Thursday, September 16, 2010

Adam Cepatlah Sembuh Dan Jadi Hebat Seperti Otromen!

Happy Birthday Adam Irfan Xaharis! Yang ke dua bulan! 

ha sila katakan dengan bijak disini, macamana i nak beraya kalau anak kesayangan tidak sihat dan merengeeekkkkk saja?maka si mama pun akan merengek sama. haha. kesian Adam. batuk - batuk dan selesema. malam pun tidur tak lena. baru nak mimpi jumpa Farid Kamil tiba - tiba ohokkkkkk ohokkkkk (bunyi Adam batuk) pufff! Farid Kamil hilang! woohhh! (T_____T) maka mama mithali ni pun bangun dan menjaga anak beliau dengan penuh kasih sayang. (tipu. mama ni menangis saja.nenek yg attend Adam) i tak boleh tahan air mata kalau Adam sakit. mengadanyaaa!

hari raya ke-3 batuk Adam semakin menjadi - jadi. kesian sangat. klinik semua pun tutup sebab cuti raya. yg menyampahnya klinik Cina + India pun tutup sama. sibuk juga nak beraya lebih - lebih. Adam melalak - lalak dalam kereta. pergi berdua dengan suami saja. emak tunggu rumah. sedara mara i kan rakus nak beraya, jadi tak boleh tinggal rumah! uhh emosi sungguh! lenguh tangan i dukung Adam sambil dia merengek - rengek lepas tu nangis kuat - kuat sedunia! suami bawa pergi Hospital Batu Pahat, tapi tak sempat jumpa doktor kami dah tergesa - gesa balik sebab Adam nangis sampai muka jadi biru! (-____-)! oh kelam - kabut i jadinya! suami pun memandu dengan sgt tak kosentretnya! pergi Maternity Clinic (last kopek punya option neh) tapi ubat dia tak serasi dengan Adam.

so raya ke -4 (kali ini bawa emak! haha tak sanggup i nangis sama - sama dengan Adam dalam keta!huhu) kitorang pergi England Child Specialist. Pediatrician kat situ the best! it's recommended - jadi kami menaruh harapan yg sangat besarrrr! masuk saja dalam klinik eh semua pesakit pun baby and mengalami nasib yg sama macam Adam. semua batuk dan selesema. kesiannya. kecil - kecil semua (T______T)

suami dalam kerisauan.i juga.

bila sampai giliran Adam untuk check Doctor kata tekak Adam ada lendir and paru - paru dia berbunyi (susah bernafas) gejala awal selesema dikalangan infant and kalau tak segera dirawat boleh membawa kemasukan kuman jahanam ke paru - paru Adam.so doctor nak bagi gas supaya Adam mudah bernafas.

selamba saja tido. nasib baik comel.

alah kesiannya anak mama (T____T)

muka dobot yg kegembiraan selepas rawatan

alhamdulillah batuk and selesema Adam pun semakin kurang sekarang. tido malam pun dah lena. i pun dah boleh mimpi Farid Kamil semula (-__-)! lepas ini Adam bolehlah main otromen otromen dengan abang Fateh ya! :Ddoakan Adam ya semua oh dan Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa! :D

Quick Updates :
  • Second check - up Alhamdulillah Adam sihat dan membesar dengan normal selari dengan baby dua bulan punya perkembangan.
  • Berat 5.9 kg tapi lately Adam kerap batuk. Batuk pulak macam melampau - lampau.
  • Dah pandai respon pada bunyi, then tangan dah pandai nak capai - capai.
  • Kuat menyusu sangat - sangat.
  • Dah pandai senyum. Bila senyum hilang habis mata dia!
Photobucket
Comel. Pandang hari - hari pun tak jemu! Muuuaaahhhh!
Dah.Babai!

3 comments :

-[DeeYA]- said...

sian adam yg chumell..
ko xdemam+batuk2+selseme plak?
owh..moga adam sihat spt johan!
yeay!! ^____^

Puan nadxoxo said...

adam cepat2 sehat tau!!

.BUNGA. said...

tika - aku batuk and selesema jugak :( uhukkkk uhukkkkk!

nadxoxo - thank u ummi nad! :D