Monday, December 13, 2010

I Ingat Ada Stalker Ataupun Admirer Menaruh Hati Pada I!

I sedang melepak - lepak bersama suami menonton Ong Bak 3 bila tiba - tiba suami kata "Ehh macam ada bunyi kereta la kat luar..." Malaslah nak percaya cakap dia sebab kadang - kadang dia tipu saja nak suruh I bangun supaya space dia depan TV lebih besar. So I buat bodoh saja sambil pura - pura khusyuk tengok TV. "Ehhh betullah ada keretaaaa!" Terus dia buka pintu sambil buat ekspresi terkejut." Lina!!(panggilan manja I di rumah) ada cokelat banyak - banyak depan pintuuuu!" Terus I bangun dan menjadi kehairanan bila suami masuk dan bawa sebakul cokelat yang banyakkkk sedunia! Rumah jadi kacau bilau seketika sebab semua pun pelik siapa yang bagi cokelat, bila jengah ke luar rumah nampak kereta wira hitam berdesup pergi. Wahhhhh! Suspennyaaaaaa! I dah mula nak cemburulah mana tahu suami ada simpan kekasih gelap ke hape. Suami yang terlebih excited terus selongkar - selongkar. Semua orang tanya soalan yang sama "Ehhhh siapa beri ni???Siapa punyaaa! Nakkk Nakkkk!"

Kelabu mata I tengok cokelat banyak!
Tak lama lepas itu handphone I berbunyi Tuttttt Tuttttt! (ringing - cehhh bunyi klasik amat!) I pun sambil takut - takut terus buat suara ayu "Hello...." "Helloooo Yat kat mana?Yatttt betulkan rumah Yat warna hijau hujung sekali ada kereta Myvi merah dengan Savvy hitam??Torek ehh Kak As beri salam banyak kali tak dengar ke apa??Kak As suruh office boy Kak As hantar cokelat tapi dia tak tau sangat jalan area sana, terpaksa Kak As hantar sendiri!" Huwargggghhhh Kak Asssssss! Suspen sungguhhhhhhh! (T__T) Mati - mati I ingat siapalah yang hantar cokelat kat I! Terharu betul Kak As!Apa sangatlah yang I buat tak semenggahnya nak dibandingkan dengan cokelat yang sebakul ni. Thanks Kak As! (=__=)"
Ada teddybear comel! Sukaaaaaaa!!

Terima kasih sekali lagi Kak As. Demi cokelat sebakul tu, I lupakan plan diet I untuk hari ini. Mari kekah cokelattttttttttttt! (siap ada yogurt okayyyyy!)

p/s : Pergi sini untuk sekodeng Kak As. Dah Babai!

4 comments :

Liyana Lunia. said...

AWAKKKK KITA NAK JUGA :(

nur easy said...

wah wah best betul nih..;)

Cik Puan Bunga said...

Liyana Lunia demi awak yang comel dan dikasihi, I sanggup beri semua untuk awak! :D

Cik Puan Bunga said...

Easy best seduniaaaaa! :)