Wednesday, November 24, 2010

Lelaki, Kalau Pun Kau Menangis, Takkan Hilang Kelelakian Mu.(Percayalah)

I benci lelaki yang kalau tengok orang menangis terus cakap "sikit - sikit nak nangis? sikit - sikit nak nangis!" Habis nak buat apa?Karang kalau mengamuk bawa parang takut pula kau! Lelaki (tak semua) selalu fikir kalau menangis tu tak macho, boleh buat diorang hilang separuh hensem. Gila betul. Macamlah kalau tak menangis tu kau boleh jadi hemsem. (peace no war)

I okay je kalau lelaki menangis. Tiada masalah. Tapi tengok keadaanlah. Jangan buat perangai jijik geli macam kalau lepas bercium tepi jalan dan menangis keharuan ke hape, yang ini memang nak kena ludah. Atau tiket Harry Potter : The Deathly Hallows Part 1 habis dijual terus kau menangis hentak - hentak kaki ke memang confirm kau kena hentak dengan batu - bata. Macam I cakap tadi, tengok keadaanlah. Seperti minta maaf time hari raya, atau selepas solat (ketika berdoa), atau terharu bila isteri pertama kali memasak. Eh.

Tadi sebelum I type entry ni, I tanya suami;

"Pa, kalau I tulis pasal you menangis kat blog, you marah tak?"

Suami jawab,
"Buat apa nak marah?Cuma menangis kegembiraan dan kesyukuran sebab isteri sendiri hebat dan selamat melahirkan Adam yang comel, bukan sebab apa pun..."

Ye. Suami I menangis pertama kali Adam dalam dakapan dia (T__T)

Dia tetap hemsem,kacak,macho,bergaya.

Sayang you,papa!

6 comments :

Puan D0T said...

yer.. x pernah tgk husbn nangis lagi..
=(
tapi pernah tgk abah menangis.. ohh..terus tersayat hati ni..

Cik Puan Bunga said...

pehhh kalau daddy yang menangis memang hati ku robek - robekkkkkkk!

**sHiKinn** said...

sy pun tak pernah tgk laling sy mnangis lg,wp dia sndiri tgk betapa sakitnya haku melahirkan dua owg anak utk dia..ehee..tp sy pernah tgk abah sy menangis..menangis sb tgk cite sinetron kt tv..heh..cite indon pun leh feeling2..hehhe.

cik puan bunga comel(ni saja rr ni sb takut kene sembelih..hahaha)tak..mmg awak comel pun..sygnya sy tak secomel awak..tp sy selalu berangan mau jadi comel mcm awak..

Cik Puan Bunga said...

hehehehe saya pulak tak pernah tgk daddy saya nangis, hati batu. suami saya bergenang air mata di matanya bila dia dukung adam. hihihi!

haa??comel???hehe mengikut arahan sungguh! :))) mummy shikin lagi la buat i jeles wehh anak dah 2 tapi kalah anak dara! ouchhhh!

nur easy said...

first tgk airmata en hb, masa dia azankan anak..alahai suami ;)

Cik Puan Bunga said...

sebakkkkkk :)