Cita - Cita Kau Nak Jadi Photog Terus Berkubur?

I dah tak ambil gambar yang cantik - cantik lagi kebelakangan ni. Semua gambar yang I ambil macam haram.Eh tak. Bukan haram. Tapi macam bongok betul. Kenapa ye? Dah lupa semua teknik.Agaknya masa meneran melahirkan Adam, kepandaian I pun terkeluar sama. Haha. Gonjol. I suka photography.Agaknya dulu masa emak mengandungkan I, terkenan apa ya? (+__=) *musykil*

I nak jadi photog. Cita - cita tu. Haha. Kejap nak jadi doktor lah, nak jadi polis lah, nak jadi power rangers  kaler Pink la... Takpelah. Kalau tak boleh jadi photog profesional, jadi photog keluarga Encik Isnin pun dah kira eksen dah. Haha (:





Model : EMBUN NAZURA dan NAZEEM ABD RAHIM (cousin)

Dah,babai!

Read More»

Kau Takkan Menjadi Sutun Walaupun Menggemari Sotong.

I suka tengok Sutun 1, Sutun 2, Sutun Kembali Lagi. Semua pun best sebab I suka tengok pelakon Sutun tu, siapa eh nama dia? Allllaaa cerita budak lelaki comel yang masuk U then taram semua belongings dia warna pink tuuuu, ingat tak?Kalau tak ingat, sila ketuk kepala masing - masing dengan baldi. Budak lelaki tu suka sangattt dengan nasi goreng sutun (dia tak pandai sebut sotong) yang emak dia bekalkan ke sekolah hari - hari. Haha sengal.

Dulu kan I tak suka makan sotong, setiap kali emak hidangkan sotong I jerit - jerit mengamuk "Apa bagi makan pemadam niiiii!" sambil hentak - hentak kaki. Lepas itu abah bantai pakai batang ubi. (T__T) Padan muka. Tapi sejak berkahwin, I jadi suka pula dengan sotong sebab specialty suami dalam memasak adalah sotong goreng tepung yang rangup dan lembut! Nyamnyammmmmm!

Semalam mengidam nak makan, paksa suami masakkan. Nasib baik suami baik hati sudi memasak untuk I. Kalau takkkkk - I lari rumah. Haha. Confirm takde orang cari. Uh! (T__T)

Sedapnya kauuuuuu!
Ar liur melelehhh...

Haaa jangan tanya I resipi dia apa, sebab I tukang makan saja. Yang tukang masaknya suami. Haha. Tapi ni I dengan baik hatinya dah gugelkan untuk korang resipi ni,haaaa boleh cuba kat rumah untuk pujuk isteri / suami merajuk. It works for me! Haha! (=__=) "

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dgn backing powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung. 
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Senangkan?Haa pergilah buat. Lepas itu bagi I makan eh? (=__=)"

p/s : sengal, masa makan I tanya suami "Abang, kalau Adam makan sotong, nanti dia jadi sutun tak?" Suami bagi pandangan sinis yang mengerikan.

Read More»

Putus Sudah Kasih Sayang

Aduh. Putus cinta tu sakit eh?
I baru tahu.

Read More»

Gelinya Bila Isteri Kerasukan Mengidamkan Blueberry Cheese Tart

"Inilah kalau dapat isteri drama queen" I'm quoting my suami,okay. Haha. Nak buat macamana sayang, I memang drama queen yang melampau (T__T). Petang tadi lepas suami balik solat Jumaat I buat perangai yang terpaling annoying, hentak - hentak kepala sambil minta Blueberry Cheese Tart. Suami kata dia penat nak tidur, tapi I berguling - guling atas tanah sambil tarik - tarik rambut. Malas nak melayan isteri yang kerasukan, dia pun siap - siap "Haaa cepat, kata nak beli cheese tart" wooohooooooo!

Masih dalam mood annoying. Nasib baik suami tak tempeleng. Haha.

Terus menuju kedai Noy's di Batu Pahat. Siapa duduk di Batu Pahat, Kedai Noy's ni menjual Blueberry Cheese Tart yang terpaling sedappppp sedunia. Cheese dia gemuk - gemuk sampai melimpah - limpah cup. Lepas itu ia murah. RM0.60 saja, kalau beli banyak lagi murah. Selain buat cheese tart, Noy's juga buat kek yang sedaaaappp dan kuih - kuih raya yang sedaaaaappppp!

Beli 10 biji saja. Haha. Nyumnyum montelnya kau! Macam aku! Haha!
Kebetulan,satu batch Blueberry Cheese Tart baru siap bakar, so I dapat yang panas - panas! Sedap nak mati!

 Ini gambar sebelum.
 Ini gambar selepas.
 Sedappp! I makan sikit - sikit, suami makan sebiji terus sumbat dalam mulut. Dia kata dia gigit sikit - sikit dalam mulut. Apakah?? Sibuk nak kurus nak kurus tapi makan cheese tart hamboih hamboih sakan dan bergembira. Macamana nak kurus, you tell me? Baik,esok I jogging (dalam mimpi. Hehehh)

Lepas dapat Bleeberry Cheese Tart elok je mata rasa mengantuk terus tertidur sepanjang perjalanan balik. Gila ehh.. semata - mata pergi Batu Pahat untuk beli 10 ketul Bluberry Cheese Tart. Apa tak alang - alang kau beli je 100 ketul???

Dah. Bye.

Read More»

Mari Ramai - Ramai Dapatkan Buffered Earning Nuffnang!

Ceh tajuk entri macam bagus je. Baiklah, kalau nak menyampah silakanlah (T__T) Hari tu I ada cakap nak kongsi tips nak dapatkan buffered earning kan? Lepas tu kena kutuk sebab BE ciput pun nak cerita dekat blog. Manusia ni kejam kan? Bukan kat blog dia pun I war - warkan BE ciput I. Haha. Sedih.

Baiklah, sebab dah kena keji, jadi I tak jadilah nak berikan tips nak dapatkan BE hasil daripada cara I sendiri (walaupun mostly cara nak dapatkan BE pun sama semuanya) nanti kena keji lagi. Haha. Paranoid. Tapi tips ni I dapat dari blogger juga. Untuk mendapatkan tips tersebut, sila cium I sebanyak 5 kali. Haha. Tak tak, ini link blogger tersebut. Klik la kalau berani! Haha. [Klik]

Nanti dah dapat BE and dah kaya belanja I makan meggi goreng ya?
Syiling - syiling je earning Nuffnang I. Huuu
 p/s : Ceh ceh dulu siap kata ber-blog bukan untuk duit. Baru dapat 50sen dah gila kejar BE! Dasar mata duitan kau!

Read More»

Embun Nazura (Sampai Sekarang Aku Tak Tahu Why Must Embun?Why??)

 Adik dan kakak. Tudung pink tu adik. Eh.

Kau stress sangat ke sampai demam? Relaks lah babe. Chill. Aku tau kau boleh buat punya. Nanti kau masuk U,aku hantar kau naik kereta aku penuhkan dengan reben - reben pink.Aku pun dulu drop - out juga. Chayok chayok!

Bye,
Kakak kesayangan kau.

Read More»

Fitnah.

Ini pendek saja. Sebab I taknak cakap penjang berjela - jela lepas tu maki - maki. I kan dah besar. So I have to act like a grown up.

Pertama : Jangan fitnah perempuan baik (fitnah perempuan jahat pun jangan jugak tau!Dosa) Jangan fitnah orang tak bersalah hanya kerana dia comel dan lawa dari you.

Kedua : Jangan fitnah orang makan duit haram. Apa itu duit haram? Duit yang you dapat dari cara yang tak elok. Tak payah explain panjang - panjang eh? I emosi dan sangat - sangat tak boleh bersabar.

Ketiga : Kalau berhutang dengan kawan sila bayar. Contohnya Naddy , kau ada hutang aku 10sen kan?Jadi sila bayar *batuk*

Allah dah pesan, jangan buka aib orang. Jadi I taknak buka aib sesiapa kat sini. Tapi normal la manusia, bila dah kena tuduh macam - macam, mesti akan rasa geram.Mesti nak membalas - balik. Sabar, sabar... Sabar.

 Haa.. cedera teruk dia mulut kena kokot!

Read More»

Lelaki, Kalau Pun Kau Menangis, Takkan Hilang Kelelakian Mu.(Percayalah)

I benci lelaki yang kalau tengok orang menangis terus cakap "sikit - sikit nak nangis? sikit - sikit nak nangis!" Habis nak buat apa?Karang kalau mengamuk bawa parang takut pula kau! Lelaki (tak semua) selalu fikir kalau menangis tu tak macho, boleh buat diorang hilang separuh hensem. Gila betul. Macamlah kalau tak menangis tu kau boleh jadi hemsem. (peace no war)

I okay je kalau lelaki menangis. Tiada masalah. Tapi tengok keadaanlah. Jangan buat perangai jijik geli macam kalau lepas bercium tepi jalan dan menangis keharuan ke hape, yang ini memang nak kena ludah. Atau tiket Harry Potter : The Deathly Hallows Part 1 habis dijual terus kau menangis hentak - hentak kaki ke memang confirm kau kena hentak dengan batu - bata. Macam I cakap tadi, tengok keadaanlah. Seperti minta maaf time hari raya, atau selepas solat (ketika berdoa), atau terharu bila isteri pertama kali memasak. Eh.

Tadi sebelum I type entry ni, I tanya suami;

"Pa, kalau I tulis pasal you menangis kat blog, you marah tak?"

Suami jawab,
"Buat apa nak marah?Cuma menangis kegembiraan dan kesyukuran sebab isteri sendiri hebat dan selamat melahirkan Adam yang comel, bukan sebab apa pun..."

Ye. Suami I menangis pertama kali Adam dalam dakapan dia (T__T)

Dia tetap hemsem,kacak,macho,bergaya.

Sayang you,papa!


Read More»

I Buy And Blog. Silalah Maki. I Redha.

Ini kalau Kak Su baca ni mesti muntah belahak dia keji I ni (T__T) Mesti terus masuk dalam list manusia yang dibenci oleh Kak Su. Maafkan I Kak Su, I terpaksa. Wahh,muntah!

I suka Carlo Rino, it's a high end brand (confirm Kak Su maki) Cehceh. Taklah taklah, suka Carlo Rino sebab wedgesnya best sedunia. Comfy nak mati! Hari itu ada manusia baik hati beri I voucher kasih sayang bernilai RM200. Dia suruh I publish entry ni di blog. (Betulllll, tak tipu) Jadi inilah hasilnya. I suka wedges Carlo Rino yang lain sebenarnya. Metallic Orange stripey sandal, tapi warna tu dah habis. Tinggal hitam saja. Taknaklah hitam, macam Geng Gagak Hitam saja. Jadi beli wedges ini. Disebabkan I membership Carlo Rino, dapat beli wedges kedua dengan 50% less.

Selesa nak mati. Tapi kalau terjatuh memang nasib kaulah.
Hai, nama saya wedges diskaun!

Buat pemberi voucher misteri - Haaa I dah publish dah. Puas hati?Babai.

Read More»

Walaupun Cuma Turun 3kg, I Nak Berbangga Juga!

Berjaya turunkan size jeans dari 31 ke 29. Hinnsss Hinss (Kembang lubang hidung)
Bila I cut down pengambilan fries, eh serta - merta ketara perubahan fizikal. Cuba kalau lepas ni I cut down consumption of chocs, sweets and carbonated drinks, agak - agak Megan Fox menangis tak tengok? (T__T)

Dalam mimpilah.

Read More»

Boyfriend I Tak Sihat - Tak Bahagia Hidup I (T__T)

Huuuu redha betul bila Adam demam. Perangai dia bila demam kenapalah sebijik perangai I kalau demam (T__T) Merengek - rengek, selalu nak ada orang duduk usap - usap kepala dia. Susu taknak, tapi nanti melalak - lalak sebab lapar (eh sebijiknya perangai haku!) Nak kena sentiasa ada orang urut - urut badan dan kaki. Tapi part yang paling annoyingly sama dengan I adalah perangai diva yang sentiasa nak ada orang teman dan mendengar keluh - kesah tatkala sakit (T__T) Redha.. redha. Suami senyum saja. "Perangai siapa?" Ohohhhhhh perli I ye! Nanti kau!

Hai. Mama tampal cool - fever atas dahi saya. Saya nampak cool kan?
Demam pun tetap aktif lompat - lompat.
No picture please!
Doktor kata Adam demam biasa. Maybe sebab I bawa dia ke wedding cousin weekend lepas, orang ramai asyik dukung dia sana - sini. Rimassss maybe dengan orang ramai. Haha perasan artis oh Adam Irfan Xaharis! Tapi maybe jugak demam sebab nak besar eh sayang! 16hb Nov lepas genap Adam 4 bulan.

Photobucket

Sekarang dah pandai duduk dalam walker.
Nampak susut sikit badan Adam sejak dia demam ni. Menyusu pun kurang. Tapi bab nakal, macam biasa. Takde kurang. Hehe. Dah pandai duduk sendiri, and dah pandai duduk kat walker. Kalau letak kat walker lajuuuuu je dia jalan habis semua benda dia langgar. Alhamdulillah perkembangan Adam normal macam baby empat bulan yang lain, cuma kalau benda - benda yang melibatkan fizikal tu Adam macam tak takut sikit. Dia berani cuba sesuatu yang baru. I pulak yang takut tengok perangai dia. Hehe.
 
Lekas sembuh ya sayang, tak syok bila sayang mama ni demam. Nanti mama takde kawan nak kacau papa tidur siang. (=__=)"

Dah. Babai!

Read More»

Buffered Earning Lagi! (Pengsan Lagi!)

Rasanya macam baru hari itu je buat entry pasal dapat buffered earning pertama kali dan jakun. Menyampah je baca kan, dapat buffered earning kecil - kecilan riuh satu Malaysia. Kasihan. Tapi tetap bersyukur. Siapa nak bagi 25 sen secara tiba - tiba kan? Kalau mintak dengan orang tak dikenali eh ada harapan dapat penampar free.

Tadi update blog, tiba - tiba terperasan ada satu iklan menempek kai sidebar. Perhati je dengan suspiciousnya sebab iklan tu asyik kat situuuuu je taknak pergi.Iklan Nokia C3 LB. Dengan perasaan ghairah ingin tahu maka log in lah akaun Nuffnang, tengok earning tiba - tiba ehhhhhh!!!

Dapat buffered earning kedua! Wohohoooooo!
 Alhamdulillah! (: Syukur. Bukan senang blogger picisan macam I ni nak dapat buffered earning. Terima kasih Nuffnang! Rezeki anak, and mungkin juga rezeki selalu tolong kawan - kawan make up kan blog. Gembiranya I! Teruja Teruja!

Nanti I update cara - cara nak dapatkan buffered earning ya (: (cehhh geli betul, baru dapat buffered earning seketul dua dah nak buka tips.)

p/s : Benar suami kata, yang penting ikhlas (=__=)"


Read More»

Bertuah Saya Nikahi Awak,Suami! (:

I tak selalu bawa Adam outing. Sebab Adam super diva tahap dewa - dewa. Mengada sangat perangai dia. Ni mesti ikut perangai nenek dia (salahkan nenek tak pasal - pasal) Lepas tu Adam tak suka busuk. nanti dia menangis macam kena lempang. Geram! Tapi dia suka pergi wedding. Mengekek dia ketawa. Tak faham. Tapi tadi I dengan suami cuba bawa dia jalan - jalan. Saja nak bagi Adam biasa dengan orang. Bagi dia tidur lena - lena, susukan dia kenyang - kenyang dengan harapan dia akan menjadi sangat behave.

Betul punya behave ni. Sampai tak bagi papa pegang botol susu.
Mekanik kereta check tayar belakang cukup angin ke tak.
Wohhh dia jeling kauuuu! Tak kose mak!
Sewaktu ini papa mengesan sesuatu yang tidak elok sedang berlaku.
Anak bujang I yakyak! (T__T) Baiklah baiklah I redha I redha. Cepat - cepat cari nursing room. Papa dengan baik hati volunteer nak tukarkan lampin Adam. Eh mimpikah?Wuhuhuhuhu!

Baiklah I harus mengakui suami kelihatan lebih bersahaja menukar lampin berbanding I yang macam nak pergi berperang tiap kali tukar lampin Adam (T__T) Oooppp oooppp tutup mana - mana yang tak patut! (=__=)"
Eh panaskan susu pun kena posing eh pompuan?Annoying!
Suami kelihatan kacak ketika menukar lampin. Cium sikit! Eh!
Nursing room yang cantik seduniaaaaaaaaa!

Yeaaayyyy! Adam dah wangi! (=__=) Terima kasih suami sebab begitu pantas dan efisyen menukar lampin. Terus Adam tidur dengan nyenyaknya. Dapatlah mama bershopping dengan girangnya! Bertuah betul I dapat suami yang pandai masak, kacak dan pandai menukar lampin. Eh poyo. Babai!

p/s : Macam takde motif je post kau,Bunga!

Read More»

Bila Diterjah Paparazi Bertahap Kecil - Kecilan

Baiklah baiklah. Ini adalah survey dari Cik Dayu cantik jelita yang ditujukan khas untuk sahabat handai blogger beliau dan I telah terpilih secara kejamnya untuk menjawab soalan survey ni. Besarlah harapan kalau - kalau ada hadiah menanti dipenghujung rancangan. Eh. Baiklahhh! Mari kita mulakan menjawab soalannn! Hieeyahhh!

(1) Selalu bangun pagi pukul berapa?
6.30 pagi. Lepas solat subuh terus tidur balik (buruknya perangai kau!)

(2) Ramai kawan lelaki ke kawan perempuan?
Kawan perempuan. Kawan lelaki tiada. Skandal ramai la. Eh. Haha (T__T)

(3) Bila first time korang bercita?
Darjah satu. Nama beliau Suhaimi Mohamad (gatal tak?wakakak)

(4) Tau memasak tak?Masak apa?Paling superb yang korang tau masak.
Tak pandai memasak. Masak sekali je seumur hidup.Masak ini.(Ni kalau mertua baca ni masakkk aku ni!)

(5) Perkara paling lucu pernah belaku dalam hidup.
Adoi. Susah nak jawab sebab hari - hari pun ada perkara kelakar yang jadi. I kan badut sarkis. Kihkih.

(6) Perkara paling gila pernah korang buat.
Errr... kawin lari??

(7) Jawatan korang time sekolah menengah?
Pengawas - nerd. Presiden Pertina (Masa Form 6)

(8) Selalu keluar dengan member tak?Berapa kali sebulan.
Tak selalu. I dengan member - member I kan penyombong.Haha (T__T)

(9) Dengan kawan - kawan guna bahasa aku/saya/nama sendiri?
Beta.Hahahahaha!

(10) Perkara paling pantang yang korang paling tak suka?
MENIPU.

(11) If ada yang baru dikenali minta # phone?
Bagi je. I kan peramah.Haha.

(12) Dah berpunya ke belum?Berapa lama kenal dia?
Dah. Kenal dia dah 12 tahun lamanya.

(13) Bila ada duit je, korang suka beli apa?
Handbag.Kehkeh,

(14) Nama glamer korang time sekolah?
Jessica Simpson. Kehkeh. Eh tak tak... "Yat"

(15) Korang selalu habiskan kredit call/sms siapa?
Suami.Huhu.

(16) Sudah tercapaikan hajat korang?Citelah hajat apa.
Belum. Nak kurus macam Jessica Alba.

(17) Apa yang korang paling geli gila?
Katak / Cicak

(18) Pernah accident / injured teruk?
Nehi. Alhamdulillah.

(19) Perkara yang menarik minat korang sampai lupa dunia?
Blogging! Adoi!

(20) Perkara terakhir yang korang nak buat kat dunia ni?
Bertaubat (T__T)

Fuhh! Habis juga menjawab! Paparazi betul Cik dayu ni! Hahahaha!

Read More»

Apa?Buffered Earning? (Pengsan!)

First time I buat entry pasal nuffnang. Maklumlah pemalu sebab earning nuffnang ciput. Nak cash out pun kena tolak satu ringgit, tak cukup nak beli stok bedak pixy banyak - banyak (T__T) Banding dengan orang lain yang earning juta - juta, I ibarat melukut di tepi jamban.

tapi tadi macam dapat petunjuk Illahi pula nak log in ke akaun Nuffnang. Tiba - tiba.... I ternampak.... cicak bersekedudukan atas lampu dalam bilik I! Sibet kau!!! eh okay okay serious serious... I ternampak ini...!

Ini lagi merangsang dan mengujakan dari lihat cicak bersekedudukan weh!

Gila ah dapat buffered earning! Yayyy! Ini buffered earning yang pertama dalam hidup I. Jakun eh? (T__T) Kalau macam ni selalu boleh buat downpayment beli kereta sorong baru.wowwowwwowoooowwww! Terima kasih Nuffnang!!!  (Buat muka comel) Rezeki Adam (=__=)"

Kalau pendapatan I memberangsangkan selepas ini, I nak quit teaching and be a fulltime blogger macam Kak Red. Blogger tegar. Taknak makan taknak mandi. Berbloggggg sedunia!! *Gila*

p/s : Alhamdulillah (jangan lupa bersyukur,Bunga)

Read More»

Hai Nama Saya Beg Idaman!

Ahhh engkau kalau tak buat tajuk entry tak gedik memang tak sah kan?? (T__T) Masih ingat entry ini dimana I meroyan cari beg yang sebiji ataupun hampir sama dengan Cik Ketam ini?Haha memang berguna sungguh buat perangai meroyan sebab akan ada insan prihatin menghulurkan bantuan. Mulalah nak budget diri sendiri kesayangan ramai, kecintaan sedunia. Muntah,silakan.

Akhirnya, I bertemu juga dengan beg ala - ala beg idaman. (T__T) Terharu. Dengan harga yang sangat berpatutan, I mampu jua bergaya ranggi seperti muda - mudi masa kini.

 Fokus pada beg okay, bukan pada perut buncit tu! Korang ni!
Pose tunjuk buku tu penipuan hina semata - mata, sebenarnya I nak show off kan beg tu sebenarnya!
 I nak mengucapkan terima kasih dan kesayangan yang mendalam terhadap insan yang mulia berhati kesatria yang telah berjuang untuk mendapatkan beg idaman I ni. (T__T) Sob sob terharu sungguh. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali.

Hai nama saya Dada. Saya baik hati!
 Thanks babe. Aku dah tak meroyan lagi dah. tidur ku sudah lena (:

p/s : Hukum alam, kalau kita selalu susah hati sebab ada seribu orang yang bencikan kita, sebenarnya ada seribu orang juga yang sayangkan kita. It's a law of nature. God's words. (: So, chill!

Read More»

Pink Pink Dunia Remaja.Geli.

Orang kalau dah mengada - ngada, campaklah kemana - mana sekalipun dia akan jadi mengada - ngada. (T__T) Heyheyy silalah jealous wahai rakyat jelata ku sekelian, I dah ada handset murah warna pink! Haha! Siap malu - malu nak mengaku harga handset berapa RM sebab ia terlampau murah, maka gunakan statement artis "I taktau harga handset ni berapa sebab I menang hadiah dalam pertandingan teka kacang.." (=_=)" Tak baik tau.

Ini hadiah anniversary (hadiah ke bila paksa suami belikan? (T__T) ampun, sayang) Geli kan dah tua - tua pun suka kan pink. Habis warna orang tua apa?Hitam?Kelabu?Putih? Kecil hatinya! (T__T)

Rasa muda 5 tahun lah bila orang call "hello, I jawab call u dari Nokia C3 warna pink!" Eh rasa nak lempang!
Lepas itu siapkan segala kelengkapan nak make over blog orang. Bahan - bahan yang diperlukan adalah Lappy, selimut pink dan cokelat sebagai pelengkap jiwa muda. Gelinyaaaaaaaaaaaaa!

Orang tua berjiwa muda

Dah jangan kacau. Banyak blog nak kena make up ni. Hahahahaharunsalimbachik.

Read More»

Pengeras

Apa ingat Tok Bomoh saja ada pengeras?

p/s : Terima kasih Zafira Zaki (:

Read More»

Tips Menjadi Guru Yang Disayangi (Ehem)

Korang suka cikgu yang bagaimana? Yang garang? Yang cantik? Yang tak pernah merotan? Yang selalu masuk kelas? Yang selalu tuang kelas? Ke yang selalu makan roti canai time waktu sekolah? Oopss terlebih sudah! Bagi guru - guru diluar sana, pening kepala kan nak jadi cikgu yang disukai dan dicintai. Bila garang sangat murid - murid menyumpah, bila baik sangat murid - murid pijak kepala pula. (T__T) Baiklah untuk guru - guru diluar sana, berdasarkan 'law of attraction', I ada tips berguna untuk menjadi guru yang disayangi. Yayyy!

Tips #1 Jangan suka menghukum murid - murid secara fizikal
 Kalau mereka buat silap atau main - main dalam kelas, kau mengajar kat depan eh dia main kejar - kejar kat belakang kelas, ataupun kalau buat latihan dari 20 soalan salah 19 memanjang, maka jangan mendenda mereka seperti berlari keliling padang sampai pitam ke atau ketuk ketampi sampai cacat ke hape, tetapi sila berkata begini ;

"Haaa... siapa salah satu soalan kena belikan teacher gula - gula 3 biji. Kalau salah 5 soalan, maknanya kena belikan teacher berapa biji gula - gula?Ya! 15 biji!"

Secara tidak langsung, sambil belajar English, brush up juga Maths mereka. Dan hasilnya?Ini...


 Hambik! Sampai rongaklah I makan semua ni nanti!

Lollipop yang sedapppp sedunia!

 Bekalan di sekolah.
 Kamu salah berapa banyak haaa sampai bagi teacher cokolat besar???
I suka betul kaedah ini. Murid - murid bahagia, guru ceria! (=_=)' Mari guru - guru kita praktikkan kaedah ini, jadi tidak akan ada isu penderaan oleh guru - guru lagi (tapi ini dah macam kes 'pau' students pula)

Redha sajalah kalau gemuk pasal sibuk sangat nak menghabiskan semua gula - gula dan cokolat tu.
Dah. Babai.

Read More»

Susahnya Make Over Blog Lelaki!

Menyampahnya make - over blog lelaki adalah kerana mereka tak suka PINK! Kecil hati betul! Lepas itu sukar nak gembirakan mereka sebab mereka tak suka blinkies and all those glitter gif pictures. Susah! Susah! (T__T) oh minimalist betul makhluk bernama lelaki ni! Jadi bila skandal minta make - overkan blog I sangat susah hati. I tau skandal ni cerewet lah hape lah bagai... and skandal tak sukakan PINK!

So based on his request yang minta black and white sebagai tema blog beliau maka inilah hasilnya. Blog malam raya... Haha (T__T)

Seminima yang mungkin!
Mula - mula ingat nak bubuh reben - reben ke hape, nanti eh skandal tak suka pula... (T__T)

p/s : selamat hari raya Aidiladha buat semuaaaaaaaaaaa! (:

Read More»

Make Over Tercepat Sambil Tidurkan Adam. Gigih Sungguh!


Blog si cantik manis ini sengaja je I bubuh pink banyak banyak. Haha suka hati aku paksa orang suka warna kegemaran sendiri. Dia kata "tak kisahlah kakak, asalkan nampak muda remaja" Hah hambik! Colorful macam tadika.

Lawati blog beliau ya. Comel! Single lagi! (:

p/s : apasal header dia I buat comel tetapi header sendiri buruk???

Read More»

Hey Itu T-Shirt Kah Billboard?

Iyelah kalau dah baju you guys semua ada tulisan 'Saya sayang emak saya sebab emak saya comel sedunia' , atau 'Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab gatal' tak ke billboard namanya tu?Pernah kan nampak someone pakai T-shirt with a statement on it?That's what we called Statement T-Shirt (T__T) Gila popular statement T - shirt ni bila mana remaja - remaja jomblo masa kini amat suka menggayakan T-shirt ini ketika keluar berdating ataupun bersosial bersama teman - teman sepermainan. kadang - kadang annoying juga kalau terpaksa bazirkan 5 saat semata -mata nak baca apa yang tertulis di T - shirt mereka. Annoying, annoying! (siapa suruh baca??) Tapikan tapikan, I memang menggemari Statement T-shirt tauuuuu! (=__=)' (eh mengada buat muka comel)

 Ini contoh Statement T-shirt yang you guys HARUS TIDAK PAKAI! Diulangi HARUS TIDAK PAKAI!
Alaaaa comelnya mereka!

I juga sebenarnya penggemar statement T - shirt. Rasa mahu saja pakai T - shirt bertulis 'Saya Hot Saya Hot saya Terlebih Hot' Haha sewel! (T__T) Ada satu butik (dulu shopping di Dataran Pahlawan tetapi rupanya di Kluang Mall pun ada butik ini) nama butik tu Brand Outlet, ia baaaaaaaanyak sekali menjual statement T-shirt tahu! Rambang maataaaaaaaaa!!!

 Ceyyyy ni konon - konon nak pakai sedondonlah ni (T__T)
 Ini suami punya
Ini isteri punya
Tapi you guys jangan suka - suka pakai sembarangan saja. Tapis - tapislah apa yang mahu dipertontonkan dikhalayak ramai! Teringat masa Ramadhan 2 tahun lepas, pergi hantar ketupat rumah jiran sekampung, keluar - keluar je makcik tu dengan bangganya pakai baju hijau ada tulisan besar lagi nyah 'I AM A PORNSTAR' hadoiiiiii! Menangis! (T__T)

Read More»