Friday, May 28, 2010

Erti Sebuah Syukur...

untuk rasa bahagia ini...

aku memilih untuk lepaskan hampir semua kesenangan yg pernah aku rasa...

disaat cinta pada dunia berpaling-

cinta padamu semakin menghampir.

aku pernah larut dalam cinta itu.
aku pernah lukakan hati yg mencintai aku-
demi untuk sebuah dosa yg 'kita' panggil cinta...

dan syukur,

di saat 'benih' kasih ini semakin mekar
dalam jiwa...

aku kenal erti sebenar sebuah cinta...

Friday, May 21, 2010

Dia Sudah Ada Nama

since mama and papa dah tau,


kamu ni baby lelaki atau baby perempuan...


(we are definitely 100% sure of this matter...)


triple check!

Macam - macam nama yang terlintas dalam fikiran. Mentang - mentanglah Cikgu English, nak letak nama anak yang moden - moden je. Pernah terfikir nak bagi nama anak Tony Stark lah sebab gila asyik dengan Ironman. Tapi karang kena keji dengan masyarakat. Lagipun tak elok letak nama anak yang bukan - bukan. nama tu kan satu benda yang kita akan bawak sampai mati. Kalau suka - suka hati letak nama anak Mail Gagak ke hape kan ke macam palat sikit bunyinya kan. Makna pun tak elok.

Puas I dengan suami fikir nak letak nama apa untuk first baby kami ni. Kadang - kadang sampai masam - masam muka dengan suami sebab tak setuju dengan nama yang dia cadangkan. Bila I berkeras nak letak nama anak dengan nama yang I suka, nanti dia pulak yang merajuk. Cis. mencabar betul. Sayang, nak beri kamu nama pun mama dengan papa sampai gaduh - gaduh manja!

Puas kitorang selak buku nama - nama Islam. Cari maksud yang baik - baik. Yang mendalam maksudnya. Yang barakah. Kalau boleh I nak letak nama anak 7, 8 patah perkataan sebab suka dengan semua nama! Karang nanti susah pulak anak I nak ambil exam kan nak tulis nama je dah setengah jam. Haih! 

Last - last, nenek yang bagi nama. Untuk nama yang pertama, nenek yang bagi. Nama yang kedua, papa yang bagi. Dan untuk nama yang ketiga, I lah yang bagi. Puas hati adil dan saksama. Semua pun suka sebab sama - sama menyumbang nama.

 mama and papa sudah ada nama kamu, sayang...


we all like it!


Grandma & Grandpa love it!


...and now we start calling you with your name...


we love u baby!

Bila malam sebelum tidur, atau masa drive kesekolah, I panggil - panggil nama dia. Nanti dia bergelodak dalam perut. Setiap hari I panggil nama dia, usap perut, tanya khabar dia. Kalau I merajuk dengan suami, I pegang perut and mengadu dengan dia apa yang I tak puas hati dengan suami. Nanti, ada gerakan - gerakan kecil yang membalas setiap apa yang I cakap. Allahu Akbar!
Malam, bila suami belum balik dari kerja, dia mesti taknak tidur. Berpusing - pusing dalam perut. Sampailah suami balik tengah - tengah malam, usap perut and suruh dia tidur. Barulah dia tidur. Manja. Dalam perut lagi dah manja.

Semua orang yang dah tau nama dia, akan panggil dia. Dan seolah - olah faham dengan apa yang orang cakap, dia akan bergerak dalam perut. Kadang - kadang dia tendang kalau tengah super aktif. Paling mengilukan kalau dia stretching up dalam perut. Lagi - lagi masa I tengah mengajar eh tiba - tiba perut terbonjol sana - sini. Haha.

Tak sabar nak tunggu dia keluar. Tak sabarnya Mama!

Dah. Babai!

Wednesday, May 19, 2010

Kalau Ikutkan Hati...

...mungkin aku dah gigit telinga kau !!!


aku marah. aku paling marah adalah hari ni. ye, aku tau aku buat silap (sebenarnya-aku sengaja jugak buat silap tu.aku tau risikonya.tapi aku buat jugak-aku kan super degil) ye dan aku tau jugak kau TERBAIK-TERHEBAT-TERPERFECT.

ye, every year pun aku mesti akan buat benda benda bodoh macam apa yg aku buat. and yg tanggung akibat pun aku jugak.

tapi-aku marah kat kau pasal kau sengaja nak aibkan aku. aku kacau kau ke?sakitkan hati kau?apa kata dari kau susah susah cerita kat orang lain meh aku bagi kau microphone and kau cakaplah sesuka hati kau. SEMUA ORANG PUN AKAN DENGAR. eh. nak?

aku tak heranlah kalau dapat award perkhidmatan cemerlang pun. aku dah ada award cikgu mata paling menawan apa.kau ada?

blah.

Sunday, May 16, 2010

Teacher Yat...

16 Mei- hari yg dari kecik lagi aku dah berangan nak sambut. dari kecik, ok. tengoklah betapa beriltizamnya aku dari kecik lagi aku dah pasang cita cita nak jadi cikgu (sebab masa tu aku tgk cikgu2 aku boleh rotan marah budak sukasuki hati.jadi aku rasa terangsang nak jadi cikgu.eh) jadi bila masa aku pegi interview dulu, interviewer tanya aku kenapa aku nak jadi cikgu,aku cakap--

"entah. tapi dari kecik lagi mmg nak jadi cikgu!"

masa tu aku rasa jawapan aku paling bijak, tapi lepas je aku keluar dari bilik interview terus rasa eh bodoh kurang bijak nya jawab macam tu! terus aku rasa confident aku kena reject. tapi eh months later aku dapat surat penempatan.mungkin sebab jawapan aku tu ikhlas dari hati (cehh!) maka Allah berikan aku peluang untuk mencapai cita-cita aku.

maka tarikh 1 November 2007-sahlah aku menjadi seorang cikgu.bangga betul pakai nametag kehulu kehilir penuh gaya mutu dan keunggulan. jadi cikgu ni bukan senang. produk kau adalah anak murid. apa yg mereka bakal jadi-adalah apa yg kau corakkan dalam kelas. kadang2 aku give up betul jadi cikgu. budak budak sekarang kurang hajar tak payah cakaplah. kalau tercubit sikit harus aku kena saman dengan mak bapak diorang. aku ajar nahu bahasa inggeris berkali kali satu pun tak lekat dalam otak-tapi kalau bab2 mengembangkan keturunan tak payah ajar pun diorang dah handal. berlaga bahu berselisih tak pandai dah nak beri salam. muka masing masing pailang ketat macam nak kena lempang. biadap-malas belajar. kadang kadang aku rasa macam nak belajar imu hitam pulak-nak je aku santetkan budak budak jahat yg jadi anak murid aku ni.

tapi tulah-kadang kadang kau rasa kau tak penting. kadang kadang kau rasa usaha kau tak dihargai. kadang kadang kau rasa terancam sungguh profession sbg cikgu ni. tapi setiap kali tanggal 16 mei muncul tiap tahun, kau mesti akan rasa bangga dengan diri sendiri.kau mesti kagum dengan keupayaan kau mendidik ratusan anak bangsa. dan kalau ada daripada mereka yg menjadi 'manusia' kaulah org pertama yg merasa bangga.

malam tadi aku terharu dapat msg dari bekas anak murid aku 2 tahun lepas.ayatnya simple tapi penuh makna. dan semangat aku yg nyawa nyawa ikan ni kembali bersemarak untuk terus mendidik anak bangsa. terima kasih aku ucapkan kepada semua cikgu2 aku dari zaman tadika smpilah ke universiti. eh terus rasa sedih pulak.
Justify Full
SELAMAT HARI GURU,CIKGU!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

Friday, May 14, 2010

Eh Eh Kau Ni...

eh besarnya sign loser.

malas betul nak elmo elmo di hari jumaat yg indah dan permai ni *mengenangkan petang ni aku (hah-aku terusss!) nak pegi dating dengan husband* jadi rasa tak kuasa nyahhh aku nak elmo elmo. aku nak cakap sesedap rasa karang ada pulak yg kata aku ni tak insaf2-tak berubah2 asyik nak cakap benda benda negatiffffffff je manjang. eh. tapi makin aku biarkan makin pailang eh makin nakal pulak si anon sorang ni.

aku taulah anon ni sayang kat aku secara mendalam. tapi aku tak faham betul apa yg anon ni sibuk sgt pasal entri entri aku dalam blog ni. anon ni terasa ke?aku kutuk dia ke?ke family dia ke?ke pujaan hati dia ke?eh.garu kepala.tak pasal2 cakap aku tak berubahlah mulut jahatlah.eh. lepas tu tinggalkan url pelesu.huuu-cemana aku nak berguru dengan kau jadi orang baik kalau kau tak tinggalkan jejak kau.nanti susahlah aku nak menuntut ilmu suci murni adabi dari kau.

aku taulah kau prihatin kat isi kandungan blog aku-tak perlulah aku cakap berkali-kali-kau kalau dah tak suka tak payahlah masuk blog ni-tak payah baca-tak payah ambik tau langsung. tapi kau ni sibet eh nakal... naaaakkkkk jugak masuk blog ni-baca-lepas tu sakit hati. tsk.kau ni-dah tak pasal2 kau terpaksa ceramahkan aku.kan dah tak syok.

aku dah pernah delete shoutbox ni dari blog.sebab aku mensampah betul bila anon2 jahanam macam kau tglkan komen2 pailang kat blog aku. tapi aku kesian kat orang lain kerana org lain yg mencintai aku nak jugak tinggalkan jejak kat blog aku-say hi ke hape ke-puji aku comel ke hape-jadi aku letak semula shoutbox tu demi mereka2 yg aku kasihi. jadi aku taknak disebabkan kau-aku delete lagi shoutbox tuh.eh dah macam budak budak pulak. benci.

ha kan tak pasal2 aku dah membebel panjang berjela-jela khas untuk kau sorang. benci betul. kau lepas ni kalau tulis suka suki hati jiran kau lagi kat blog aku ni mmg aku pasrah ajelah. buruk betul perempuan mengandung membebel-bebel.eh aku kan mulut jahat.huhu.

aku tau kau sayang aku-kan?

Wednesday, May 12, 2010

Semua Benda Pun Aku Nak Cakap Sekaligus..! Huhu..!

salam ^_^

gila banyak hal nak update-tapi bencilah sebab masa takde nak tulis semua semua pun. bukan busy sgt pun tapi masa dihabiskan dengan berhibernasi a.k.a tidurlah.haha.jadi ni bila ada masa sikit maka i (sekejap saya-sekejap i-tampar karang) pun nak updatelahapa2 yg patut yep.

baikkkkkkkkk! (drumroll)

update number satu : jengjeng!
ini adalah untuk seseorang diluar sana yg tak akan i percayai lagi-"a picture won't change anything" kau tepeklah gambar hapepun aku still believe yg kau ni antara org2 yg harus aku jauhi dan harus aku elakkan dari mempercayai terus-seksa teruja betullah sekian lama termakan kata2 yg sungguh membuatkan aku percaya.tapi in the end?tettttt! liar liar!! jadi-natijahnya (cehhh natijahnya pulak!) i will not TRUST you anymore.fullstop!

update number dua : hari ibu
wahh-i bakal upgrade status diri tidak lama lagi! tibe tibe suke!
hari ibu hari tu celebrate kat tempat fav emak-Johnny's lah mana lagi-emak kan penggemar steamboat yg paling addicted dimuka bumi ni.ha-ha.tengok emak makan dengan seleranya maka terhibur rasa hati anak emak dan menantu emak yg tanpa segan silu meloloskan duit dari poketnya untuk hidangan perut kami bersama. selamat hari ibu emak!

update number tiga : of belly and baby
jantina baby dearie pun telah confirm sudah.nama pun alhamdulillah telah mencapai kata sepakat seluruh ahli keluarga.eh. nama baby,emak yg bagi-semoga menjadi kesayangan emak dan tidak seperti cucu cucu emak yg lain yg rata ratanya adalah seperti askar jerman versi mini. nasib badanlah dapat baby yg super duper aktif dalam perut especially kalau malam.beliau sgt suka.adakah beliau berclubbing dalam tu?wallahualam.yg penting mama happy baby is doing well inside there. tak kisahlah mama terpaksa gemuk eh terpaksakah?macam rela je-ha-ha. diam ah. sekarang ni mengira masa dan ketika saja. insyaallah. (mama kena kurangkan membebel kat papa.jadi isteri mithali.eh)

ha.sampai sini dulu bebel.sebab perut lapar.rasanya kat dapur ada saki baki kek secret recipe masa hari ibu hari tu.nak pergi selongkar peti sejuk.dah.

babai.

Wednesday, May 5, 2010

Who Will You Be,Sayang?

Mama's Traits

♥ bad tempered yg kuasa kuda longkang punya... tsk.
♥ kuat membebel
♥ kuat mengamuk
♥ ambitious tapi half way je... the rest 'MALAS'
♥ shopaholic (separuh taubat...)
♥ bad in maths :(
♥ fussy

Papa's Traits

♥ penyabar
♥ tekun macam sang kancil
♥ sopan sgt2...
♥ rajin
♥ financially sane-hihi
♥ good in critical thinking
♥ kacak! ouchhhhh! ^_^


to be frank, i'm quite nervous thinking whose trait will be dominated by my baby. hopefully my baby will be more like his/her daddy. ouh i adore my husband so much-he's practically more sane than i am-haha. that's why... ^_^