Saturday, October 16, 2010

3 Bulan Yang Bahagia!

16 Oktober 2010! Hari Lahir Adam yang ke tiga bulan. Gila cepat waktu berlalu! Well, walaupun Adam dah genap berusia 3 bulan, fizikal I masih kelihatan seperti ibu mengandung 10 bulan. Dah jangan tanya kenapa okay. Sebab seriously I pun tak tau. And I kurang kisah sikit nak kuruskan badan ni. Insyaallah, kalau ada rezeki nati kuruslah I ye. Hehe. Bukan taknak kurus tau! Jangan salah faham!

Oh Adam Irfan Xaharis dah tiga bulan dah. Macam - macam yang anak bujang I dah boleh buat sekarang. Last check up hari tu berat dia is 6.4kg. Alhamdulillah. Adam rajin menyusu and kurang sikit diserang sakit jadi dia dapat membesar dengan sihat da cergas bagaikan johan! Yeayyyy! Alhamdulillah dia membesar dan berkembang secara normal sesuai dengan usia baby tiga bulan.

Muka Adam pun dah start develop sekarang ni. Dah ada nampak macam muka Papa sikit tapi kalau senyum - senyum tu baru nampak genetik Mama disitu. Dengan hidung pesek lagi. Bukaan mata masih sepet tapi I yakin satu hari nanti mata dia akan besar jugak! Hahahahaha!

Oh Adam sekarang dengan eksyennya dah mula nak tiarap sambil angkat - angkat kepala dia. Sekejap je letak dia kat tilam nanti cepat - cepat dia kalihkan badan dia sambil dongakkan kepala dia tengok orang lalu lalang atau tengok TV. Adam ni peramah, cepat senyum and suka sengih - sengih sendiri. Buat masa ni I belum belikan dia apa - apa toys. Just belikan dia rattler and teether / soother. Sekarang dia dah semakin kenal orang, maybe vision dia pun dah semakin clear. Kalau nampak I ataupun nenek cepat aje dia segih - sengih. Pandai anak mama!

Kalau suruh menangis Adam masih johan. Memang cengeng. Cukup suka nangis. Plus manja sangat - sangat. Nampak sangat perangai dia manja banding dengan cucu - cucu emak yang lain. Tinggal sikit nanti mulalah dia cebik - cebik nak nangis. Tangan dah pandai capai - capai barang yang kita hulur kat dia.

Photobucket
Comel macam anak burung! Haha!
Photobucket
Pandai dah angkat kepala!
Tak sabar nak tunggu Adam pandai duduk, pandai duduk kat walker, bertatih and lari - lari satu rumah! Mesti best! Hehe!

Adam,
membesar dengan sihat eh sayang. Mama dan Papa doakan Adam membesar jadi anak yang taat, taat kepada Allah dan RasulNya serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mama sayaaaang Adam!

Dah.Babai!

No comments :