Saturday, November 27, 2010

Kau Takkan Menjadi Sutun Walaupun Menggemari Sotong.

I suka tengok Sutun 1, Sutun 2, Sutun Kembali Lagi. Semua pun best sebab I suka tengok pelakon Sutun tu, siapa eh nama dia? Allllaaa cerita budak lelaki comel yang masuk U then taram semua belongings dia warna pink tuuuu, ingat tak?Kalau tak ingat, sila ketuk kepala masing - masing dengan baldi. Budak lelaki tu suka sangattt dengan nasi goreng sutun (dia tak pandai sebut sotong) yang emak dia bekalkan ke sekolah hari - hari. Haha sengal.

Dulu kan I tak suka makan sotong, setiap kali emak hidangkan sotong I jerit - jerit mengamuk "Apa bagi makan pemadam niiiii!" sambil hentak - hentak kaki. Lepas itu abah bantai pakai batang ubi. (T__T) Padan muka. Tapi sejak berkahwin, I jadi suka pula dengan sotong sebab specialty suami dalam memasak adalah sotong goreng tepung yang rangup dan lembut! Nyamnyammmmmm!

Semalam mengidam nak makan, paksa suami masakkan. Nasib baik suami baik hati sudi memasak untuk I. Kalau takkkkk - I lari rumah. Haha. Confirm takde orang cari. Uh! (T__T)

Sedapnya kauuuuuu!
Ar liur melelehhh...

Haaa jangan tanya I resipi dia apa, sebab I tukang makan saja. Yang tukang masaknya suami. Haha. Tapi ni I dengan baik hatinya dah gugelkan untuk korang resipi ni,haaaa boleh cuba kat rumah untuk pujuk isteri / suami merajuk. It works for me! Haha! (=__=) "

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dgn backing powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung. 
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Senangkan?Haa pergilah buat. Lepas itu bagi I makan eh? (=__=)"

p/s : sengal, masa makan I tanya suami "Abang, kalau Adam makan sotong, nanti dia jadi sutun tak?" Suami bagi pandangan sinis yang mengerikan.

10 comments :

eliana_adnand said...

suke jugak sotong celup tepung ni.. slalu masak pakai tepung segera adabi tu je..
nt bole try yang ni plak..tq 4 sharing..hee~ :))

Liyana Lunia. said...

AWAKKKK masakkkan kitaaaa. AHAHA tak suka goreng sotong nanti minyak mercik mercik

Chooyaya! said...

1. jeles la ngan bunga pasal suami pandai masak. rujuk la edisi sazli masakkan untuk kaksu aritu masa wedding anniversary aritu. pukul 4 br lunch tau? grrrrr...

2. bunga cantik (harap tidak sembelit)

Cik Puan Bunga said...

eliana - wahhh rupanya ada yang lebih mudah??tepung adabi?sedap tak sedap tak?

Cik Puan Bunga said...

liyana lunia - haaaaa awak sudi datang blog kita? *pengsan*

Cik Puan Bunga said...

kak su - nasib baik dapat suami pandai masak *urut dada* kalau harapkan saya, hahahahahah ke lautttttttttttt!

nur easy said...

ooo sotong dah kembali ke? nak singgit nak singgit...;)

Cik Puan Bunga said...

mehmehmeh! haha!

❤❤ LiNdAuS ❤❤ said...

budak sutun tu belajo kt UM...
die dtg opis aku ngadu pasal x leh pakai wifi...
igt nk mintak autogerap..tp bos aku jeling2 plak..
die mmg pakai helmet & moto kaler pink...classs gitu...
muahahahhaa

Cik Puan Bunga said...

wehhh aku minat dia wehhhh! haha! comelllll jeppppppp! :)