Tak Perlu Kenal Bertahun - Tahun Untuk Jadi Kawan Baik

I tak ramai kawan karib. Kalau ada pun seorang dua (okeylah tipu) Tapi tak apalah tak ramai kawan karib, daripada ramai tapi tidak mendatangkan faedah nak buat apa? (T__T) Maknanya, kalau kamu tu tersenarai dalam kawan karib I, kamu patut rasa berbangga ya sebab orang sombong macam I susah betul nak cari kawan. Hahahahampeh.

Semalam I buat satu mini - reunion dengan gundik - gundik kesayangan I. Maklumlah nak jumpa mereka ni kena setahun sekali, sebab busy sangat. Menyampah betul. Lagi - lagi mama vouge sorang ni. (T__T) Haha ini first time ni bawa bf kecil I sekali, jadi  suami terpaksalah ikut sekali. Jadi bodyguard. Kami ke Kenny Rogers! (padan muka KR sebab kena banned dengan kami) Haha sesi camwhoring jangan lupa!


Naddy cuba nak jadi sepenyayang mungkin!
Bencinya double-chinned face nih!
Adam excited nampak makanan yang salah order.Haha.
Rindu perempuan ini. Emak bermulut puaka katanya. (T__T)
Bergosip pasal cik joyah sampai lupa anak bini. Eh.
Siapa paling kurus? (ataupun siapa effect kurusnya paling berjaya?)
Thanks Auntie Linda, Adam boleh drift lepas ini!
Gift dari Linda. Thanks sayang. Pink lagi! I loike! (:
Tak sempat nak beramah - tamah dengan anak - anak Linda yang comel sedunia! Seram I tengok anak - anak dia yang begitu hyper sekali. Ikut perangai siapa, Linda? Haha. Of course setahun punya gosip kenalah diupdate ya, itu yang bawa suami masing - masing untuk jaga anak - anak time emak - emak dan bukan emak bergosip. Haha. Terharu sebab Linda sudi datang dari jauh and Naddy juga sanggup balik dari Melaka semata - mata untuk menjayakan mini reunion syok sendiri ini. (T__T).
Lepas itu nak lagi buat terharu, ada pula ole - ole dari Linda. Ish sumpah malu tau! Thanks lagi sekalilah Linda, walaupun kau hangin satu badan kat budak Kenny Rogers yang buat perangai haram tu, kau tetap sempat juga menabur jasa dan bakti kepada kawan - kawan kau ni. Meh peluk meh!

Semoga tahun depan kita dapat jumpa lagi ya. Kalau nampak aku kat MidValley jangan buat - buat tak nampak aku ya Linda! (T__T)

p/s : Tahun depan agak - agak ada penambahan ahli tak? (T__T)
p/s/s : Siapa sakiti hati kawan segera minta ampun untuk mengelakkan mendapat bala.

Read More»

Saya Ini Kategori Rajinlah Juga.

Siapa tahu I rajin sila angkat tangan! You guys tak tahu ye I memang rajin? Eh betul lah ini bukan cerita dongeng atau rekaan semata - mata. I sejak dari dalam perut emak memang dah rajin mengemas tahu. Okeh usus emak taruk sini, tahi dengan air kencing emak kemas - kemas dan bersihkan, usus kecil sini, jantung emak jangan buat main, gitulah I dalam perut. Rajin! Cuma bila sudah keluar perut saja rajin I jadi kurang sikit. faktor persekitaran namanya. (T___T)

Sepatutnya hujung minggu semalam ni pergi mandi - manda dengan Mel, Tika, En.Katak dan suami. Tapi kensel sebab eh apesal nak tahu?Busybody! Haha. Eh jangan marah jangan marah. Sebab di Johor berjerebu, tidak elok buat aktiviti luar. Jadinya, I taknaklah bazirkan hujung minggu I dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Orang optimistik macam I kena fikirkan cara untuk menjadi produktif. Ya, produktif!

Apa orang produktif buat? Maka I pun buat anak mengemas almari + drawers + bilik tidur! Yieehaaaahhh!

Bilik tidur takdelah ekslusif segala cadar ropol - ropol ke, carpet bulu - bulu ke. Tapi sebab nak eksyen juga, tuhh tengok tuhh, I ada comforter kambing tuh! Kau ada?
 Baju siap color coding tu. Menyampah je kan? I takdelah baju harga ratus - ratus, berlabuci segala. (T___T)
 Baju suami paling senang nak color coding kan. Sebab baju dia tak banyak. Pejam mata pun boleh teka baju warna apa, kalau tak hitam, cokelat, kalau tak putih, baby blue. Kacang gorenglah!
Tudung main sental saja. Bubuh dalam container, tutup! Habis cerita. Lalala.(Tudung pun takde yang mahal - mahal. paling mahal RM45. Itupun bayar dua kali. Tolak gaji bulan) (T__T)
Tengok. Rajin kan? Ada orang lagilah, pakai baju lawa - lawa macam si Naddy tu dressing macam hapa je, make up lagi pula, tapi rumah tunggang terbalik, bilik tidur macam safari, almari jangan cakaplah. Main humban saja. I ni kira cantik diluar cantik di dalamlah. (Eh perasan!) Naddy Naddy apalah nak jadi dengan kau!

Sambil mengemas, makan hati saja tengok baju lama. Sedih betul. Kenapa I tak kurus??Why??!Why?!

 Baju tunang. 2008. Gila kecik kau! Macam nak tendang saja baju ini.Frust sebab tak boleh pakai lagi.
 Ini dua baju kesayangan. Sebab harga semeter RM40. Kenapa? Tak percaya? Tak percaya sudah sebab I pun tipu je.(Suka sebab bila pakai rasa muda sepuluh tahun)

 Baju nikah. 2008. Siapa kata I tak muat pakai baju ni?Muat, babe! Cuma tak boleh zip lah. (T___T)


See? Produktif bukan? (:

p/s : Rasa nak makan McD lah. Hmmm, bulan depanlah start diet! Janji!

Read More»

Mata Saya Lebam!

Hai! Selamat pagi (sebab jam sudah menunjukkan pukul 3.25pagi) Nama saya burung hantu! I kan, saja nak eksyen dengan korang, I dah make over blog - blog kesayangan I tahu. Haha. 5 jam okeh! (haha poyo padahal takde orang tanya) Menyampah betul godeh - godeh html dengan css coding tau. Asyik salah je. Asyik lari je alignment blog I ni! Rasa hilang kewarasan kejap jadinya. Tapi I pantang mengaku kalah. I godeh laptop sampai mata berpinau! (T___T) Tapi banyak ilmulah yang I dapat. (ewah bangga diri).

[tumbuk gambar supaya bagi besar sikit]
 Ini blog geek in the pink I. Make over paling berdesup. Tak sampai sepuluh minit. Tukar coding background dengan header. Hahahahakupunyasukalah! Masih mengekalkan ciri - ciri muda belia. Masih dengan warna pink lambang bebas kanser apakaumerepeksehtan!
[tumbuk gambar supaya bagi besar sikit]
Ini blog I jual barang - barang rumah I kalau I dah takde duit pergi sekolah. Siaplah, tong gas emak pun I rembat. Make over blog inilah yang hampir 5 jam! Coding html nya sangat sibet. Benci betul. Lepas itu header asyik buat hal, kejap - kejap senget, kejap - kejap besar gabak sangat. Eh geramlah. Akhirnya hentam saja tapi bila tengok lama - lama cute juga! (batuk)

Penat tahu! (siapa yang suruh kau tak tidur sibuk main laptop) Tapi puas hati. Macam nak jerit kuat - kuat CANTIKNYA BELOG SAYAAAAAAAAAA! Hhhaha! Apa - apa? Dengkilah tu. Haha. Ala, formspring kan ada, kalau mahu tanya apa - apa, klik saja formspring tu. (:

p/s : Naddy, have you check on your blog? Do you like it?

Read More»

Setakat Ini Jumaat Saya Tidak Pernah Mengecewakan!

Hai semuaaaaa! Rindu saya? (Haha perasan semua orang rindu! Kehkeh!) Baiklah baiklah kalau tidak rindu I pun tidak mengapalah, I membawa diri. (T___T) Mengada - ngada!

Datang sekolah tadi agak tak best sebab I kurang sihat sikit. Jadinya datang sekolah dengan hati yang tidak berbunga - bunga. Tapi masa turun dari punch card terasa macam selebriti sekejap sebab kena serbu dengan anak - anak murid yang comel! (Selama mengajar di sesi pagi, I tak pernah kena serbu begini okeh! Huuuu...) Semua pun nak salam nak salam! Baiklah, I terasa artis you! (T___T) Semua cakap 'Cikgu cantiklah hari ini!' Oh serious I taktau motif mereka berkata begitu ke atau saja - saja nak buat I kembang ke hape tapi I sukaaa! Haha! Terus mood bertukar ceria!

Sampai saja bilik guru, rupanya cikgu - cikgu petang buat potluck dan paksa makan.Apa jadi dengan diet I? Ok untuk hari ini diet lupakan saja! (T__T) Sedap - sedap pula tu! Ada soto, nasi goreng udang, kuih - muih, sambil makan sambil menangis dalam hati sebab sia - sia berdiet hari ini.

Habis makan I pun kembali ke habitat asal, konon - konon nak marking buku murid - murid, tetapi kosentrasi terganggu sebab atas meja ada benda comel dari kawan blogger! Kawan blogger I ni rupa - rupanya pakcik dia mengajar di sekolah I, jadi dia kirim benda comel ini kepada pakcik dia.

Jeng jeng! Suspen ada apa dalam ini! Katak? Setokin? Azmarazana?
Comel nak mati! Comel nak mati!

Yayyy! Lepas ini boleh pakai hari - hari pergi sekolah sambil buat muka eksyen! Haruslah eksyen sebab I kan sombong. (Eh apa tu ayat takda kaitan!) Kan di entry lepas I mengada - ngada mengadu - domba bising jerawat bermaharajalela kat muka mulus I ni kan (muntah) Jadinya ada seorang cikgu suggest I pakai produk nama dia NDz Cosmetics. Terima kasih, Yam. Terharu aku kau sanggup hantarkan sampai ke bilik guru. (T___T)

Yang bestnya produk ini, ia 100% buatan Muslim. Jadi ia halal. Jadi ia selamat digunakan. Harganya pun berpatutan. Fuh! Fuh! Mintak - mintak lepas ini muka I cun melecun macam Megan Fox. Eh!

Sabun dan krim pemutih. (T__T) I yang hitam ni pun ada hati nak putih tahu!
See - hari Jumaat sememangnya hari yang penuh barakah. Banyak benda best jadi hari Jumaat.Jadi kena bersyukur. Amin (=__=) <---- muka bersyukur.Baiklah sungguh tak sabar nak pakai brooch comel dan nak jadi cantik menarik dengan produk Yam tu. Terima kasih untuk semua!! (jerit kuat - kuat)

Haha! Tak sabar - sabar! Nampak sangat excited terlebih sampai terkembang lubang hidung I yang mancung tu! Haha! Muntah - muntah!
p/s : Tika, aku rindu nak buat ini dengan kau! (T__T)

Read More»

Saya Mahu Kurus!

Tengok tajuk saja sudah tahu mengada - ngada! Kelmarin nak hilangkan jerawat. Ini mahu kurus pula. Ok, let's have a look! (ceh speaking - sepak baru tahu!)

Ini tahun 2007. Kurus kau! Padahal masa ini makan macam membela jin tanah. Tapi tengoklah. Langsung tidak gemuk! ): Jeans ini size 25!!

 2008. Kurus juga. Masa ini hampir mahu berkahwin. Jadi motivasi untuk kekal langsing sangat tinggi. Takut baju tak muat. Haha.
 2009. Orang kata kalau lepas kahwin badan akan naik sebab senang hati. Senang hati mak kau! Huhu! Masa ini memang sudah gemuk sikit. ): Tapi masih boleh pakai baju comel - comel dan menawan hati!
 2010. Mengandungi Adam. Berat naik mendadak sebab i suka makan nasi dan coolblog double choc. Sekali Adam keluar memang berdouble - double berat dia. Haha. Padanmukaakurasakan! Masa ini i adalah 63kg! Peace! Terakhir bersalinkan Adam, berat i adalah 81kg. Naik 31kg dari berat asal. Sekian terima kasih! (T___T)

 Terkini. Tengoklah. Berdiri sebelah Mel yg gemuk pun i boleh lagi gemuk dari dia. Kecik hati tahu! Penat i pusing - pusing cari pose nak menampakkan effect kurus, tapi tak berjaya. Siot tahu! Hilang semangat nak meneruskan hidup! Eh! (T___T)

Macamana nak kurus? Sila bagi i petua sekarang! Ke i perlu jumpa bomoh sedut lemak? Ada tak pil - pil kurus yang berkesan? Tak mahulah gemuk, nanti BF i cari lain! (T__T)  (suami kata i nampak lagi comel bila begini - comel taikkkk! <----heppp! jangan cakap mencarut!) Lepas itu selalu kena double standard. Kalau i tengok baju bercutting sikit semua kata i tak sedar diri dasar gemuk nak juga pakai baju macam itu! Suka hati akulah! (T___T) sedih tahu! sedih!

Cepatlah bagi i petua kurus. I belanja choki - choki, okay?

Read More»

Hari - Hari saya Yang Produktif *Senyum*

Jadilah seorang guru yang produktif.
Barulah kamu itu ada sumbangan kepada sekolah dan negara secara amnya.

Seseorang pernah berkata begitu kepada i. Biarlah siapapun orangnya, barang yang lepas jangan di kenang. Eh. Macam berjauh hati. Haha. Jadi hari ini i sedikit bosan. Kelas English i hari ini sudah habis, kelas PS pula diambil oleh cikgu lain. Padahal baru bercadang nak ajar murid - murid cara nak melukis lubang hidung. Jadi i tak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh saja. I kena berbuat sesuatu! Ya! Sesuatu!

Puas i pusing - pusing satu bilik guru yang ketandusan manusia tu, i terjumpa tanah liat atas meja Mel. Baiklah dulu masa kecil emak tak belikan i tanah liat, emak kata kalau nak main tanah liat, pergi korek dalam parit depan rumah. Dah macam anak orang zaman batu dah i main parit depan rumah (T___T) macamana nak jelita?Main parit! pftttt!

Kembali ke topik asal, berbekalkan kreativiti i sebagai guru all rounded (perasan) maka i pun menghasilkan haiwan ternakan kesayangan Mel. Tadaaaaaaaaa....
ini adalah apa? sila isi tempat kosong _______________. ia menguji penggunaan otak kanan dan otak kiri anda!
I terjumpa note ini atas meja kak sally. comelnya! nak bagi i eh? (:
nah! ambil sebiji muka annoying i! haha!
Kelas sudah habis. Puas i cari Aban (nama spider) dan Leman (nama lipas kuning) tapi tak jumpa. mungkin mereka sudah berpindah habitat. Sedihnya! (T___T)

Produktifkah hari i? ):

Oh, sesiapa yang mencintai Blackberry dilengkapi dengan Torch dan pelbagai fungsi lain, dan berhajat ingin mendapatkan beliau dengan harga yang best dan penjimatan berganda, sila ke sini.Celcom Exec 50 Plan dan kepada sesiapa yang mahu menyertai pelancaran BB terbaru ini boleh mendaftar di sini dan sekiranya kamu adalah diantara 100 orang terawal yang mendaftar dan membeli BB ini berserta melanggani Celcom Postpaid Plan kamu akan mendapat Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125, 8GB Micro SD Card bernilai RM68, dan juga Energizer Portable bernilai RM58!!!! (wowwwowwwwowwwww!)
 p/s : belanjalah i Blackberry Torch seketul. i mesti sayang orang itu sepenuh hati.

Read More»

Tolonglah Saya Menghapuskan Jerawat!

I kan benci jerawat! (siapalah yg suka kalau dah berbuntil - buntil duduk atas muka kita,kan kan?) i bukan setakat benci saja, tapi i dendami mereka juga. Sebab itu bila ia tumbuh saja atas muka gebu i ni (ok.sila muntah) memang terus i picit - picit i tenyeh - tenyeh. benci betul! Lepas itu, lagi menjengkelkan, jerawat ini pula, bila sudah tumbuh, bubuh lah apa saja produk pun ia tetap tidak mahu mati! eh terhapusss! Stress tahu!

Minggu ini muka i macam muka ikan kembung. Jerawat sebatu sudah boleh kelihatan. Benci. Benci. I sudah tidak boleh perasan ayu lagi.Siapa yang mahu mengorat kalau muka kamu macam hantu jerawat?Tahu hantu jerawat itu apa?sila google sekarang!

Lokasi bertanda merupakan lokasi jerawat bermaharajalela!
Malas betul nak bermake up kalau mahu ke sekolah (auww comelnya mahu ke sekolah) Nanti i akan emo sendiri dan campak - campak barang make up sebab puas tenyeh concealer ke hape jerawat tetap tersembul dengan annoyingnya. Nanti semua anak murid tak sayang i lagi. (T___T)

Banyak tips mencegah jerawat yang i google di internet. Antaranya :

  • basuh muka sebelum tidur dan bersihkan make up
  • pilih produk make up yang berasaskan air
  • gunakan produk pencuci wajah yang lembut
  • elakkan makanan yang merangsang pertumbuhan jerawat
  • PALING PENTING jangan PICIT JERAWAT

Eleh, tips diatas semua orang pun sudah tahu. Muak betul. I tak buat pun semua perkara diatas tetapi kenapa jerawat tetap timbul juga?? (ha jawab jawab jawab!) Jadi i come up dengan petua menghilangkan jerawat yang pelbagai. Maknanya, kalau gagal yang ini, i try yang itu. Cubaan ini tak menjadi, i cuba yang itu. Seronok tahu! Muka sendiri jadi bahan eksperimen. (T__T)

  • sapukan sedikit lipstick pada jerawat kamu (hanya berkesan kepada jerawat yang hampir masak)
  • sapukan krim siang yang super tebal pada jerawat kamu (untuk jerawat yang sudah dipicit)
  • sapukan Minyak Cap Kapak pada jerawat kamu (untuk jerawat yang baru berjinak - jinak di wajah)
  • sapukan blusher pada jerawat kamu (untuk jerawat kecil - kecil seperti ruam)
 Kadang - kadang ia berkesan untuk i. Macam yang i cakap tadi, i try and error saja. Kalau berjaya maka berjaya, kalau tidak maka akan kecewa (T___T) Kamu jangan pandai - pandai cuba, nanti kalau hidung kamu tanggal i taknak bertanggungjawab ya! Untuk jerawat i alami sekarang, semua petua diatas pun i dah cuba tetapi semua gagal! Nampak tak kehampaan i disitu?Nampak tak? (T__T) Putus asa tahu nak berinteraksi dengan orang! (=__=)'

Korang ada produk yang bagus tak nak suggest kat i?Pleaseeee Pleaseeeee Pleaaseeeee! By the way, i dah try SHADIRA, DE'WAJAH, SKII, CLINIQUE, REENA'S, DE'PUTIH, RAIHANA,NATASHA dan FELISA.

please dong, bantuin guwe!

Read More»

Pakcik Nak Kena Lempang.

eh bunyinya macam kejam je kan? siapa - siapa yg mmg dah sedia maklum tak suka i, mesti terus kata "eh jahatnya dia ni! pakcik pun dia nak lempang?eiiii jahat budak jahat!" (T___T) suka buat dialog sendiri. itu tanda orang kreatif. eh. tapi memang pun kalau rasa nak ikutkan nafsu amarah i, memang pakcik ni free - free dah kena pelempang jepun. hari itu i dan suami pergi Parit Raja, jalan - jalan saja - saja. lepas itu suami pull over kereta tepi jalan sebab nak pergi CIMB. tiba - tiba ada seorang pakcik (rasa - rasanya mcm org pakistan) datang ke tepi kereta.

"anak, subhanallah- derma. ikhlas. insyaallah." lebih kurang macam itulah ayat pakcik tersebut. sambil tangan dia tunjuk - tunjuk barang - barang yang kita bakal dapat kalau kita derma kat dia. barang - barang macam tasbih lah, perhiasan kereta lah - suami i ni baik hati, kalau ikutkan i memang i malas nak layan pakcik macam ni. kadang - kadang con je semua ni.

"anak,ikhlas derma.ikhlas derma" eh pakcik ni paksa - paksa pula. busuk pula tu bau badan. elok je dia bergayut kat tingkap kereta sambil tangan dia tahan tak bagi suami naikkan cermin kereta. suami pun malas nak cakap banyak, dia beri pakcik tu RM3. pakcik tu ambil duit tu tapi dia buat muka pelik sambil belek - belek duit tu.

"Tiga ringgit saja?" eh dia buat muka pailang. suara dia daripada merayu - rayu tadi bertukar jadi keras.
"eh tadi kata ikhlas. ni saya ikhlaslah ni" balas suami. boleh pula pakcik itu mencebik sambil berlalu. tapi duit tu dia sebat jugak!
"eh pakcik ni aku sepak karang!orang dah bagi bukan tau nak cakap terima kasih! tadi kata ikhlas?tak guna betul!" i jerit kuat - kuat. tapi dalam hati je. hoho sadis (T___T) pakcik tu selamba pergi ke kereta lain pula, memang betul - betul tak guna!
siapa terjumpa pakcik ini di parit raja, batu pahat - sila pukul dia.
biadap betul. tapi apperance macam alim gitu. ha, sekarang kalau i kata nak lempang pakcik ni, korang nak kata i jahat jugak?

Read More»

3 Bulan Yang Bahagia!

16 Oktober 2010! Hari Lahir Adam yang ke tiga bulan. Gila cepat waktu berlalu! Well, walaupun Adam dah genap berusia 3 bulan, fizikal I masih kelihatan seperti ibu mengandung 10 bulan. Dah jangan tanya kenapa okay. Sebab seriously I pun tak tau. And I kurang kisah sikit nak kuruskan badan ni. Insyaallah, kalau ada rezeki nati kuruslah I ye. Hehe. Bukan taknak kurus tau! Jangan salah faham!

Oh Adam Irfan Xaharis dah tiga bulan dah. Macam - macam yang anak bujang I dah boleh buat sekarang. Last check up hari tu berat dia is 6.4kg. Alhamdulillah. Adam rajin menyusu and kurang sikit diserang sakit jadi dia dapat membesar dengan sihat da cergas bagaikan johan! Yeayyyy! Alhamdulillah dia membesar dan berkembang secara normal sesuai dengan usia baby tiga bulan.

Muka Adam pun dah start develop sekarang ni. Dah ada nampak macam muka Papa sikit tapi kalau senyum - senyum tu baru nampak genetik Mama disitu. Dengan hidung pesek lagi. Bukaan mata masih sepet tapi I yakin satu hari nanti mata dia akan besar jugak! Hahahahaha!

Oh Adam sekarang dengan eksyennya dah mula nak tiarap sambil angkat - angkat kepala dia. Sekejap je letak dia kat tilam nanti cepat - cepat dia kalihkan badan dia sambil dongakkan kepala dia tengok orang lalu lalang atau tengok TV. Adam ni peramah, cepat senyum and suka sengih - sengih sendiri. Buat masa ni I belum belikan dia apa - apa toys. Just belikan dia rattler and teether / soother. Sekarang dia dah semakin kenal orang, maybe vision dia pun dah semakin clear. Kalau nampak I ataupun nenek cepat aje dia segih - sengih. Pandai anak mama!

Kalau suruh menangis Adam masih johan. Memang cengeng. Cukup suka nangis. Plus manja sangat - sangat. Nampak sangat perangai dia manja banding dengan cucu - cucu emak yang lain. Tinggal sikit nanti mulalah dia cebik - cebik nak nangis. Tangan dah pandai capai - capai barang yang kita hulur kat dia.

Photobucket
Comel macam anak burung! Haha!
Photobucket
Pandai dah angkat kepala!
Tak sabar nak tunggu Adam pandai duduk, pandai duduk kat walker, bertatih and lari - lari satu rumah! Mesti best! Hehe!

Adam,
membesar dengan sihat eh sayang. Mama dan Papa doakan Adam membesar jadi anak yang taat, taat kepada Allah dan RasulNya serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mama sayaaaang Adam!

Dah.Babai!

Read More»

Baiklahhh Baiklahhhh Saya Menyendiri.

begitulah pesan pengetua dengan my ketua bidang "duduk petang, sepi - sepikan diri!" oh jadi tahulah i selama ini yg membuat durja dan memekak - mekak di sesi pagi adalah i. baikkkkk tuan boss. saya sepi sesepi - sepinya di sesi petang. siap ada bunyi cengkerik lagi. (T__T) kasihan betul bila kena mengajar di sesi petang. terbalik i punya jam biologi (biological clock) mata i jadi macam tegang - tegang sebab terpaksa bersengkang mata tahan mengantuk. takpe tuan boss - saya yang menurut perintah.
hari ini i sedikit gembira sebab kawan - kawan terus beri sokongan tanpa henti. terharu tahu. terharu (T___T) i sejak akhir - akhir ni emo mengalahkan wanita nak menopause. geli betul. lepas itu buka FB dan blog tetiba saja jadi terharu sebab kawan tak henti beri sokongan. ini yg rasa nak peluk secara membabi - buta ni!

datang sekolah saja kakak kurus sudah bagi kejutan
bersemangat dan lebih tabah bila baca ini. thanks nida!
kau memang gundik yg aku sayangi lah naddy!
hari ke 5. masih tidak kenal putus asa. hieyah!
baiklah. sudahlah duduk sorang - sorang, teman berbicara adalah pemadam dan kotak pensil. apa tu namanya? gangguan mental. eh kasihannya i. nanti tiba - tiba bawa pemadam ke hulu kehilir sambil berbual "hey mari ke kantin minum petang?" eh sedihhhhhh! nanti i tak comel lagi sebab gila!

nak lagi sedih tak?okeh Radin datang hantar makanan. hantar nasi. touching betul. dia kata kak haslina bayar. nak meraung rasanya!

sedih i tengok nasi ni. i nak nangis! (T__T)
i cuba buat muka pasrah - tapi ini pula yg jadi.
terima kasih buat kawan - kawan yg sudi menyokong dan bantu emosi i kukuh kembali. terima kasih SUE - walaupun kau jauh sokongan kau amat dihargai. juga untuk Nida - jauhhhhhh sedunia. terima kasih semua. especially kak sally and tika (T__T) - mesti kamu rindu i (eh perasan.haha!) kita kekasih sejati kita kekasih sejati! (ulang ini berkali - kali!) yang beriya nak bagi i contact bomoh siam juga dihargai. manalah tau kalau berguna suatu ketika nanti. haha. haaaa takot! takot! juga buat keluarga, suami tersayang (ecehhh!) dan Adam mama tomeitomei! :D i bertuah ada kalian semuaaaaaaa! sampai jumpa! (macamlah aku kena pindah Nigeria.haih)

Read More»

Ibarat Mentimun Dengan Durian.

Dua - dua pun buah - buahan tempatan (eh timun kategori buah ke?) maksud? maksudnya, dua - dua pun buah - buahan Malaysia, dua - dua pun dalam kategori tanaman, tapi still kalau golek atau menggolek pun mesti mentimun yg dapat azabnya. kalau dia menggolek durian, sah - sah badannya berlubang - lubang. kalau dia kena golek durian pun, confirm penyek tak berjenazah lah mentimun tersebut. faham?

begitulah situasi i sekarang. suami kata "inilah contoh nepotisme yg berleluasa!" okeh i sudah malas nak mengulas. tetapi tetap istiqamah memohon keampunan dan balasan kepada Yang Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Mestinya ada hikmah disebalik semua ini. cliche kan? tapi itulah hakikatnya. Terima kasih buat sahabat - sahabat yg sudi bersama i berjuang, dan juga students sayang semua yg tak putus berdoa dan bersama teacher kamu yg satu ini. kita sama - sama yakin ya! :D

hari ketiga. siap buat peace lagi.

hari keempat.


besarnya kuasa Allah. i sudah mula rasa tenang (walaupun rasa nak marah + bunuh orang masih tebal dalam hati.- eh.)

p/s : suatu masa dulu i beranggapan utuh bahawa kerjaya guru adalah kerjaya mulia, eh tapi kenapa sekarang anggapan ini sudah mula mahu goyah?

Read More»

Kamu Kan Norhayati!

suami kata "sabar..sabar... ini dugaan Allah. Dia tau kamu kuat. Kalau pun kamu tak kuat untuk abang, kamu kuat lah untuk Adam". i habiskan masa selama 1 jam untuk menangis bila dengar kata - kata suami.bila difikirkan, ah betul agaknya. setra merta i teringat Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 ;
On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. 

TRANSLATION

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.  


Dia tau, i kuat untuk semua ni. Dia Yang Maha Tahu.jadi seboleh - bolehnya i tahan diri untuk tidak mengeluh, tidak merungut, berusaha yg terdaya, dan tawakal. apapun yg jadi, i kena redha, Allah Maha Tahu. oh ramai yg gembira dan ketawa riang ria Aidilfitri. oh tak mengapa. mereka lupa mereka ada orang yg mereka sayang... suami/isteri/anak - anak/ ibu bapa / keluarga/ sahabat... atau diri mereka sendiri. satu hari nanti bila mereka pakai 'kasut' yg i pakai sekarang, mereka akan lebih mengerti.

Alhamdulillah, i punya sahabat susah senang yang sama berkongsi pahit manis kehidupan. keluarga yg sentiasa mendoakan. dan suami yg terbaik. Suamilah yg bersusah - payah membela dan berjuang demi menegakkan sebuah kebenaran.

thanks kakak kurus!

haha - still dengan bunga - bunga cinta. auwwww!! (second day)
i? haruslah i bertabah dan berfikiran positif sepanjang masa... :D insyaALLAH. biarlah mereka yg bergumbira sangat tu melayan perasaan dulu. Janji Allah itu pasti. i anggap ini adalah kifarah atas dosa - dosa i yg lepas. amin. InsyaALLAH we will find the way. :D


9 Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. 10 Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
Al - Hujurat Ayat 9-10


12 Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.

Al - Hujurat Ayat 12


ah annoyingnya muka kau! :D
Babai!

Read More»

10.10.2010 - Truth For Bunga

abaikan rupa paras sememeh i ya! (T___T)

Hari ini i melancarkan protes secara senyap. ya. protes dalam diri saja. 10 oktober 2010 sehingga bila - bila. sehingga i terdaya. sehingga i terbela. sehingga hak dan maruah i diadili secara telus dan paling berhemah. oh maaf ini bukan tanda i kurang ajar. tidak, bukan maksud jadi biadap. sepanjang 'protes secara aman' ini, i akan pakai badge bentuk bunga - bunga. comel kan? (T___T) (tolonglah kata comel!) jika kamu juga ada bagde/kerongsang bentuk bunga - bunga dan kamu menyokong i, maka pakailah. ini bermakna kita bersama menentang ketidakadilan.

kawan - kawan, kamu juga boleh sertai i. murid - murid yang sayangkan i, kamu juga boleh ikut sama. jika kamu semua ternampak i dimana - mana and i masih memakai BUNGA di dada, maka itu tandanya hak dan maruah i belum terbela. JANGAN PUTUS ASA, BUNGA!!

p/s : apa - apa jenis badge/button/kerongsang bunga - dan kamu pakai di dada, tanda kamu menyokong TRUTH FOR BUNGA.

Read More»

Ah 27 Itu Hanya Angka!

8 oktober 2010 dari rumah sudah budget oh tahun ini sambutan birthday sangat pailang. siap bersumpah dgn diri sendiri birthday tidak akan diingati. apatah lagi mengharapkan hadiah dan kejutan. redhalah redhalah.baiklah. last year sudah tersuprise. tahun ini bagaimana pula? *krikkk krikkk* (bunyi cengkerik) sampai sekolah harapan punah sebab tiada siapapun yg menghargai apatah lagi nak wish - maka mood emosi bertambah sibet. semua pun buat - buat sibuk sebab kejap lagi ada gerak gempur sejarah form 5. damn betul! 20 minit berlalu tanpa sebarang perubahan yg menunjukkan birthday akan diingati. maka i pasrah. (T___T) jadi terus capai buku persediaan mengajar sambil kecewa. tiba - tiba...

Happy birthday to yooouuuuuuuu....!!!

radin secara misteri membawa blueberry cheese tart! ohhh i loike!


Radin datang sambil bawa kek yg kelihatan sungguh menggoda sambil geng bas sekolah mengekor dari belakang nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY yg memang ke longkang!. OMG OMG OMG!!! sumpahlah rasa macam nak tarik - tarik rambut sambil jerit HENTIKAN HENTIKAAANNNN!

it reads 'HAPPY BIRTHDAY YATT-SAYANG SELALU-FROM GENG BAS SEKOLAH' sweet tau!
ini mastermindnya. Kak Sally. Yelah, sayang u lebihhhh! (T___T)
kenapa harus ada double-chin?benci tahu!
sayang sayang sayang!!
suprise.gemuk (eh amcam tiada kaitan)
kakak sayang suap i!
tika sayang suap i!
semua berebut nak kek.macam mangsa banjir okeh!
ini jiran sebelah (T___T)
ini delivery girl.nama Radin (T___T)
geng bas sekolah! (tiada dalam gambar : Kak Sally, Mel, Kak Mahmunah, Kak Rimah, Kak Yatie)
i benci mereka semua ini tahu! setiap tahun tanpa gagal buat i sedih dan touching dan terasa yg sepalat manapun hidup masih ada mereka yg sudi menghiburkan. lagi sedih sebab minggu ini minggu jiwa kacau jadi hati cepat touching. auwww! sobb sobbb! (T___T) terima kasih ye semuaaaa! (Mel takde sebab kena athma attack.kasian) yaa yaa minggu ini hidup i macam palat. hari - hari datang sekolah memerlukan hiburan bagi mengubat duka nestapa (T___T) (sudahlah. bertabah!)

ah damn lagi terharu sebab students datang wish birthday dan beri hadiah dan ahhhh kenapa i rasa macam nak bergolek atas lantai???diorang ni semua sibet tahu sebab buat i sedih berganda! masuk kelas 5 Sains 2 mereka terus nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY secara berjemaah yg sumpah terus buat i lagi touching!benci benci benciiii! (apa ni?sindrom menghampiri penuaan kah cepat terasa)

balik sekolah macam biasa mesti akan paksa seseorang belanja makan. haha. mangsa tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu TIKA. hehe. ah terus sayang Tika. sayang Tika sayang Tika. Tika belanja makan pizza. (ah lupakan plan dietlah-hari ini hari bergumbiralahhh!)

kalau pergi pizza mesti order ini ini ini!

eikkkkkkk!!!! KECOAAAAAAA!!! (lipas)

kegemaran kami berdua!

ini ibarat penenang jiwa

makhluk aneh ini melabur $$$ untuk birthday i!perut kenyang suka hati!yayyy!

tidak habis begitu sahaja sambutan gilang - gemilang pula diadakan dirumah dikepalai oleh suami tersayang. sampai rumah saja dah bau emak masak ayam goreng rempah kegemaran sejak azali. emmphh emmphhh tahan syahdu tahan syahdu.

kek ini adik comel belikan. (T___T)

nyumnyummmm!

auwwww Radin, terharulahhh!

dari Kak Sally. Thanks kakak kurus ku!

dari Peanut!

ini orang tersayang beri.sayang sayang sayang!
ini skandal bagi! (T___T) huhoh!


oh terima kasihlah semua - geng bas sekolah, students, rakan - rakan blog dan FB, The Junas - msg yg beribu - ribu lemon itu sangat menceriakan hari i yang gundah gulana. terima kasih banyak - banyak. Allah saja yg dapat membalasnya. eh terus jadi baik. terima kasih kepada pemberi hadiah - hadiah itu. kamu semua ibarat santa claus yg baik hati. terharu. tapi i dah dapat in advance hadiah birthday yang paling super duper hebat sedunia. didatangkan khas dari Allah dengan kasih sayang berlandaskan syarak. oh inilah dia...

Adam saya! :D


p/s : truth champions lie. insyaAllah. untuk semua yg sentiasa menyokong i sepanjang peristiwa palat ini berlaku, yg hak akan sentiasa memenangi yg bathil.

Read More»