Kawan Ke?Eh!

Emak dulu paling suka pesan ini kat i. Emak kata "Megan Fox (nama manja i kat rumah) kalau nak pilih kawan hati – hati. Jangan kawan dengan orang busuk, nanti kau pun busuk sama. Tapi kalau kawan dengan orang wangi, jangan harapkan sangat wangi dia tu lekat kat kau... be careful bebeh.Don’t judge the book by its cover.” gitulah lebih kurang emak pesan. Emak I memang speaking kat rumah sebab selalu sangat tengok TV rancangan Sesame Street. Masa itu i dalam darjah dua cempaka ke hapa. Sampai sekarang i ingat pesan emak. Tapi kadang – kadang i lupa. Biasalah. Seronok sangat berkawan sampai kadang – kadang kawan kentut busuk pun i kata "ehh harumnya bau CK!” ptuih!

Balasan bila derhaka lupa pesan emak, bila dah besar kan selalu i kena pailang dengan kawan. Betuuulll. Depan i kan baiiikkkk sangat – sangat, tapi kat belakang i kan kutuk i cakap ketiak i busuk. Jahat. Buat – buat simpati dengan masalah yg melanda i tapi sebenarnya kan, belakang i kata padan muka padan muka kat i berkali – kali. Tapi memang dah dasar orang baik berhati emas macam i ni kan selalu maafkan kawan – kawan begini. Sebab emak pun dulu ada pesan jugak ”biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang..” eleh, tapi kadang – kadang kalau dah sibet sangat perangai, i buat jahat je kat orang macam tu. Tapi tak baiklah sebenarnya. Dosa semua tu. Lekas – lekas bertaubat. Tapi nama pun manusia, bila dah marah, lupalah semua pesan emak. Hello, i bukan ada halo atas kepala. What do you expect?Eh terspeaking lagi. Ngengada. Itulah, masa pilih kawan tak beringat. Kan dah kena. Padan muka.

Ada bagusnya jadi orang sombong, geng dengan clique sendiri je. Tak kisahkan orang lain, barulah macam hey, you sapa nak geng – geng dengan i ni? Ouhh serious sombong gedik yg stylo! Buat apa kawan ramai – ramai tapi belakang kita pfttttt! Lepas ni i kalau nak berkawan memang nak pilih bulu. Kau bulu apa?bulu ketiak panjang, ok boleh geng! Kau?bulu hidung panjang, sila blah! Wah bagusnya begitu! Sebab i malas nak fikir – fikir kawan yg macam ni serious takde faedah buat sakit kepala je, i terlalu banyak benda nak fikir and fokus ok. Fokus nak menguruskan badan lagi bermanfaat. Lagipun kawan macam ni takkan membantu u memajukan diri ke depan, macam parasit je mereka ni. Tak kurus pun kalau kawan dengan mereka. Ceh – kenapa statement sejak akhir – akhir ni asyik sebut kurus je?haha.

p/s : sentiasa bersyukur sebab ada geng bas sekolah yg best! :D mereka tahulah mereka siapa. Calit sikittttt!

Read More»

Malang Mana Pernah Ada Bau.

Musim perayaan macam ni memang banyak kemalangan ngeri dan mendebarkan jantung berlaku diserata negara. eh ayat intro dah macam nak buat karangan bahasa melayu tingkatan 3. haha. baiklah, kembali kepada isi utama karangan i. haha. hah kan dah kata hati - hati di jalan raya time raya, kalau tak hati - hati ha tu yg ada eksiden sampai tayar motor bengkok jadi number 8 la, kereta kemek macam tin sardin cap mak timah laa.

bukan manusia sahaja yg perlu berhati - hati di jalan raya, haiwan ternakan dan tumbuh - tumbuhan juga perlu mengamalkan prinsip yg sama. kalau tidak, anda akan jadi seperti ini,


mangsa kemalangan di pagi syawal pertama. kesian si bebeng. tak pasal - pasal jadi cacat ketika haiwan lain bergembira di pagi syawal yg mulia. itulah, siapa suruh main bawah kereta, kan dah kena lenyek.(kaki mengalami kecacatan fizikal yg agak serious)


buat muka kesian pun tak guna. nasi sudah menjadi bubur. kesiaaannn...


terlantar di aidilfitri.sila nyanyi lagu s.jibeng sekarang.

siapa langgar dia siapa langgar dia? mari kita terjah siapakah yg telah melanggar si bebeng sehingga beliau terpaksa direhatkan sementara waktu daripada meligan ayam di kebun. haahhaaaa....

hahh! ni hah orang jahatnya! (yg pakai spek tau! bukan yg comel mengandung tu!)hahaha!

Read More»

Raya! Yayyy! Rayaaaa! Gembira Melampau!

update entry raya di Syawal ke 10 :D

siapa tak suka kalau hari raya menjelma adalah orang gila! eh, siapa kata?org gila pun suka raya!  - gila kau hari raya adalah hari yg terseronok sedunia! :D berpantang tidak sama sekali menghalang i dari buat preparation sikit - sikit untuk raya! huhihohe! mengalahkan org yg cukup berpuasa! ah saddaaappp! haha! excited habis nak raya siap cat rumah ala ala tabika perpaduan haha lepas itu beli kuih sampai tak muat almari nak simpan - excited gila last last baju raya takde sebab baju raya yg emak buat tak muat! (gemuk okeh! gemuk!) damn.tapi sebab nak raya sangat, i sental je pakai. desperate habis. kesian i.haha. sendat. macam orang gila. benci! 

malam raya siap tak tido - excited sangat sebab raya tahun ni i sudah ada Adammmm! :D ♥ entah cemana entah rasanya bila ada Adam di pagi Syawal. ceh siap dah berangan - berangan senario yg bakal terjadi di hari esok.sekali pagi esoknya terbangun lambat! :p suami dah bangun awal terpaksalah buat muka tak bersalah terkulat - kulat tunggu turn nak mandi. hampeh!  emak dah bebel pot pet pot pet harus menunjukkan rupa anak solehah sambil pura - pura susukan Adam. haha.

bersiap - siap sambil tunggu suami , abang ipar and abah balik dari solat sunat Aidilfitri, ala kelam kabutnya nak make uplah, nak siapkan Adam lah, terabai okeh terabai! wuwuwuwuwuuuuuu!~ bila semua dah balik maka melantaklah kami beramai - ramai sebab masing - masing pun dah lapar sangat - sangat. macam biasa emak masak ketupat, rendang daging, ayam goreng, kuah kacang and lodeh yg pehhh malas nak cakap lebih - lebih! oh syurga duniaaaa! :D

lepas perut kenyang, apa lagiiiiii - CAMWHORE-ING! :D ♥


hehe. kesian Adam pagi - pagi raya kena pakai baju bulu sebab sejukkkkk - hujan lebat sangat! :D oloholoh dah macam anak rakun yg comel. huhihohe. raya pertama sumpah tak dapat pergi jalan - jalan sebab i punya sedara mara pakat ramai - ramai serang rumah, sudahnya kepenatan kemas rumah and isi balang kuih. geram sebab anak - anak cousin makan bersepah and baling - baling kuih. hoi ingat kuih tu mercun pompom  ke. terus tak jadi bagi duit raya. haha padan muka! ;p sekali lagi jadi wanita terabai sebab make up dah serebeh habissss! eye liner dah comot momot dah. wuuuuu kasiannya saya! :[ jadinya melepak saja depan tv sambil makan ketupat yg entah dah kali keberapa entah. haha! :D

oh lagi satu terpaksa menahan hati bila sedara - mara semua pun tanya soalan yg sama :

"eh?ni kenapa badan naik ni?montel!!"
 
terpaksa jawab benda yg sama berulang kali. marah betul. huuuu....

sabar ye sabar. jangan tendang orang di bulan syawal yg mulia ni. tak baik. huhihohe!

dah. bye semua! selamat hari rayaaa maaf zahir dan batin! :D

Read More»

Majlis Aqiqah Dan Potong Jambul Adam Irfan Xaharis

Alhamdulillah selamat dah Majlis Aqiqah dan jugak Majlis Potong Jambul untuk Adam. Majlis ni buat kecik - kecik je, jemput saudara mara datang untuk sama - sama mendoakan kesejahteraan Adam. Lagi pulak majlis ni dibuat masih dalam bulan Aidilfitri so kira beraya sekalilah. Hehe.

Majlis start betul - betul lepas solat Isya'. Senang. Kalau buat lepas maghrib takut nanti terkejar - kejar waktu solat Isya' pulak. Jadi sekali terus buat lepas solat Isya'. Alhamdulillah jemaah masjid datang on time and majlis pun dapat berjalan on time. Start dengan bacaan tahlil dan berzanji, terus sambil ramai - ramai marhaban sambil jemaah masjid potong sikit rambut Adam. Dimulakan dengan Imam masjid Kampung Parit Banyumas Haji Hamim Bin Mian. Time ni suami yang dukung Adam. Nampak cool je dia. Kacak pulak tu! Hehe!

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Adam pulak syok - syok je tidur. Kenyang lepas menyusu. Tapi yang tak best tak sempat nak tukarkan baju dia sebab dia tak bangun plus bau busyuk masham nauzubillah. Huhu. Sabar ajelah. I paling takut kalau Adam menangis depan khalayak ramai sebab suara dia kalau menangis memang pekak jugaklah telinga ni jadinya. Cayalah anak Mama! Tak nangis pun!

Sedara mara ramai yang datang sama - sama memeriahkan majlis ni. Dah selamat dah menjalankan ibadat sunat aqiqah untuk Adam. Mama dan Papa doakan Adam akan jadi anak yang soleh, taatkan Mama dan Papa, Allah dan rasulNya. Serta nantinya akan berbakti pada agama, bangsa dan negara, ye sayang! :)

Photobucket
Air bunga and gunting untuk potong jambul Adam sikit.
Photobucket
Sedap je dia tidur.
Photobucket
Papa kacak! Hehe!
Dah.Babai!

Read More»

Adam Cepatlah Sembuh Dan Jadi Hebat Seperti Otromen!

Happy Birthday Adam Irfan Xaharis! Yang ke dua bulan! 

ha sila katakan dengan bijak disini, macamana i nak beraya kalau anak kesayangan tidak sihat dan merengeeekkkkk saja?maka si mama pun akan merengek sama. haha. kesian Adam. batuk - batuk dan selesema. malam pun tidur tak lena. baru nak mimpi jumpa Farid Kamil tiba - tiba ohokkkkkk ohokkkkk (bunyi Adam batuk) pufff! Farid Kamil hilang! woohhh! (T_____T) maka mama mithali ni pun bangun dan menjaga anak beliau dengan penuh kasih sayang. (tipu. mama ni menangis saja.nenek yg attend Adam) i tak boleh tahan air mata kalau Adam sakit. mengadanyaaa!

hari raya ke-3 batuk Adam semakin menjadi - jadi. kesian sangat. klinik semua pun tutup sebab cuti raya. yg menyampahnya klinik Cina + India pun tutup sama. sibuk juga nak beraya lebih - lebih. Adam melalak - lalak dalam kereta. pergi berdua dengan suami saja. emak tunggu rumah. sedara mara i kan rakus nak beraya, jadi tak boleh tinggal rumah! uhh emosi sungguh! lenguh tangan i dukung Adam sambil dia merengek - rengek lepas tu nangis kuat - kuat sedunia! suami bawa pergi Hospital Batu Pahat, tapi tak sempat jumpa doktor kami dah tergesa - gesa balik sebab Adam nangis sampai muka jadi biru! (-____-)! oh kelam - kabut i jadinya! suami pun memandu dengan sgt tak kosentretnya! pergi Maternity Clinic (last kopek punya option neh) tapi ubat dia tak serasi dengan Adam.

so raya ke -4 (kali ini bawa emak! haha tak sanggup i nangis sama - sama dengan Adam dalam keta!huhu) kitorang pergi England Child Specialist. Pediatrician kat situ the best! it's recommended - jadi kami menaruh harapan yg sangat besarrrr! masuk saja dalam klinik eh semua pesakit pun baby and mengalami nasib yg sama macam Adam. semua batuk dan selesema. kesiannya. kecil - kecil semua (T______T)

suami dalam kerisauan.i juga.

bila sampai giliran Adam untuk check Doctor kata tekak Adam ada lendir and paru - paru dia berbunyi (susah bernafas) gejala awal selesema dikalangan infant and kalau tak segera dirawat boleh membawa kemasukan kuman jahanam ke paru - paru Adam.so doctor nak bagi gas supaya Adam mudah bernafas.

selamba saja tido. nasib baik comel.

alah kesiannya anak mama (T____T)

muka dobot yg kegembiraan selepas rawatan

alhamdulillah batuk and selesema Adam pun semakin kurang sekarang. tido malam pun dah lena. i pun dah boleh mimpi Farid Kamil semula (-__-)! lepas ini Adam bolehlah main otromen otromen dengan abang Fateh ya! :Ddoakan Adam ya semua oh dan Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa! :D

Quick Updates :
  • Second check - up Alhamdulillah Adam sihat dan membesar dengan normal selari dengan baby dua bulan punya perkembangan.
  • Berat 5.9 kg tapi lately Adam kerap batuk. Batuk pulak macam melampau - lampau.
  • Dah pandai respon pada bunyi, then tangan dah pandai nak capai - capai.
  • Kuat menyusu sangat - sangat.
  • Dah pandai senyum. Bila senyum hilang habis mata dia!
Photobucket
Comel. Pandang hari - hari pun tak jemu! Muuuaaahhhh!
Dah.Babai!

Read More»

Friendster

Dulu masa mula - mula bernetworking, i guna friendster. itupun Hai room-mate masa zaman universiti dulu yg kenalkan. gila buta IT masa tu, sebelum kenal friendster online cuma nak check email dari skandal - skandal i. haha. masa itu tahun 2003 - eiii dah 7 tahun dah. *tiba - tiba rasa sangat antik!* 

lepas itu bila masing - masing dah buat penghijrahan secara berjemaah ke facebook, i pun taknak ketinggalanlah. join juga. buka akaun juga (oh ya tak layan myspace sebab pelik - pelik sangat jemaahnya!) mula - mula sengal je main facebook. lama - lama okay sudah. userfriendly compared to friendster yg oldschool. ehehe.

tadi tiba - tiba teringat kat akaun friendster, trylah buka. eh. haha lama nya tak buka! tak update! adalah dalam setahun tak update! lepas itu baru perasan skandal i add i semula (dulu dia juga yg remove i dari friendlist dia.eh poyo!) so terus approve - sebab nak show off yg i sudah kahwin and sudah ada Adam. haha.

so updatelah sikit - sikit, upload pics baru. nampak ceria sikit friendster i tu. rasa macam kanak - kanak saja main friendster. haha.

account friendster (klik untuk pen-jumboan sejagat)

p/s : rindu dengan kawan - kawan friendster. :D

Read More»

Gemuk Tetapi Tetap Bersemangat Waja Untuk Beraya :D

apa - apa? ingat kalau i gemuk i terus hilang semangat raya?tidak sama sekali! haha. tengok saja balang - balang (bukan balan - balan ya. seram!) kuih raya yg i susun di dapur rumah. siap dengan jajan - jajan dan asam yg pelbagai rupa. itu baru kuih raya, belum lagi kasut raya, beg raya, baju raya! haha. mengalahkan orang yg berpuasa saja. eh. macam - macamlah. sampaikan terlebih budget. nasib baik kerajaan bagi RM500. alhamdulillah. :D lain kali bagilah lagi. hehe.

kena redhalah kalau berat statik saja dan tidak mahu turun - turun. redha. tapi insyaAllah lah akan diusahakan untuk kurangkan berat badan. nanti suami tak sayang lagi. eheeh. sedih betul bila baju - baju lama dah tak boleh nak pakai lagi. tengoookkk saja. tsk. sakit hati. itulah. dulu siapa suruh kurus sangat?kan dah tak boleh nak menampung berat jumbo i ni. perut pun boncet macam ibu mengandung 5 bulan. *sabar sabar*

nanti ya, lepas raya i diet. nak diet sekarang tak boleh. nanti rugiiiii! nanti tak dapat makan masakan emak di pagi raya + tak dapat makan biskut raya yg seddaaappp sedunia! :D

gemuk.gemuk.gemuk.

Read More»

Wahai Lelaki...

wahai lelaki yg jiwanya satu,
kepadamu aku persembah kalbu.
redha darimu redha Tuhanku...
setiap nafasku menitip rindu.

wahai lelaki yg hatinya tabah,
tenangnya engkau penghilang resah.
setiap langkah hidup yg payah...
kepada Tuhan doa kau sembah.

wahai lelaki yg asanya hebat,
dalam lemahku kau tanam tekad.
dalam lembut menutur nasihat...
benih cinta luhur kau semat.

wahai lelaki yg ku panggil suami,
cintamu cintaNya sentiasa bersemi.
dalam aqad kau sulam janji...
engkaulah lelaki kebanggaan isteri.

p/s : buat suami yang tidak pernah aku harapkan untuk menjadi seperti suami suami yg lain. cukuplah engkau menjadi sehabis yg terbaik, untuk perempuan ini yg kau panggil isteri.

Read More»

Baiklah Korang, Nanti I Dah Kurus I Terus Jadi Eksen!!

semalam pergi sekolah. saja saja je datang sebab Kak Sally minta tolong jahanamkan make up kan students. ada TV9 nak buat shoot sebab sekolah kami kan menang One Hope For Orang Utan last year. Haha. Macam terer sgt je make up padahal muka sorang sorang selepas make up dah macam manusia kena sepak dengan tayar getah basikal. 

Keluar dari dewan makan asrama (selepas rehearsal musical theater), ada sekumpulan guru - guru terpekik - pekik dengan gembiranya "Eeehhh Dottie dah sampaiiii! Dottie dah sampaiiii!"

Eh nak kena lempang free agaknya semua semua ni! Takpelah bersabar. sempat juga senyum sambil salam cium tangan semata nak menunjukkan i tahu adab dan sopan santun padahal dalam hati rasa nak terajang saja sorang sorang.Baiklah, kesimpulannya, dari lebih kurang 20 orang cikgu yg terserempak dengan i, semua cakap i gemuk. i senyum saja. oh cakap aku gemuk ya! sabar sabar sabariah (eh nama mak mertua sendiri) siap ada yg cakap i lagi gemuk dari masa pregnant dulu. (???) memang melampau.

sabar. baru turun 17kg. baru 48 hari deliver Adam. takkan terus nak pakai kebaya. sabar sabar. orang mulut jahat nanti Tuhan balas dengan kesakitan gigi yg melampau. Tika je baik. dia tak cakap i gemuk pun. Mel pun tak cakap i gemuk cuma dia cakap bontot punggung i besar. yang lain mulut puaka. Tendang baru tahu.


 tahu lah sama. tak payahlah panggil - panggil. jahat.



p/s : nak pergi cari bomoh sedut lemak.

Read More»

Bulan Puasa Adalah Baiknya Saya Bersabar... Haih!

Tadi i pergi bazaar ramadhan drive sendiri!! wah bangga habis macamlah pergi bazaar naik bajak. Ini adalah kali ke tiga ya kawan kawan i drive sendiri lepas habis pantang. bangga ni. hehe. jauhnya pergi baazar ramadhan di yong peng padahal yg dekat dengan rumah tu ada juga. saja ngada - ngada. Nak makan rojak mamak punya pasal sanggup i meredah jalan raya yg tak berapa nak mencabar tu. huhihohe. tahpape.

sebelum balik i singgah kedai jual minuman sekejap sebab emak nak sangat minum air asam boi entah mengidam ke apa karang tak memasal i dapat adik baru. eh. brader yg jaga gerai tiba - tiba cakap "haaa kaakkk mari singgah kaakkk beli air baby mesti haus.." doinkk! eh mana pula brader ni tahu i baru lepas deliver. ah buat bodo saja. sempat pula brader ni buat muka jalang comel depan kami adik beradik. nak di tempeleng macam kejam pula. ah layankan saja. nak ngorat adik i lah ni! huh!

lepas beli air emak i dengan adik terus menuju ke kereta, kami lalu sebelah brader jual cempedak goreng. Tiba - tiba brader tu bersuara "haaa mari kak beli cempedak goreng, cempedak ni baik untuk ibu - ibu mengandung!" haaaaaaaaaaaaa?????!!! telinga i dah panas tapi brader tu boleh buat muka kanak - kanak ribena pula! ANAK HARUN! baru i tahu baru i tahuuuuu! brader2 semua tu mesti ingat i pregnantttt!!! uwaaaaa i dah deliver laaaa!!! ini body post-natal i laaaaaa!!! eiii sakit hatinyaaaa! nak mencarutnyaaaaa! adik i gelak gila babi khinzir kat tengah - tengah jalan, benci lahhhhhhhh!~

sampai rumah cerita dengan emak and husband semua pun bantai gelak derhaka semua orang! derhaka! sumpah jadi mini cooper baru tau! tahulah perut i buncet, g-string seluar semua dah tak muat, baju- baju semua dah sendat. sampai hati i diperlakukan sedemikian rupa. melukut ditepi gantang betul.  nak dietttt! nak dietttttt!!!!

Read More»