Saturday, September 4, 2010

Wahai Lelaki...

wahai lelaki yg jiwanya satu,
kepadamu aku persembah kalbu.
redha darimu redha Tuhanku...
setiap nafasku menitip rindu.

wahai lelaki yg hatinya tabah,
tenangnya engkau penghilang resah.
setiap langkah hidup yg payah...
kepada Tuhan doa kau sembah.

wahai lelaki yg asanya hebat,
dalam lemahku kau tanam tekad.
dalam lembut menutur nasihat...
benih cinta luhur kau semat.

wahai lelaki yg ku panggil suami,
cintamu cintaNya sentiasa bersemi.
dalam aqad kau sulam janji...
engkaulah lelaki kebanggaan isteri.

p/s : buat suami yang tidak pernah aku harapkan untuk menjadi seperti suami suami yg lain. cukuplah engkau menjadi sehabis yg terbaik, untuk perempuan ini yg kau panggil isteri.

2 comments :

eus said...

Woww.... msti BANGGA! best...

**btw, cik puan.. ade award.. nnt ambik bile senang! hehe...

.BUNGA. said...

eh dapat award! :D