Friday, January 28, 2011

Bawak Bekal Ke Sekolah Adalah Sifat - Sifat Manusia Stylo

I kan anak manja emak. Walau dah kawen dah beranak - pinak, kalau pasal berebut kasih - sayang dengan emak, sanggup ni emo emo walaupun dengan Adam =.=" Redhalah Adam, dapat mama macam ni! Dari dulu lagi kalau pergi sekolah mesti bawa bekal yang emak masak. Sampailah dah kerja, mesti bawa bekal. Dulu masa mengajar pagi, bawa sarapan yang emak masak ke sekolah. Macam pisang goreng ke, lepat ke, mee goreng ke kan, sekarang bila dah mengajar petang menu bekal pun dah up sikitlah. Eksyen je bawa bekal bila masuk bilik guru. Apa?Nak kongsi? Talk to my hands! Kehkeh!

Hari ini bawa bekal nasi putih, sayur lemak kobis eh ke kubis eh?Ke kudis?eh! Sambal tumis sotong + udang dengan ikan kering disusun atur bentuk X oleh emak supaya bagi effect samseng di situ. Jadi orang lain macam takut - takut nak kongsi makanan dengan I sebab I samseng. Wahkaka. Berangan! Tika je boleh kongsi makan dengan I sebab dia selalu beri perut stoking I ni makan kenyang - kenyang. Sayang dia! Muah sikit!

Sedap nauzubillah!!!
Bila bawa bekal ke sekolah kan dapat berjimat, duit yang lebih masuk dalam tabung ayam sebab nak pergi haji. Murninya hasrat.Amin! Lagi dapat mengeratkan kasih sayang I dengan emak, kalau menu bekal suami yang masak maka bertambah erat kasih sayang I dengan suami, gitulah kan. Lepas tu comel je kan bawa bekal pergi sekolah sebab nanti makan sama - sama Tika bawah pokok dengan mulut comot momot kan padahal umur masing - masing semua dah tua bangka kan. Lagi - lagi kalau bubuh bekal dalam bekas warna pink sumpah muda sentiasa!

Hari - hari sebelum pergi sekolah teruja tengok emak masak apa. Ada satu hari tu kecewa sebab emak masak kupang, I tak pandai makan kupang nanti korek segala isi perut dia keluar last - last tinggal kulit dia je. WTF?? Emak masak semua pun sedap - sedap. Goreng telur mata tenuk pun sedap sedunia. Ni plan diet macamana ni weh? Nak abaikan ke hape? =.="

Korang pergi kerja bawa bekal tak? Weh stylo tau bawa bekal ke tempat kerja! Macam cool gitu! Auwwww!

Dah. Babai!

8 comments :

Cik Ila said...

mmg stylo! sbb mcm2 boleh bwk...org len msti terliur punye...
cik ila dlu pn bawak bekal pegi skolah...bdk2 lain jeles sbb duit dia habis..kahkahkah.

-[DeeYA]- said...

hahahaha..co000lll kentang!
ye!mari bjimat cermat supaya dpt gi haji cepat!amin!
^____^

nur easy said...

bawakkk.. sbb masakan emak mmg sentiasa sedap kn.apa rahsianya ntah.eh bukan kta pun emak jg ke? hehe.. mari kita syg emak kita hingga syurga

Cik Puan Bunga said...

@Cik IlaKan kan?Lepas tu kedekut taknak bg orang lain mintak! kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Yeahhhhh! Kerang rebus mak kau sedappppp!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTulah kan?Goreng bilis pun sedapppp! jom sayang emak jommmm!

-[DeeYA]- said...

xde sapa bleh challeng masakan emak!best di alam semesta!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Yeahhh betollll!