Tuesday, September 7, 2010

Gemuk Tetapi Tetap Bersemangat Waja Untuk Beraya :D

apa - apa? ingat kalau i gemuk i terus hilang semangat raya?tidak sama sekali! haha. tengok saja balang - balang (bukan balan - balan ya. seram!) kuih raya yg i susun di dapur rumah. siap dengan jajan - jajan dan asam yg pelbagai rupa. itu baru kuih raya, belum lagi kasut raya, beg raya, baju raya! haha. mengalahkan orang yg berpuasa saja. eh. macam - macamlah. sampaikan terlebih budget. nasib baik kerajaan bagi RM500. alhamdulillah. :D lain kali bagilah lagi. hehe.

kena redhalah kalau berat statik saja dan tidak mahu turun - turun. redha. tapi insyaAllah lah akan diusahakan untuk kurangkan berat badan. nanti suami tak sayang lagi. eheeh. sedih betul bila baju - baju lama dah tak boleh nak pakai lagi. tengoookkk saja. tsk. sakit hati. itulah. dulu siapa suruh kurus sangat?kan dah tak boleh nak menampung berat jumbo i ni. perut pun boncet macam ibu mengandung 5 bulan. *sabar sabar*

nanti ya, lepas raya i diet. nak diet sekarang tak boleh. nanti rugiiiii! nanti tak dapat makan masakan emak di pagi raya + tak dapat makan biskut raya yg seddaaappp sedunia! :D

gemuk.gemuk.gemuk.

3 comments :

Puan nadxoxo said...

puan bunga. cuba tgk ni utk tips langsing slps beranak..hehe

http://c33ram00n.blogspot.com/2010/09/rahsia-kekal-langsing.html

.BUNGA. said...

tq! :D

armouris said...

info tentang diet di SIHAT SELALU - Diet Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR