Friday, November 19, 2010

Bila Diterjah Paparazi Bertahap Kecil - Kecilan

Baiklah baiklah. Ini adalah survey dari Cik Dayu cantik jelita yang ditujukan khas untuk sahabat handai blogger beliau dan I telah terpilih secara kejamnya untuk menjawab soalan survey ni. Besarlah harapan kalau - kalau ada hadiah menanti dipenghujung rancangan. Eh. Baiklahhh! Mari kita mulakan menjawab soalannn! Hieeyahhh!

(1) Selalu bangun pagi pukul berapa?
6.30 pagi. Lepas solat subuh terus tidur balik (buruknya perangai kau!)

(2) Ramai kawan lelaki ke kawan perempuan?
Kawan perempuan. Kawan lelaki tiada. Skandal ramai la. Eh. Haha (T__T)

(3) Bila first time korang bercita?
Darjah satu. Nama beliau Suhaimi Mohamad (gatal tak?wakakak)

(4) Tau memasak tak?Masak apa?Paling superb yang korang tau masak.
Tak pandai memasak. Masak sekali je seumur hidup.Masak ini.(Ni kalau mertua baca ni masakkk aku ni!)

(5) Perkara paling lucu pernah belaku dalam hidup.
Adoi. Susah nak jawab sebab hari - hari pun ada perkara kelakar yang jadi. I kan badut sarkis. Kihkih.

(6) Perkara paling gila pernah korang buat.
Errr... kawin lari??

(7) Jawatan korang time sekolah menengah?
Pengawas - nerd. Presiden Pertina (Masa Form 6)

(8) Selalu keluar dengan member tak?Berapa kali sebulan.
Tak selalu. I dengan member - member I kan penyombong.Haha (T__T)

(9) Dengan kawan - kawan guna bahasa aku/saya/nama sendiri?
Beta.Hahahahaha!

(10) Perkara paling pantang yang korang paling tak suka?
MENIPU.

(11) If ada yang baru dikenali minta # phone?
Bagi je. I kan peramah.Haha.

(12) Dah berpunya ke belum?Berapa lama kenal dia?
Dah. Kenal dia dah 12 tahun lamanya.

(13) Bila ada duit je, korang suka beli apa?
Handbag.Kehkeh,

(14) Nama glamer korang time sekolah?
Jessica Simpson. Kehkeh. Eh tak tak... "Yat"

(15) Korang selalu habiskan kredit call/sms siapa?
Suami.Huhu.

(16) Sudah tercapaikan hajat korang?Citelah hajat apa.
Belum. Nak kurus macam Jessica Alba.

(17) Apa yang korang paling geli gila?
Katak / Cicak

(18) Pernah accident / injured teruk?
Nehi. Alhamdulillah.

(19) Perkara yang menarik minat korang sampai lupa dunia?
Blogging! Adoi!

(20) Perkara terakhir yang korang nak buat kat dunia ni?
Bertaubat (T__T)

Fuhh! Habis juga menjawab! Paparazi betul Cik dayu ni! Hahahaha!

No comments :