Sunday, October 17, 2010

Pakcik Nak Kena Lempang.

eh bunyinya macam kejam je kan? siapa - siapa yg mmg dah sedia maklum tak suka i, mesti terus kata "eh jahatnya dia ni! pakcik pun dia nak lempang?eiiii jahat budak jahat!" (T___T) suka buat dialog sendiri. itu tanda orang kreatif. eh. tapi memang pun kalau rasa nak ikutkan nafsu amarah i, memang pakcik ni free - free dah kena pelempang jepun. hari itu i dan suami pergi Parit Raja, jalan - jalan saja - saja. lepas itu suami pull over kereta tepi jalan sebab nak pergi CIMB. tiba - tiba ada seorang pakcik (rasa - rasanya mcm org pakistan) datang ke tepi kereta.

"anak, subhanallah- derma. ikhlas. insyaallah." lebih kurang macam itulah ayat pakcik tersebut. sambil tangan dia tunjuk - tunjuk barang - barang yang kita bakal dapat kalau kita derma kat dia. barang - barang macam tasbih lah, perhiasan kereta lah - suami i ni baik hati, kalau ikutkan i memang i malas nak layan pakcik macam ni. kadang - kadang con je semua ni.

"anak,ikhlas derma.ikhlas derma" eh pakcik ni paksa - paksa pula. busuk pula tu bau badan. elok je dia bergayut kat tingkap kereta sambil tangan dia tahan tak bagi suami naikkan cermin kereta. suami pun malas nak cakap banyak, dia beri pakcik tu RM3. pakcik tu ambil duit tu tapi dia buat muka pelik sambil belek - belek duit tu.

"Tiga ringgit saja?" eh dia buat muka pailang. suara dia daripada merayu - rayu tadi bertukar jadi keras.
"eh tadi kata ikhlas. ni saya ikhlaslah ni" balas suami. boleh pula pakcik itu mencebik sambil berlalu. tapi duit tu dia sebat jugak!
"eh pakcik ni aku sepak karang!orang dah bagi bukan tau nak cakap terima kasih! tadi kata ikhlas?tak guna betul!" i jerit kuat - kuat. tapi dalam hati je. hoho sadis (T___T) pakcik tu selamba pergi ke kereta lain pula, memang betul - betul tak guna!
siapa terjumpa pakcik ini di parit raja, batu pahat - sila pukul dia.
biadap betul. tapi apperance macam alim gitu. ha, sekarang kalau i kata nak lempang pakcik ni, korang nak kata i jahat jugak?

6 comments :

haifa said...

kalau saya jumpa pak cik mcm nie,, saya bagi die lagi banyak duit.. tapi duit yang diprint dari laptop... haha.. baru padan muka die... jahat... nak kaya kerjalah... kalau minta edekah leh kaya, xpayah belajar susah2.. haha

.BUNGA. said...

ya betul!

Atikah Honey Bee said...

last saturday dr jauh ternmpk org mcm ni gak...mintak2 derma..
so cepat2 lock kete dr dlm n buat2 pndang tpt lain..
bkn kedekut tp taw diaorg ni ala2 sindiket..

.BUNGA. said...

ya. tepat sekali. kadang - kadang rasa macam jahat sebab taknak bg derma,kan? tapi bukan tanak kasi,mcm u cakap, dikhutairi ini adalah sindiket! haiyooooo! :(

Honey Daa said...

ishhh pape jela pakcik tu..tp nasib baik die x agresif sgt,bahaya gak org cmtu..

Cik Puan Bunga said...

kalau dia bertindak agresif, akak gigit perut diaaaa!