Thursday, January 13, 2011

BB Cream Sunplay Cool Aqua Yang Magic Dan Best Seduniaaaa!

Yeaaahhhh! Tajuk entry macam biasa mesti nak gempak. Sudahlah. Abaikan saja. Kasihan I sebab masih berkabung dengan tragedi kehilangan Adobe Photoshop secara misteri dari lappy kesayangan. Kesian Aban hantar lagi pergi workshop sebab nak mensiasat apakah punca AP I hilang secara misteri nusantara. (T__T) Wehhhh wehhhhh (Terus mood bertukar ceria) Siapa beli CLEO edisi Januari 2011?? Siapa siapa? Siapa beli edisi mini yang comel kiut macam I? Best kan?? Sebab banyak section pasal foods.Kehkeh dahlah jangan mengkeji, dah I sukakan makanan nak buat macamana. Eh tapi bukan nak gosip pasal makan lah! Eh perasan tak ada free BB Cream yang sechoet tu??Perasan tak? Brand Sunplay. Wehhh you guys dah try belum??? BEST SEDUNIAAAAAA!

Yang dia bagi free tu alahhhhh sechoetttt jeeee! (T__T)

Tadi pergi sekolah saja - saja nak try BB Cream ni. I kan penggemar BB Cream yang tegar, 24 jam nak ber-BB Cream je, menyampah je tengok. Sebab perasan muka mulus yang tulus yang kudus padahal muka sebenar macam Hantu Jerawat! Kehkeh! Weh korang BB Cream ni so far yang terbest I pernah pakai! Pakai sekali terus rasa macam jatuh cinta pandang pertama! Nak jugak! Taknak benda lain wehhhhh! Hari ni I pergi sekolah tak pakai compact powder atau apapun, I cuma pakai BB Cream ni dengan blusher dengan eyeshadow je. Wehhh boleh tak cakap muka sendiri cantik?Wahahaha! (Gelak macam Shin Chan)

Yang paling best sebab shade dia bertepatan dengan I punya skin color lepas tu it's very easy to blend! Wah ngengada kan terus speaking. Texture dia lembuttttt je, kita tap dengan jari terus serap masuk dalam kulit! Best nauzubillah! Coverage memang terbaik dari ladang. So far BB Cream inilah yang bagi I coverage yang terpaling puas hati. Cuma jangan pakai banyak sangat, pakai sikiitttttt je. Sikitttt je tau sebab kalau banyak sangat you letak nanti orang tengok muka you terus tanya "Baru balik buat show opera Cina?" Kecewa.

Cuma kalau muka kita jenis yang berminyak masak boleh kumpul goreng telur, dinasihatkan pakai bersama loose powder atau translucent powder supaya effect porcelain white tu lebih memukau. Bolehlah perasan muka sendiri macam porcelain doll! Wah berangan!

Balik sekolah ni nak carilah BB Cream ni. Kat mana ada jual eh? Sengal betul. Yelah, I kan pakai yang free gift CLEO bagi, karang kalau dah habis karang mesti kecewa sebab dah tak boleh menyamar jadi porcelain doll lagi. Wahahahaha berangan nak kena lempang.


Dah. Babai!

5 comments :

nur easy said...

apa susah.. kakak bunga beli la cleo tu banyak2.. nanti dpt la free BB tu byk2 gak.. hehe

hazirah abdul rahman said...

akak,kt ada nampak dekat watso, try cari, harga dia RM 50 lebih,,


nanti nak try lah jugak,, =)

Cik Puan Bunga said...

@nur easywahwahwah pandainya adik I yang sorang niiiii! hahahaha!~

Cik Puan Bunga said...

@hazirah abdul rahmanzira jumpa dah! akak pergi cari kat watson! sekarang tengah offer! cuma rm51++ saja! (:

♥ Syikin_My ♥ said...

nak kena gi cari jugak ni, hehe