Sunday, December 26, 2010

Yes! I Looooveeee Pink And I Looovvvvee Animals!

Kecuali cicak dengan katak serta anjing. Off you go! Hey I sayang binatang tahu tak? Especially yang berbulu - bulu olohlooooo comelnyaaaaa! Kucing paling terpaling disayangi. Rumah I ada 4 ekor kucing yang hebat. Tanum, Pupin (nama sebenar Upin Ipin), Al-Bebeng and BlackBlack. Lepas tu ada ayam, ikan puyu, biawak, tenggiling, lotong, monyet, tupai, dan haiwan paling istimewa di rumah I adalah khinzir. Yaa khinzir. Hey jangan double standard kan I sebab sebagai pencinta binatang yang totally unbiased, I kena welcomed semua binatang berkongsi kebahagiaan serta kasih sayang. Ok laaa ok laaaa, dah dah jangan buat spekulasi. Well, dah namanya duduk kat kampung kan, normal la ada babi lari - lari belakang rumah. Rumah I belakang ada belukar. Kan dah sebut babi bukan khinzir lagi. Terus jadi tak sopan. Cool kan rumah I belakang dia ada belukar. I am sooooo Jane! (T__T)

Motif? Statement tuuuuu biar satu dunia tahu betapa cintanya I kepada pink dan haiwan. Yeah!
Lihat! Ada owlie yang comelll sedunia!
Close up sikit. Nak bagi orang rasa menyampah.
 Dengan bangganya I bagitahu I adalah ahli WWF. Eh bukan wrestling yang seksi tu tau, tapi WWF... arghhhh pergi Google laaa. Tiap - tiap bulan dermakan RM38 untuk projek tuntung dan Orang Utan. Penyayang kan? Come on la, support them and be responsible for the animals. Marilah bersifat Ace Ventura sikit.

You guys boleh pergi ke sini dan belajar banyaaaaakkkk perkara yang selama ni kita pandang remeh macam How You Live Your Life, and the most important part is (eh ngengada nak speaking!) How You Can Help. Biasalah benda - benda macam ni tak banyak sambutan sangat dikalangan manusia yang selaluuuu sangat buat durja kat muka bumi ni. Apalah sangat derma sikit supaya generasi akan datang taklah macam "Mama, Adam teringinnnnn sangat nak tengok wajah sebenar Tuntung lah mama. Taknaklah tengok kat TV je." Okay menyayat hati tak? Even sekarang ni pun, siapa yang kenal tuntung dan boleh lukis muka tuntung tanpa perlu merujuk wajah sebenar beliau sila angkat tangan? Berapa banyak kali korang tengok muka tuntung menghiasi kaca TV?Eh kenapa tuntung begitu digembar - gemburkan? Fikir - fikirkan. Dan selamat beramalllllll!

Nah, I bagi muka pencinta haiwan tegar sebiji!(=__=)"
Comel kan? (T__T)


Dah. Babai!

No comments :