Monday, December 27, 2010

Kasihan Kulit I! Penuh Dengan Kimia Rupanya!

Sejak last week kulit muka I terukkkk sangat. Merah - merah. Bintik - bintik. Kalau terserempak I malam - malam mesti semua akan lari sebab ingatkan I adalah hantu Kak Limah yang balik rumah. Makin lama makin menjadi kemerahan kulit muka I. Memanglah I gabra tapi cuba berlagak cool sebab I rasa takde pape kot maybe sebab cuaca ke hape kan. So buat tau tahu saja. Tapi lately makin menjadi - jadi. Dah macam Yoda pula muka I. Euwwwww!~ (T__T) Tapi belum gabra lagi sebab kalau I keluar rumah je I mesti tepek BB cream lantas menjadi jelita semula kulit I yang macam Yoda tadi tu.

Tadi suami ajak I pergi buat skin check up. Dia risau sebab dia kata kulit muka I bertambah tipis, nampak urat - urat.Makin merah pula pipi macam baru lepas kena penampar. Tadi pergi check kulit di Adonis. Malas nak bagitahu, pergi google sendiri Adonis ialah apa.Tsk okaylah okaylah, Adonis tu macam beauty academy, dia ada beauty parlour di BP Mall. Nak tahu? Beauty consultant Adonis beritahu muka I penuhhhhhh dengan chemical substances yang semakin hari menghilangkan keupayaan kulit I untuk renew dengan secara semulajadi, mengakibatkan kulit menjadi super duper sensitif, berjerawat dan penuh dengan sebum. Tambahan pula (ceh ayat macam dalam berita) tindakan I yang suka memakai BB cream (hayoooo siapa suka pakai BB cream sila ambil perhatian) jika tidak dibersihkan secara mendalam (sebab BB cream adalah foundation + concealer) akan menyebabkan pores tersumbat, bengkak, memerah dan pop out as a pimple. Takut tak? I dah takut sambil gigil - gigil tau! Selama ni bergembira pakai produk macam - macam rupa - rupanya kulit muka I ibarat kolam kumbahan bahan kimia. Takutttttttttttt!

Beauty consultant Adonis menasihatkan I menjalani treatment sambil menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi dan beliau mencadangkan Skin Food kepada I. Apa itu Skin Food? Sila google sendiri. I malas nak cari. Wahaha. Kalau nak pakai produk Adonis pun boleh tapi mak datuk bapak jiran kau punya mahal haku mana ada duit dohhhh! Nasib baik BP Mall ada Skin Food, terus heret suami pergi kedai dia. Hampir setengah jam pot pet pot pet dengan beautician di Skin Food maka inilah produk yang sesuai untuk digunakan untuk mereka - mereka yang mempunyai masalah kulit yang nakal taknak jadi flawless asyik nak tumbuh jerawat dan blemishes saja.

Stylo betul paper beg dia.
Toner
Cleanser
Serum bukan seram eh.
Make up remover. Penting untuk pemakai BB. Penting! Sebab ia membersih secara mendalam dan membabi buta.
Mask + Scrub
Almost complete set (for trouble skin)
Percuma diary. Comel je diary.
Skin Food ni produk dia semua dibuat menggunakan sayur - sayuran. Comel je bau - bauan produk dia, bau oren la, limau mandarin la, toner dia bau Parsley. Comel! Terus rasa macam kau lumur sayuran di muka sendiri. Jangan risau, harga berpatutan lepas tu banyak range skin care yang ada, all type of skin. dari normal to dry to very dry to trouble. Dia juga ada make ups and beauty accessories  macam nail polisher lah, nail sticker lah. Macam - macam. Packaging produk - produk dia pula very the earthly. Suka! Ohh ya Skin Food ni produk made in Korea so bolehlah perasan macam kau artis Korea sekejap. (T__T) Jutaan terima kasih kepada suami sebab telah meranapkan wang anda untuk isteri mu di sini. Sayang sampai lebam. Muahhhmuahhhh! I janji tak jahat selama seminggu!

Alang - alang dah belanja, I request satu lagi benda dari dia. Clinique punya moisturizer yang sumpah best macam fairygod mother yang penuh dengan keajaiban. It rejuvenates your skin from inside out lepas tu ia sangatttttt moist tapi tak melekit sebab ia water based. Dulu pakai ni tapi sebab ia mahal maka tak selalu mampu beli. (T__T) Kalau malam sebelum tidur pakai moisturizer ni, bila bangun pagi terasa macam ehhh sucinya mukaku! Sumpah ia sangat best! Yeahhhhh! Dapat satu!
Hai nama saya hebat!
Wuwuuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuw!

sampai je rumah I terus kumpulkan produk - produk I yang I pakai, kumpulkan dalam beg plastik then terus simpan dalam almari. Nak buang sayang, so simpan. Biar I tak nampak. Suami tak habis membebel bla bla bla okaylaaahhhhh I surrender lepas ini takkan sentuh lagi semua bahan yang berkimia. Janji pengakap. Semoga kulit I jadi sihat semula lepas ni. (T___T) Dah serik dah ni. Terima kasih, suami. Perempuan memang macam ni, nak cantik semuaaaaa pun sanggup sampai tak kisah soal bahaya atau tak. Bersyukur sebab cepat tersedar. (T__T)

Dah. Babai!

33 comments :

Jini said...

huhu.. kesian kak bunga.. muka jini pn ala2 muka kak bunga la kot. sbb tu masa akak suh jini pakai shadira mmg jini xpakai2 sampai skang..

hari tu ada g klinik. pakai ubat doctor bg je skang.. mmg takut dh nk try benda lain..

brapa hengget mlayang satu set skin food kak bunga? hehe.. mana tau leh try ke.. thehehe..

ynadona said...

uih pakai ape produk sampei kulit menghakis camtu?share la sng nak avoid.no no no.jgn pakai produk camtu again.nanti kulit cepat radang plus xle kena matahari.pedih2.tengs god sebab cepat detect the problem tuh...

p/s:kenapakah entri ni same macam entry di draf sayeeeee???

Chooyaya! said...

krim BB tu apa? maaflah kaksu kurang tau. kaksu cuma pakai

1. lotion bebi jonsen merah jambu as pelembap

2. krim safi

3. bedak bayi

dah. tu jerk. yang lain semua barang mekap. simple dan hina kan? itulah dr zaman baru mamaiyis smpi la tua bangka ni.

btw, skin food mmg bagus. kumpul stem nanti dpt barang free. jgn lupa krim leher untuk nampak leher gebus dan jugak lotion tangan dia. mmg bagus! (taknak kalah konon beli skinfood jugak)

Cik Puan Bunga said...

Jini - phewwww tak pakai pun takpe, kesannya di hari muka. adoiiii lahhhhh!~ tadi semua RM190++. itu sebab akak borong barang dia, nak ikutkan set regime dia pencuci, toner and pelembab je.. :)

Cik Puan Bunga said...

yna - SHADIRA. adoiiiii menyesallll kulit memang cantik tetapi semakin lama semakin nipis. eiiii takutnya bila fikir2 semula. Ahhh semualah produk kecantikan yang ada jangan pakai lah, maybe sekarang lawa tak nampak pape tapi seksok.. hadoiiiiiiii!

p/s : sehati sejiwa memanglah pemikiran pun ala ala sama. huhuhuhu!~

Cik Puan Bunga said...

Kak Su - BB cream tu adalah blemish balm cream. sekarang ni ngah hot meletup letup sebab kalau pki mmg sumpah muka jadi gebu tak hingat! waaa baguslah kak su pakai barangan baby, budget babylah ye?hahahaha! akak pun pki skin food eh?? saya dah ada 9 setem! wihihihihi!~

ynadona said...

takut terus nak publish.kang kena cakap cakap peng-copycat pastu kipas susah mati kakak bunga repot cakap ape lak....muahahhahahaha!

-[DeeYA]- said...

babe,kalo set regime skin food saja berapa hengget?
aku penah survey2 kt skin food tu.produk2 dia mcm best2 je.
owh,ko check kulit kt adonis kena byr kah?

Miss Tasantek said...

erm...dulu time aku serumah dengan sorang akak tu kan, die ade advice jangan tukar2 produk at least bertahan dengan produk yg kita pakai tu kalau nak tengok kesannya,
setahun tak boleh lebih 2x..
sebab skin kita ni dapat input dari bahan2 chemical ni dan bertindak dalam jangka masa panjang...
so bila ko tukar produk tu, die akan bercampur dengan produk lain dan kesannya, muka kau jadi lah kolam tapisan chemical :)
aku guna safi balqis dah 5 years...
and bedak baby sebagai loose powder,
beserta minyak zaitun ginvera sebagai penanggal mekap :)

Cik Puan Bunga said...

yna hekelehhhhh amenda tahhh! akak takde kipas susah mati hahah dun worry laaaa... ala publish jerlah wehhh... sharing is caring!

Cik Puan Bunga said...

Tika kalau regime (basic) saja dalam around RM120 gitu... tak mahal... ok la dalam budget... oh Adonis free saja... tak bayar! (:

Cik Puan Bunga said...

Tasa kau tak menggemari seafood sgt kan?thats y kulit kau takde masalah. aku seafood sgt hardcore... hahahahaha!

Jini said...

kak bunga, nnti sila la testimonikan produk ni lepas dua minggu.. hehe..

semoga cpt2 sembuh ye. jgn lupa amik gmbr before n apterrrnya..

Cik Puan Bunga said...

Ok jini sayang! (: nanti ingatkan akak yang dah tua dan pelupa ni yaaaa! (:

Cik Nadia Bayu said...

bb cream tu byk jenis kan. pk yang mane eh. try google cam byk jenis je. sblm ni tak penah tau. huhu. cam teringin lah nak try. haha. pastu cuci muka btl2. bley ehh?

Cik Puan Bunga said...

Nadia Bayu - mana2 BB cream pun xper, BB cream skinfood pun best dengar katanya, I pakai BB cream korea (cehhh) haaa boleh je nak pakai tapi kena cuci betul2, gunakan make up remover atau minyak johnson ke hape sebab BB cream mmg coverage dia sgt mendalam. kena cuci betul2. tapi hasilnya, MEMUKAU! (:

Cik Nadia Bayu said...

oh ok. u still pk bb cream tu eh. mane bli bb cream dr korea tu? sori ah i byk tanye. siyes sgt berminat ni. hehe. maseh cik puan bunga ;)

Cik Puan Bunga said...

Nadia beli kat sini ;

http://darcyandjones.blogspot.com/search/label/BB Cream

haa I pakai lagi sebab ia sangat bagussssss! (: tapi ingat! lepas pakai cuci muka bersih2!

woot-woot said...

alamak,adakah ini entry promote barangan xDD


nanti saya nak try jugak la kak..tapi kak belanje..hehe


melukis komik itu haram ?!##
perokok pon nak bela palestin ?!erk##
hina seorang pendosa,boleh ke?##
sape kata kt malaysia takde penguin?ade lah !

Cik Puan Bunga said...

@woot-wootHahahahaha wehhh bukan promotelahhh! infooo infoooo! haha!

Reen Tart Nenas said...

baru tau bb cream tu ape. ekekeke

Cik Puan Bunga said...

@Reen Tart NenasHihi (:

Amanda Musa said...

akak pakai lagi ke Skin food?nak sy belikan?sebab insyallh saya nk g korea.so harga murah la sikit berbanding malaysia. :)
http://thefunnjoy.blogspot.com

NurAlamSyah said...

@Cik Puan Bunga

BB cream skinfood sgt best! siap de sponge lg kt penutup tu..very da like oke! ^_^

Anonymous said...

akak..sy nk tnye,...skin food tu ade x kt sekitar kelntn...cr kt google tp xkuar..adonis tu pn ade x kt klntn??nk cek prcme je kn?sy nk tau knpe mke sy merh sbb sy gne prdk smljd je...huu..tp ade tclap pkai nuteen lme then lpas bsuh muke jd merh n kt hdg jd luka..skg tgh nk hlgkn part kt hidung gne bio oil..huk2...tkut la .tkut kua kne mthr nt pipi jd merh2....ummm..kak comel tlg...:(

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSkin food eh? Rasanya ada kot. Haha. Kalau awak tak jumpa Adonis kat Kelantan pun, awak pegi je mana mana skin treatment center, dia boleh check muka kita insyaallah :)

anonymous said...

Nak tanya kalau pipi dah nampak urat tu boleh sembuh balik tak?

anonymous said...

Nak tanya kalau pipi dah nampak urat tu boleh sembuh balik tak?

Anonymous said...

Produk ni halal ke

Nurfatin Liyana said...

kulit saya pun ada urat-urat merah jugak skin, mungkin sebab dari zaman sekolah suka tukar-tukar produk yg high chemical contents.. skrg ni pakai produk yg less chemical + consume supplements utk buang segala toksin2 dan chemical berbahaya tu.. huhu.. hopefully your skin getting better, amin...

Anonymous said...

Kak bunga..prnh try clinique one set x?

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousPernah. Tapi it's a big NO NO! :D

nurul nuqman said...

Agak2 berapa eh harga produk skin food? Huhu.halal ke sis?