Friday, December 31, 2010

Mari Sini Kau 2011 - Ok 2010 Kau Boleh Blah! Heehee!

Macamana I nak sum-up kan 2010 eh? Tahun yang best? (sebab dapat Adam comel) Tahun yang pailang (sebab shits happened recently) Tahun yang emosi? Susah nak mengkategorikan tahun 2010 ni tahun yang macamana. Yeah, orang hebat jangan cepat mengaku kalah! Rasa diri sendiri hebatlah sebab dah berjaya mengharungi tahun 2010 dengan cool kentangnya. 

Tahun 2010 lah I jadi gemuk.
Tahun 2010 lah I jadi mama.
Tahun 2010 lah I kenal siapa kawan sebenar.
Tahun 2010 lah I tahu yang family is precious.

New year resolutions? Gila ah tak fikir lagi pulak azam tahun baru apa??!

I nak jadi manusia yang lebih baik. Turunkan berat badan yang dah macam badak air ni, memasak untuk suami sepenuh masa (muntah), jaga solat dengan sempurna, bayar puasa yang sebulan tu!(adoiii) and menyimpan untuk masa depan.

Bloggers, kalau ada salah silap harap diampunkan ye! (=__=)" (ceh dah macam hari raya pulak!)

2 comments :

Qaseh dalia adelia said...

selamat tahun baru ye sis...semoga comel2 sokmo hehe..n hidup pinkkk awww

Cik Puan Bunga said...

Thanks qaseh! you too ya may have a blast! (: