Thursday, November 18, 2010

Hai Nama Saya Beg Idaman!

Ahhh engkau kalau tak buat tajuk entry tak gedik memang tak sah kan?? (T__T) Masih ingat entry ini dimana I meroyan cari beg yang sebiji ataupun hampir sama dengan Cik Ketam ini?Haha memang berguna sungguh buat perangai meroyan sebab akan ada insan prihatin menghulurkan bantuan. Mulalah nak budget diri sendiri kesayangan ramai, kecintaan sedunia. Muntah,silakan.

Akhirnya, I bertemu juga dengan beg ala - ala beg idaman. (T__T) Terharu. Dengan harga yang sangat berpatutan, I mampu jua bergaya ranggi seperti muda - mudi masa kini.

 Fokus pada beg okay, bukan pada perut buncit tu! Korang ni!
Pose tunjuk buku tu penipuan hina semata - mata, sebenarnya I nak show off kan beg tu sebenarnya!
 I nak mengucapkan terima kasih dan kesayangan yang mendalam terhadap insan yang mulia berhati kesatria yang telah berjuang untuk mendapatkan beg idaman I ni. (T__T) Sob sob terharu sungguh. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali.

Hai nama saya Dada. Saya baik hati!
 Thanks babe. Aku dah tak meroyan lagi dah. tidur ku sudah lena (:

p/s : Hukum alam, kalau kita selalu susah hati sebab ada seribu orang yang bencikan kita, sebenarnya ada seribu orang juga yang sayangkan kita. It's a law of nature. God's words. (: So, chill!