Thursday, December 23, 2010

Terima Kasih Daun Keladi. Lain Kali Hantarlah Lagi.Ewahh!

Kita mulakan entry hari ini dengan entry yang diberi nama 'Entry Senang Hati Saja Nak Buat Orang Dengki'. Dah jangan nak komen kenapa letak nama entry macam itu. Tumpukan perhatian kepada topik yang mahu dibincangkan. Semalam dalam pukul 8malam selamat sampai rumah selepas bercuti konon - konon selama hampir 5 hari. Kereta compact telah menjadi lori pengangkut barang yang terkemuka diabad ini. Mintak maaflah Mak Long kereta kau dah macam hape dah sendat dengan barang - barang hasil tangkapan sepanjang percutian. Adam pun sampai dah tak nampak muka dah tertimbus dengan kain - kain rembatan di Jalan Tar. (T__T)

Sampai je kat rumah, eh surat berlonggok atas sofa dan ada satu yang mencuri perhatian sebab ia besar dan kelihatan lebih menyerlah berbanding yang lain - lain (nampak kepentingan parcel ini. Ia glowing kerana mengandungi sesuatu yang best sedunia!) Terus rakus capai parcel dan koyak kan pembalut dengan gigi taring berkuasa turbo. Dan tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Dari Nonie Suhaily rupanya!
Janji manismu eh?? (T__T)
Tak sangka cokelat kau lain macam bentuknya.

Memang hari - hari I tunggu uncle posmen datang singgah rumah I tapi hampa. Penat  I sampai tertido - tido kena gigit dengan kerengga. Cantiknya kain ni, Nonie. Apa nama dia?Viscose eh? I kan sengal nama kain taktau. (T__T) Nonie thanks tau, melampau - lampaulah kau bagi kain ni, rasa dimanjai pula. Mengada eh?Lempang.Terus paksa emak jahitkan sebab nanti naik sekolah nak pakai! Yayyyyy! Cantik tak eh orang gemuk pakai baju viscose? Ke nampak macam hina keji?Dah dah kalau jawapan negatif tak payah nak bagitahu nanti ada hati yang terluka.

Dah. Babai.

p/s: Lepas ini update kisah percutian haru biru yang kecohhhh sedunia.

4 comments :

Naiz's Gerobok said...

heheh..aku risau je tak sampai cz anta barang dalam pos express yang hanya leh hantar dokumen..hehhehe...
tu name die swiss cotton...
hope ko suke.. =)

~ SueHarriz ~ said...

NONI..NAK JUGAAKKKK..hahaha eh eh puan yatt. gemuk ke punnn...hahaaaa gebu oke, bukan GEMUK. laff u!

Cik Puan Bunga said...

Noni aku suka! aku suka! aku suka! (:

Cik Puan Bunga said...

Sue jom sue kita diet yok yok yok!