Friday, January 28, 2011

Baru Insaf Nak Jaga Kecantikan Dan Kesihatan Diri Bila Rupa Dah Macam Nenek Kebayan

Sebelum ni I mana pernah kisahkan kesihatan diri sendiri. Mana pernah minum susu, makan vitamin, mana pernah? Jadi masa pregnant dulu bila kena minum susu dan makan vitamin yang pelbagai memang tahap redha I sungguh tinggi sekali. Gynae I jahat weh dia momok - momokkan I lah cakap kalau tak minum susu nanti tulang reput gigi tanggal semua sebab kalsium kena cilok dengan baby, lepas tu kata kalau I tak makan vitamin nanti baby tak bijaklah kulit macam dinoso lah Gynae I kejam tau, sabar jeklah!

Lepas pregnant mana I ada makan vitamin lagi, buat bodoh je budget kesihatan diri sendiri berada di tahap cemerlang.Padahal tak tahu agaknya semua organ dalam badan pun dah amburadur nasiblah. Dulu I suka keji orang yang makan vitamin. Poyo kot?Budget macam artislah nak makan vitamin segala kan. Biasalah, tak matang, pemikiran pulak cetek. Tahpapetah ada dalam otak. Bila dah tua - tua tulang dah sakit - sakit baru terasa nak makan vitamin, nak insaf. Muka dah macam hantu kumkum kedut jerawat sana - sini baru nak pergi farmasi cari vitamin. Duh!~

Sis Raha dengan kekasih gelaplah (Tika) yang suggest suruh makan vitamins, diorang pun momok - momokkan I cakap lepas pregnant hormon dah berubah kan, yelah takutlah kalau tiba - tiba bangun pagi ada halkum dengan misai kan sebab hormon dah confuse sesama sendiri. Taknaklah wehhhh! So cepat - cepat suruh suami hantar ke Farmasi untuk beli vitamin. Fokus nak cari vitamin untuk ketahanan badan, hormon, kulit dan rambut.

EPO dengan Neem Herbs. Yes I sihat!
Belek - belek vitamin dari harga yang beratus - ratus sampailah yang berpuluh - puluh RM, I ambil dua ni, EPO Naturelle dengan Neem Herbs Himalaya. Haaa siapa yang blur blur menatang dua ni adalah hape, maka boleh Google sekarang ye. I malas nak letak kat sini. Wahkaka. EPO tu macam - macam lah benefits dia, and Neem Herbs tu I terpaling suka nak mati sebab ia untuk kulit dan rambut yang sihat auwwww. Masyarakat India di India percaya Neem Herbs adalah tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan sebab ia mempunyai kuasa ajaib doremon yang boleh membantu pelbagai masalah kesihatan dan kuasa ajaib ia yang utama adalah kuasa penyembuhan dan menghasilkan kulit yang cantik. InsyaAllah. =.=" I kan ada masalah kulit sejak akhir - akhir ni so saja - saja nak cuba. Lagipun dua menatang ni banyak khasiat. Sumpah penat nak explain satu - satu. Pergi sana Google heppp jangan malas!

Kalau nak makan vitamin ni semua kena istiqamah ye, jangan sekerat jalan je. Sis Raha dengan Tika dua - dua pun cantik sebab dah lama amalkan makan vitamin ni dari zaman dinoso lagi diorang dah makan, jadi kepada yang baru nak cuba jangan berangan makan hari ni esok terus cantik. Lempang nanti. Cehhh nasihat orang ye =.=" Yeahhhh! Semoga I gigih makan vitamins selepas ini! Hoyeh hoyeh!

Dah.Babai!

6 comments :

cik nur said...

nur pn sme tak brape gemar dgn vitamin dah la waktu skola mak asyik duk bekal kan vitamin (-___-")

-[DeeYA]- said...

sila istiqamah ye.
semoga anda cantik jelita kulit mulus spt baby slps ini.amin!
~lalalalalalalalalalala..~

^____^

eh,lupa plak.yg neem tu mahal x?mmg utk kulit+rmbt ye?

Cik Puan Bunga said...

@cik nurCik Nur sekarang dah suka dah, terpaksa jugak suka! uhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Neem tu aku beli value pack rm65 untuk 120 biji huhu! Amin!

ida khairani said...

baguslah tu.. dah ada kesedaran.. saya tersedar thn lepas..hehe..selepas 6 bln barulah mulus sedikit muka ini(perasan)..tp masih ada kesan jerawat dah light2x skt la.

Cik Puan Bunga said...

@ida khairaniWahhhhh! Dah mulus?jeles!