Thursday, December 30, 2010

Mari Menghias Kamar Tidur Sebagai Tempat Dating Paling Efisyen! Yieha!

Banyak - banyak part dalam rumah, I terpaling suka bilik tidur. Wiwittt wiwiitttt! Heheh. Boleh golek - golek, tonggeng - tonggeng, bermalas - malasan ibarat Garfield kekenyangan. Tsk. Syurga dunialah! Bila mood mengemas datang, maka aura Eric Leong pun merasuk. Tapi duit pula takde nak make over bilik jadi macam hotel lapan ratus bintang. Jadi, apakah penyelesaiannya?Gunakan Harpic! Eh! Siapa nak tengok gambarajah bilik tidur I sebelum di make over sila klik sini.

Kita kena bijak menggunakan otak kanan (otak kreatif) duit tiada, tak bermakna kita tidak boleh meneruskan cita - cita kita, okay. Semua kena buat muka penuh bersemangat sambil genggam tangan kanan. Angguk kan kepala sambil sebut 'emph!' (macam cerita Jepun/Korea) Sempena birthday suami hari ini, I pun macam jadi rajin sikitlah nak make over bilik menjadi lebih ceria dan bergaya. Baiklah, I sertakan kat sini tips untuk mengubah suai bilik tidur menjadi lebih anggun bergaya menggunakan barang - barang termurah dan sedia ada! Yang penting ia cantikkkk sedunia! (=__=)"

Tips #1 Cari barang yang murah tetapi seakan - akan benda yang mahal!

Contohnya background katil I tu. Rasa - rasa you guys berapa harga dia? Kalau beli kat kedai yang high class, mesti lah mahal. Cuba beli kat Carrefour, mestilah ia berharga RM29 sahaja. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia murah. Kelihatan mewah dan memukau! (=__=)" Dah tau takde duit janganlah ngengada nak shopping kat IKEA lah hapelah!

Phewiit! Puas pusing - pusing satu Batu Pahat cari backdrop macam ni. Rupanya kat Carrefour berlambak! (T__T)

Tips #2 Gunakan barang sedia ada untuk menghias bilik anda

Cinonot sebagai contoh terdekat dan kotak diapers anak sedara. Cinonot kelihatan amat kacak sekali dipadankan dengan kotak diapers yang kalau nak diikutkan memang layak duduk kat stor saja. Tetapi berbekalkan kreativiti semulajadi, mereka berdua kelihatan anggun dan serasi bersama duduk dibawah dressing table bilik I. Mereka kelihatan comel, bukan?Syabas diri sendiri!

You guys boleh je letak teddybear yang ada, then improvise sikit - sikit bagi comel. Korangkan kreatif! Yeah!
Strawhat ni biasa - biasa je kan? Macam topi sayur apek pun ada rupa juga. Tapi cuba letakkan strawhat ni ditempat strategik macam kat penyangkut kot ke, kepala katil ke, meja study ke, in my case, I letakkan kat cermin dressing table. Nampak stylo gitu. Wakakaka.


Tips #3 Susun aturkan barang - barang dalam bilik tidur secara selari (kalau bilik tidur kecil)

Sebab, ia akan bagi effect luas kepada bilik you guys. Misi kita nak cut cost kan?Karang I suruh tukar cat karang kena keji pula, so kita susun atur je barang - barang bagi selari dengan kepala katil. Nanti bilik nampak lagi luas walaupun backdrop nampak macam serabut hokehh kan kan?

Tengok. Semua I susun selari.
Nampak luas. Sebenarnya bilik ni sekangkang kera je (T__T)
Eh kantoi pula ada weighing scale kat situ. Gemuk manalah yang obses timbang berat selalu nih! Haih!
Karpet sekerat beli kat Mydin RM8.90 sekeping. Nak nampak panjang, beli 2. Kan panjang. Wahaha!
Serabut sikit. Tapi I suka. Tidur malam mimpi mesti indah!

Tadaaaaa! Hasilnya. Alhamdulillah. Suami suka. Bilik tidur penting untuk menjana emosi. Ewahhh. Yang penting jangan sepah - sepahlah. Jangan terabur - teraburkan barang. Jangan kat luar saja dress  - up lawa nak mati tapi bilik tidur macam bilik hantu Kak Limah. No no no! (=__=) Benda kalau kemas, semua pun nampak cantik. Kan kan kan? (ceh budget bilik tidur sendiri macam bagus!) Wahhhh! Terus rasa macam bilik sendiri adalah bilik hotel lima juta bintang! Wuwuwuwuwuw!

Dah. Babai!

9 comments :

sya amran said...

i loikee!!
kem salam cinonot yep..hehehe

^nanie^ said...

sis,santeknye bilik sis!creative oh..;-)

Cik Puan Bunga said...

sya amran - yeahh! cinonot tu memang gatal. lagi2 pompuan yg kem salam. hehe!

Cik Puan Bunga said...

Nanie thanks! kreatif?hahahahaha! muntah darah kalau eric leong tengok!

nn said...

cantiknyaaa bilik cik puan bunga! backdrop tu macam backdrop pelamin trend zaman sekarang. wow! hehe

Cik Puan Bunga said...

Aahhh sebab nampak backdrop kat pelaminlah akak pg cari bckdrop mcm tu! hahahah!jumpa jugakkk! (:

Amalin Naquiah said...

cantik yg teramat!!jeles tau I tngk..oh ya,jgn lpe jdi follower sye balik!!

**sHiKinn** said...

kemas sgt bilik tido kamu..adeh..kalo sy dpt mcm ni,mesti tdo tak bangun2..hahhaha...sy suka sepah2 brg..pastu tak suka kemas??hah sape nk jawab tuh...

Cik Puan Bunga said...

Shikiin - aah memang suka kemas tempat tido... poyo jek! hahahahaha! haha perangai macam anak - anak sia! suka sepah - sepah! HUHU!