Saturday, September 25, 2010

Kawan Ke?Eh!

Emak dulu paling suka pesan ini kat i. Emak kata "Megan Fox (nama manja i kat rumah) kalau nak pilih kawan hati – hati. Jangan kawan dengan orang busuk, nanti kau pun busuk sama. Tapi kalau kawan dengan orang wangi, jangan harapkan sangat wangi dia tu lekat kat kau... be careful bebeh.Don’t judge the book by its cover.” gitulah lebih kurang emak pesan. Emak I memang speaking kat rumah sebab selalu sangat tengok TV rancangan Sesame Street. Masa itu i dalam darjah dua cempaka ke hapa. Sampai sekarang i ingat pesan emak. Tapi kadang – kadang i lupa. Biasalah. Seronok sangat berkawan sampai kadang – kadang kawan kentut busuk pun i kata "ehh harumnya bau CK!” ptuih!

Balasan bila derhaka lupa pesan emak, bila dah besar kan selalu i kena pailang dengan kawan. Betuuulll. Depan i kan baiiikkkk sangat – sangat, tapi kat belakang i kan kutuk i cakap ketiak i busuk. Jahat. Buat – buat simpati dengan masalah yg melanda i tapi sebenarnya kan, belakang i kata padan muka padan muka kat i berkali – kali. Tapi memang dah dasar orang baik berhati emas macam i ni kan selalu maafkan kawan – kawan begini. Sebab emak pun dulu ada pesan jugak ”biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang..” eleh, tapi kadang – kadang kalau dah sibet sangat perangai, i buat jahat je kat orang macam tu. Tapi tak baiklah sebenarnya. Dosa semua tu. Lekas – lekas bertaubat. Tapi nama pun manusia, bila dah marah, lupalah semua pesan emak. Hello, i bukan ada halo atas kepala. What do you expect?Eh terspeaking lagi. Ngengada. Itulah, masa pilih kawan tak beringat. Kan dah kena. Padan muka.

Ada bagusnya jadi orang sombong, geng dengan clique sendiri je. Tak kisahkan orang lain, barulah macam hey, you sapa nak geng – geng dengan i ni? Ouhh serious sombong gedik yg stylo! Buat apa kawan ramai – ramai tapi belakang kita pfttttt! Lepas ni i kalau nak berkawan memang nak pilih bulu. Kau bulu apa?bulu ketiak panjang, ok boleh geng! Kau?bulu hidung panjang, sila blah! Wah bagusnya begitu! Sebab i malas nak fikir – fikir kawan yg macam ni serious takde faedah buat sakit kepala je, i terlalu banyak benda nak fikir and fokus ok. Fokus nak menguruskan badan lagi bermanfaat. Lagipun kawan macam ni takkan membantu u memajukan diri ke depan, macam parasit je mereka ni. Tak kurus pun kalau kawan dengan mereka. Ceh – kenapa statement sejak akhir – akhir ni asyik sebut kurus je?haha.

p/s : sentiasa bersyukur sebab ada geng bas sekolah yg best! :D mereka tahulah mereka siapa. Calit sikittttt!

No comments :