Tuesday, November 2, 2010

Tips Menjadi Mama Mithali

Apa? Ingat senang ke nak jadi mama tabah dan mithali? Ilmu kena penuh di dada selain kesabaran yang maksimum diperlukan supaya bayi anda tidak terbang melambung di udara. (T__T) Selain itu kerjasama suami juga penting supaya anda tidak hilang kawalan diri dan kewarasan!

Mari I ajarkan tips menjadi mama super sewaktu pertama kali membawa bayi anda ke shopping complex!

#1 Bekalan susu yang mencukupi (super duper penting)

Bagi ibu – ibu yang mempunyai bayi berperangai diva macam anak I (T__T) yang hanya mahukan susu panas fresh bancuh (untuk susu botol ye bukan susu badan) ini sangatlah mencabar kredibiliti anda sebagai ibu muda yang panas baran (hehehh) bekalan air panas hendaklah sentiasa mencukupi dan anda perlulah mempunyai kebolehan membancuh susu yang sangat pantas. Sentiasa berlatih membancuh susu dengan pantas dan catatkan rekod terbaik anda. Records are made to be broken!

 Ini akibat yang bakal kamu dapat kalau lambat sediakan susu. Bayi mengamuk! (Lepas mengamuk, sedap je dia tido!)
 Okey fine! Masih nak marah walaupun tengah tido!


#2 Stroller yang power – steering dan spacious

Sebelum membeli stroller untuk bayi anda, pandu ujinya terlebih dahulu. Pastikan kelancaran roda hadapan yang baik dan tidak melelong semasa pemanduan. Elakkan membeli stroller yang mempunyai hanya satu roda dihadapan kerana ia susah dipandu! (T__T) ya, ia stylo tetapi anda hanya akan membazir wang dan apabila sukar dipandu,akan akan menjadi marah dan kerasukan! Selain itu stroller yang mempunyai tempat meletakkan barang juga sangat penting ya! (hey come on la, mana nak sumbat diaper bag, plus hasil pen-shoppingan korang semuakan kan kan)

 Muka eksyen! Muka eksyen!
 Sangat pantang nampak kamera! (T__T)

#3 Kipas angin kecil mudah alih

Anda harus punya ini atau bayi anda mengamuk kepanasan sambil meraung – raung dan membuat ibu – ibu berhati panas. (T__T) malu tau bila bayi kamu menangis sekuat – kuat hati sambil orang ramai memandang kamu dengan pandangan sinis. (-__-)’


#4 Bekalan lampin pakai buang yang mencukupi

Ini semua orang pun tahu. Kalau bawa bayi berjalan tetapi tidak membawa lampin pakai buang secukupnya memang sengaja cari bala.


#5 Keperluan lain

Seperti tisu basah, sepasang baju spare (atau 2 pasang – ikut suka hati koranglah) bantal kecil, pacifier (untuk yang paci bayi anda), extra botol susu, selimut kecil, kain lap (kecil dan besar), bedak talcum, lotion badan bayi, minyak TYT atau minyak yuyi atau minyak apa – apalah, mykid bayi anda dan juga kad kesihatan bayi anda. Pastikan bayi mendapat tidur yang cukup sebelum outing, kalau tak nanti bayi akan meragam (T__T)

Phewww!~ First time I bawa Adam outing, macam nightmare bila dia menangis melalak – lalak sebab I lambat beri susu. Malu malu malu! (T__T) satu shopping complex tu suara dia saja. Setiap kali Adam start buat bunyi ekkk ekkkk nak merengek tu, dada I laju gila sebab suspense takut dia meraung macam kena pukul.Tapi seronok tahu, bawa bayi kamu keluar outing! (=_=)’ kira agak mencabarlah bagi I yang selama ini banyak bergantung pada emak untuk handle Adam. Nasib baik suami punya ilmu parenting lagi tahap dewa – dewa compared dengan I yang zero ni. Hahaha. Lain kali nak bawa Adam jalan – jalan lagi! Syok syok syokkkk! (^__^)”

 Okeh abaikan muka serabai I. Habis senget - benget tudung I di tarik - tarik. Terus nampak macam Makcik Gayah Potpet. Itu budak montel tu, dah puas mengamuk -ngamuk bagai, dia tidur dengan innocent nya. (T__T)

p/s : Ibu – ibu kalau ada tips mengawal / menghandle bayi semasa outing sila kongsikan dengan I ya! (^__^)

5 comments :

HudaBanny said...

aku xde apa tips nak share....sbb anak aku klu berjalan mmg x nak tido.....x nak duk dalam stroller...nak dukung tgk keliling...mata smpi bengkak pon dia x nak tido....masih mampu ketawa gila2 & senyum2 tgk org...tp masuk kereta, belum keluar parking, dia dh cari nenen & terus tidoooo.....smpi umah bru bangun...huhuhu

Miss Tasantek ~(@_@)~ said...

ko comel! :)

Miss Tasantek ~(@_@)~ said...

ko comel :)

Cik Puan Bunga said...

kenapa Adam suka throwing tantrums??? Kenapaaaa? Kenapaaa??? Perangai siapa dia ikuttttt! Huuuuuuu!~

Cik Puan Bunga said...

tasa - dik, nak sgt cakap aku comel sampai dua kali kau komen heh? comel betul nih! hahaha!