Saturday, September 18, 2010

Majlis Aqiqah Dan Potong Jambul Adam Irfan Xaharis

Alhamdulillah selamat dah Majlis Aqiqah dan jugak Majlis Potong Jambul untuk Adam. Majlis ni buat kecik - kecik je, jemput saudara mara datang untuk sama - sama mendoakan kesejahteraan Adam. Lagi pulak majlis ni dibuat masih dalam bulan Aidilfitri so kira beraya sekalilah. Hehe.

Majlis start betul - betul lepas solat Isya'. Senang. Kalau buat lepas maghrib takut nanti terkejar - kejar waktu solat Isya' pulak. Jadi sekali terus buat lepas solat Isya'. Alhamdulillah jemaah masjid datang on time and majlis pun dapat berjalan on time. Start dengan bacaan tahlil dan berzanji, terus sambil ramai - ramai marhaban sambil jemaah masjid potong sikit rambut Adam. Dimulakan dengan Imam masjid Kampung Parit Banyumas Haji Hamim Bin Mian. Time ni suami yang dukung Adam. Nampak cool je dia. Kacak pulak tu! Hehe!

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Adam pulak syok - syok je tidur. Kenyang lepas menyusu. Tapi yang tak best tak sempat nak tukarkan baju dia sebab dia tak bangun plus bau busyuk masham nauzubillah. Huhu. Sabar ajelah. I paling takut kalau Adam menangis depan khalayak ramai sebab suara dia kalau menangis memang pekak jugaklah telinga ni jadinya. Cayalah anak Mama! Tak nangis pun!

Sedara mara ramai yang datang sama - sama memeriahkan majlis ni. Dah selamat dah menjalankan ibadat sunat aqiqah untuk Adam. Mama dan Papa doakan Adam akan jadi anak yang soleh, taatkan Mama dan Papa, Allah dan rasulNya. Serta nantinya akan berbakti pada agama, bangsa dan negara, ye sayang! :)

Photobucket
Air bunga and gunting untuk potong jambul Adam sikit.
Photobucket
Sedap je dia tidur.
Photobucket
Papa kacak! Hehe!
Dah.Babai!

No comments :