Sunday, October 31, 2010

Tak Perlu Kenal Bertahun - Tahun Untuk Jadi Kawan Baik

I tak ramai kawan karib. Kalau ada pun seorang dua (okeylah tipu) Tapi tak apalah tak ramai kawan karib, daripada ramai tapi tidak mendatangkan faedah nak buat apa? (T__T) Maknanya, kalau kamu tu tersenarai dalam kawan karib I, kamu patut rasa berbangga ya sebab orang sombong macam I susah betul nak cari kawan. Hahahahampeh.

Semalam I buat satu mini - reunion dengan gundik - gundik kesayangan I. Maklumlah nak jumpa mereka ni kena setahun sekali, sebab busy sangat. Menyampah betul. Lagi - lagi mama vouge sorang ni. (T__T) Haha ini first time ni bawa bf kecil I sekali, jadi  suami terpaksalah ikut sekali. Jadi bodyguard. Kami ke Kenny Rogers! (padan muka KR sebab kena banned dengan kami) Haha sesi camwhoring jangan lupa!


Naddy cuba nak jadi sepenyayang mungkin!
Bencinya double-chinned face nih!
Adam excited nampak makanan yang salah order.Haha.
Rindu perempuan ini. Emak bermulut puaka katanya. (T__T)
Bergosip pasal cik joyah sampai lupa anak bini. Eh.
Siapa paling kurus? (ataupun siapa effect kurusnya paling berjaya?)
Thanks Auntie Linda, Adam boleh drift lepas ini!
Gift dari Linda. Thanks sayang. Pink lagi! I loike! (:
Tak sempat nak beramah - tamah dengan anak - anak Linda yang comel sedunia! Seram I tengok anak - anak dia yang begitu hyper sekali. Ikut perangai siapa, Linda? Haha. Of course setahun punya gosip kenalah diupdate ya, itu yang bawa suami masing - masing untuk jaga anak - anak time emak - emak dan bukan emak bergosip. Haha. Terharu sebab Linda sudi datang dari jauh and Naddy juga sanggup balik dari Melaka semata - mata untuk menjayakan mini reunion syok sendiri ini. (T__T).
Lepas itu nak lagi buat terharu, ada pula ole - ole dari Linda. Ish sumpah malu tau! Thanks lagi sekalilah Linda, walaupun kau hangin satu badan kat budak Kenny Rogers yang buat perangai haram tu, kau tetap sempat juga menabur jasa dan bakti kepada kawan - kawan kau ni. Meh peluk meh!

Semoga tahun depan kita dapat jumpa lagi ya. Kalau nampak aku kat MidValley jangan buat - buat tak nampak aku ya Linda! (T__T)

p/s : Tahun depan agak - agak ada penambahan ahli tak? (T__T)
p/s/s : Siapa sakiti hati kawan segera minta ampun untuk mengelakkan mendapat bala.

2 comments :

~H @ N i ~ said...

Seronot nye..kamu semua gorjes lagi voge in vas + cumel owh... [ini iklas..nak jugak bagi tau] ;)


Buleh ngurat bf kecik u tu??[nak jadik menantu u..haha]

Cik Puan Bunga said...

thanks hani! yg vouge sorang je lagi sorang tu comel and lagi sorang tu super duper comot! hahahaha! oh boleh nak ngorat adam, mama dia tidak memilih! haha!