidur, terus tolong emak masak lauk untuk sahur.

sampai ke saat entry ni ditulis Adam masih selesa tidur tanpa gangguan. alhamdulillah.  :)

doakan Adam ye semua. :)

Ustaz Azizi Bin Haji Misbah merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam, Pengasas Seni Bela Diri 17 dan Pengasas Buah Pukul 17. Beliau pernah muncul di Expose Mistik Astro Prima dan majalah majalah Perubatan Islam.

14 comments :

nurulazham said...

alhamdulilah..seronok mendengarnya..
saka tu datang dari siapa?yat ke hubby?

eus said...

alhamdulillah.. pergh.. eus tumpang meremang jugak! kui kui kui.. arap2 pasni adam ok2 la yer.. huuhuuu...
*psal darul syifa' tu, mmg diorg x buat pd bln ramadhan.. kt opis eus pn ade cawangan dia...

.BUNGA. said...

azham - belah yat :( uh uh!

eus - aminnnn doakanlah ye kami anak beranak sehat hendaknya... ;)

~H @ N i ~ said...

Alhamdulillah Adam, Mumy Bunga & Family selamat.. Syukur ke atas Allah atas nikmat ini..

Nway thanks 4 sharing the story here..

salam peluk cium untuk adam cayam..muuuah2 =)

~mrs azmi~ said...

harap2nya jangan ada yang menggangu bunga lagi... dan dengan automatik adam pun akan aman sama kan? adam terganggu sebab baby memang boleh nampak makhluk2 tu....

.BUNGA. said...

hani - amin. semoga adam tak sakit sakit lagi pasnih.aminnnn! :D
dah peluk cium gomel adam for u! :D

mrs.azmi - aminnnnnn! ye,kalau i tak diganggu,adam takkan ada masalah. baby mmg mata dia nampak semua...

❤❤ LiNdAuS ❤❤ said...

alhamdulliah adam dah ok...
take care yat

-[DeeYA]- said...

Alhamdulillah..hopefully adam n ko sekeluarga ok selepas ni.

.BUNGA. said...

linda + tika - aminnnn! :) thanks ya..

zella y said...

alhamdulillah...
harap2 lps ni dh xde ape2 lg yg mengganggu bunga dan adam...amin...

.BUNGA. said...

amin - thanks zella! :D

✿ EyZa ✿ said...

Seram nyer.. Sabar yeh.. InsyaAllah semuanya selamat pasni.. :)

.BUNGA. said...

aminnnnnn eyza! :D

tengkujuh said...

Alhamdulillah. babe, be brave and strong for adam's ya! pray for u and adam's always. amin..