Friday, December 31, 2010

Mesyuarat Adalah Perkara Yang Paling I Sukaaaaaa Lah Sangat!

Okay semua orang sekarang kena mengaku yang kalau meeting memang bukan perkara yang digemari. Siapa taknak mengaku nanti kena sembelit! Ha mengaku sekarang! Okay fine kalau kita tanya menteri pun pergi meeting bukanlah masuk dalam senarai perkara yang disukai. Meeting bosan. Okay meeting bosan! (Dah tak payah ulang dua kali semata-mata nak emphasize disitu kebosanan bermeeting!)

Pergi meeting guru tingkatan dengan perasaan yang selebet sebab masih tak dapat terima kenyataan yang cuti sekolah dah habis. Meeting pula pukul 12 tengahari oh memang bagus sangat – sangatlah! Bijak betul yang pilih waktu tengahari sedap – sedap tidur ni!

Nampak sangat muka bosan nak tidur.Bukan I tapi tuuu tuuu yang sebelah tu! Haha!
Nasib baik ada rakan sekerja yang sudi menjadi bahan permainan menghiburkan hati rakan – rakan sekerja yang lain! Mari kita main kawen – kawen eh main solek – solek! Yayy! Mangsa of course lah rakan sekerja yang paling lemah dan mudah dibuli!

 Kesian I tengok kakak ni sorok - sorok nak pakai shawl. Mehlah I pakaikan! Kita kena kasihkan warga tua.
 Tadaaaa! Dah lawa! Wiwitttt wiiwwitttt Yunoooo!

Potpetpotpet cikgu kat depan bagi instructions bla bla bla yang kami kat belakang buka beauty parlour! Nak lagi best Kak Sally bawa Coolblog cokolat yang sedap seduniaaaaa! So sambil gosip – gosip teguk coolblog dikala tengahari yang panas dan terik! Ok dah dah jangan nak mengkeji I cikgu yang tak berdedikasilah hapelah, walaupun sakan bergosip kat belakang informasi semua ada simpan dalam otak okay! I kan cikgu berkebolehan, mestilah kena jadi all-rounded and multi-tasker! Haha menyampah je baca.

 Mel muka gembira dapat coolblog!
 Apa peace peace?Nak lempang?
Ouhhh next week dah kena naik sekolah! Syoknya I!Tak sabar sangat – sangat ni! Walaupun kena mengajar noon session Insyaallah itu semua takkan jadi halangan untuk I menjadi yang terbaik. Terbaik dari segi negatif ke positif ke tak tahulah okay! (T__T) Tapi insyaallah, I takkan mengaku kalah. Yeahhhhh! No turning back babe, no turning back! Ok dah jangan emosi!Well, hello 2011! Wish that days ahead are full of glorious and prosperous along my way! Yiehaaaaa!

 Apa?Tak cukup annoying?
 Nah lagi sebiji!

Selamat tahun baru 2011 untuk semua pengunjung setia Geek In The Pink! I heart you guys! (=__=)

6 comments :

Jini said...

xdek apa pun muka kak bunga.. jini tgk plg ok je.. hehe..
mabelesss!! plawless!! cantikkkknesss!!

Cik Puan Bunga said...

Jini sila tengok dibahagian dagu... huuuuu!

fiza_sensei said...

same la kite. meeting gak td. kul 8-12.30 sambung 2-4. seb baik ada mkn. hahaha. kite pun afternoon session :)

Cik Puan Bunga said...

Makan - makan best heh?hahahaha! I pun sukeeee makan - makan! (:

Jini said...

takde apa pun kak bunga.. hehe.. ok laaa! cantik huuu! i jeles!

Cik Puan Bunga said...

Jini memerlukan kaca mata! Hahahaha!