Tuesday, October 19, 2010

Tolonglah Saya Menghapuskan Jerawat!

I kan benci jerawat! (siapalah yg suka kalau dah berbuntil - buntil duduk atas muka kita,kan kan?) i bukan setakat benci saja, tapi i dendami mereka juga. Sebab itu bila ia tumbuh saja atas muka gebu i ni (ok.sila muntah) memang terus i picit - picit i tenyeh - tenyeh. benci betul! Lepas itu, lagi menjengkelkan, jerawat ini pula, bila sudah tumbuh, bubuh lah apa saja produk pun ia tetap tidak mahu mati! eh terhapusss! Stress tahu!

Minggu ini muka i macam muka ikan kembung. Jerawat sebatu sudah boleh kelihatan. Benci. Benci. I sudah tidak boleh perasan ayu lagi.Siapa yang mahu mengorat kalau muka kamu macam hantu jerawat?Tahu hantu jerawat itu apa?sila google sekarang!

Lokasi bertanda merupakan lokasi jerawat bermaharajalela!
Malas betul nak bermake up kalau mahu ke sekolah (auww comelnya mahu ke sekolah) Nanti i akan emo sendiri dan campak - campak barang make up sebab puas tenyeh concealer ke hape jerawat tetap tersembul dengan annoyingnya. Nanti semua anak murid tak sayang i lagi. (T___T)

Banyak tips mencegah jerawat yang i google di internet. Antaranya :

  • basuh muka sebelum tidur dan bersihkan make up
  • pilih produk make up yang berasaskan air
  • gunakan produk pencuci wajah yang lembut
  • elakkan makanan yang merangsang pertumbuhan jerawat
  • PALING PENTING jangan PICIT JERAWAT

Eleh, tips diatas semua orang pun sudah tahu. Muak betul. I tak buat pun semua perkara diatas tetapi kenapa jerawat tetap timbul juga?? (ha jawab jawab jawab!) Jadi i come up dengan petua menghilangkan jerawat yang pelbagai. Maknanya, kalau gagal yang ini, i try yang itu. Cubaan ini tak menjadi, i cuba yang itu. Seronok tahu! Muka sendiri jadi bahan eksperimen. (T__T)

  • sapukan sedikit lipstick pada jerawat kamu (hanya berkesan kepada jerawat yang hampir masak)
  • sapukan krim siang yang super tebal pada jerawat kamu (untuk jerawat yang sudah dipicit)
  • sapukan Minyak Cap Kapak pada jerawat kamu (untuk jerawat yang baru berjinak - jinak di wajah)
  • sapukan blusher pada jerawat kamu (untuk jerawat kecil - kecil seperti ruam)
 Kadang - kadang ia berkesan untuk i. Macam yang i cakap tadi, i try and error saja. Kalau berjaya maka berjaya, kalau tidak maka akan kecewa (T___T) Kamu jangan pandai - pandai cuba, nanti kalau hidung kamu tanggal i taknak bertanggungjawab ya! Untuk jerawat i alami sekarang, semua petua diatas pun i dah cuba tetapi semua gagal! Nampak tak kehampaan i disitu?Nampak tak? (T__T) Putus asa tahu nak berinteraksi dengan orang! (=__=)'

Korang ada produk yang bagus tak nak suggest kat i?Pleaseeee Pleaseeeee Pleaaseeeee! By the way, i dah try SHADIRA, DE'WAJAH, SKII, CLINIQUE, REENA'S, DE'PUTIH, RAIHANA,NATASHA dan FELISA.

please dong, bantuin guwe!

10 comments :

eazy n atief said...

dear;
erm.i suggest u pakai produk i yg i pakai n jual nk tak?
ramai customer i yg makan utk hilangkan jerawat/parut2 n kulit berminyak.
u try tgk my blog okay
www.manggispink.blogspot.com(personal)
www.eazycatalyst.blogspot.com(business)
produk minyak kelapa dara :) sgt bagus

Cik Puan Bunga said...

terima kasih atas cadangan saudari! (:

(eh skemanya ayat!)

eazy n atief said...

kekeke.
tu lah ayat eazy pun agak skema bile wat promo
haha
tapi produk ni mmg bagus
proven.

Cik Puan Bunga said...

suggestkan i mana satu produk yg i boleh cuba?tadi sudah lihat, tapi tak tau mana satu nak try... (:

Wan Anis Sorfina said...

hada labo?

Cik Puan Bunga said...

oh yeah? selalu nampak di watson and guardian. elok yeh??

nwdarwina said...

erm..sy guna cleanser ponds clear solution..yg kaler ijau antibacterial tu.ok la.. muka sy jrg melahirkan jerawat.kalo ada pun time nk period or mkn seafood.alergic!

Cik Puan Bunga said...

terima kasih. akan dicuba! (:

noor sakinah said...

nice tips.. tips dari saya, hanya shaklee. haha.. no minyak muka, no jerawat.. anyway boleh tengok post kat page saya http://inavitamin.blogspot.com/

Mama Aisyah said...

Betul tuh, jangan picit..Nanti lagi banyaklah jerawat bermaharajalela kat muka. :D...