Sunday, September 19, 2010

Raya! Yayyy! Rayaaaa! Gembira Melampau!

update entry raya di Syawal ke 10 :D

siapa tak suka kalau hari raya menjelma adalah orang gila! eh, siapa kata?org gila pun suka raya!  - gila kau hari raya adalah hari yg terseronok sedunia! :D berpantang tidak sama sekali menghalang i dari buat preparation sikit - sikit untuk raya! huhihohe! mengalahkan org yg cukup berpuasa! ah saddaaappp! haha! excited habis nak raya siap cat rumah ala ala tabika perpaduan haha lepas itu beli kuih sampai tak muat almari nak simpan - excited gila last last baju raya takde sebab baju raya yg emak buat tak muat! (gemuk okeh! gemuk!) damn.tapi sebab nak raya sangat, i sental je pakai. desperate habis. kesian i.haha. sendat. macam orang gila. benci! 

malam raya siap tak tido - excited sangat sebab raya tahun ni i sudah ada Adammmm! :D ♥ entah cemana entah rasanya bila ada Adam di pagi Syawal. ceh siap dah berangan - berangan senario yg bakal terjadi di hari esok.sekali pagi esoknya terbangun lambat! :p suami dah bangun awal terpaksalah buat muka tak bersalah terkulat - kulat tunggu turn nak mandi. hampeh!  emak dah bebel pot pet pot pet harus menunjukkan rupa anak solehah sambil pura - pura susukan Adam. haha.

bersiap - siap sambil tunggu suami , abang ipar and abah balik dari solat sunat Aidilfitri, ala kelam kabutnya nak make uplah, nak siapkan Adam lah, terabai okeh terabai! wuwuwuwuwuuuuuu!~ bila semua dah balik maka melantaklah kami beramai - ramai sebab masing - masing pun dah lapar sangat - sangat. macam biasa emak masak ketupat, rendang daging, ayam goreng, kuah kacang and lodeh yg pehhh malas nak cakap lebih - lebih! oh syurga duniaaaa! :D

lepas perut kenyang, apa lagiiiiii - CAMWHORE-ING! :D ♥


hehe. kesian Adam pagi - pagi raya kena pakai baju bulu sebab sejukkkkk - hujan lebat sangat! :D oloholoh dah macam anak rakun yg comel. huhihohe. raya pertama sumpah tak dapat pergi jalan - jalan sebab i punya sedara mara pakat ramai - ramai serang rumah, sudahnya kepenatan kemas rumah and isi balang kuih. geram sebab anak - anak cousin makan bersepah and baling - baling kuih. hoi ingat kuih tu mercun pompom  ke. terus tak jadi bagi duit raya. haha padan muka! ;p sekali lagi jadi wanita terabai sebab make up dah serebeh habissss! eye liner dah comot momot dah. wuuuuu kasiannya saya! :[ jadinya melepak saja depan tv sambil makan ketupat yg entah dah kali keberapa entah. haha! :D

oh lagi satu terpaksa menahan hati bila sedara - mara semua pun tanya soalan yg sama :

"eh?ni kenapa badan naik ni?montel!!"
 
terpaksa jawab benda yg sama berulang kali. marah betul. huuuu....

sabar ye sabar. jangan tendang orang di bulan syawal yg mulia ni. tak baik. huhihohe!

dah. bye semua! selamat hari rayaaa maaf zahir dan batin! :D

2 comments :

AdaNaz87 said...

chomel sangat meow meow tu kak bunga.
nak pinjam buleh? :p

baby pun sangat chumel & cute!
meriahnya berhari rrraaayyyeee! ^_^

.BUNGA. said...

amek laahhh kucen tu nakalll! hahahaha! haaa raya kali neh meriah sket ada si kecik tuhh... (^___^)'