Friday, January 14, 2011

BB Cream Sunplay Skin Aqua. Anda Bila Lagi?

Hai! Semangat tak update blog pagi - pagi buta? Pukul 1 pagi kau! kalau ada award blogger gila update blog pagi - pagi buta sila calonkan I sebagai pemenang tau! Adam tidur dengan nyenyaknya sambil golek - golek, mimpi apatah. Weh ingat lagi tak petang tadi kan I macam excited cerita pasal BB Cream Sunplay?Memandai eh I bagi nama padahal nama sebenar beliau adalah Skin Aqua Silky BB Cream by Sunplay. Haha. Okaylah kalau nak maki I silakan lah terpaksalah redha saja sebab sendiri punya silap! (T__T)

Memandangkan I kan kategori budak hyperactive yang sangat enthusiastic kan maka habis je waktu sekolah terus paksa suami temankan I pergi Watson sebab excited sangat nak cari BB Cream ni. Alang - alang dah jumpa yang serasi kan so cepat - cepat pergi cari. Sambil mata bulat dan bersinar - sinar I terus tanya Auntie Watson yang tengah fokus scan harga barang - barang. And Auntie Watson ni pulak dengan ramah - tamah dan bersikap satu Malaysianya dia assisted I sepanjang proses pembelian. Cool kentang betul Auntie Watson BP Mall ni. Calit sikittt!

Phewww Watson pulak tengah sale, jadi dapat diskaunlah BB Cream ni. Harga biasa RM59.90 ++ and dapat RM51.00++. Okaykan? Simpan 50sen sehari lebih kurang 3 bulan kemudian korang dapatlah beli BB Cream ni! Yayyyy! Excited sampai mata yang bulat bersinar tadi terus bertambah bulat. Masa tu memang comel gilerlah I dahlah muka pun time tu ala ala porcelain doll kan. Alah comelnya nauzubillah!

Tengok! Tengok!! Esok muka I flawless pergi sekolah! Yayyy!
*Mata bulat dan bersinar*
BB Cream ni ada 2 jenis tahu. Sunplay Skin Aqua Silky BB Cream SPF 29 PA++ untuk normal to oily skin and Sunplay Skin Aqua Moisture BB Cream SPF 36 PA++ untuk normal to dry skin. Jangan salah beli tahu kalau tak nanti tak jadi effect porcelain doll tu karang. Siapa nak tahu dengan lebih details pasal BB Cream ni boleh picit sini [PICIT] Tak rugi beli sebab BB Cream ni memang best. Serious, sumpah pengakap. Beliau memang ternyata memberikan kesan yang membanggakan. Yang paling I suka sangat tu sebab ia tak sticky macam certain BB Creams. Tapi ingat, bila pakai BB Cream jangan lupa gunakan make up remover yang betul - betul tanggalkan BB Cream tu dari muka kita, sebab macam yang I cakap dalam entry sebelum - sebelum ni, BB Cream ni macam concealer so coverage dia sangat mendalam, kalau tak bersihkan betul - betul nanti ada jerawat tumbuh kat muka. Kan annoying kan? Wahhhh I dah macam pakar kecantikan pulak! (=__=)"

I mana boleh nampak benda comel kan. Semua pun nak rembat!
Dah, Babai!

4 comments :

ynadona said...

saya beli rm48++ di guardian tau x kakak...lagik murah.kehkehkeh...

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaEh?Iye?Hampesssss!

Shellia89 said...

blog akak memang comel giler.... Kebetulan nak cari harga sunplay punya bb cream. cari punya cari tersinggahlah kat blog akak ni. saya terus terpikat dengan kecomelan blog ni. sambil2 itu nak tanya sikit... senang x blend kat muka?

Cik Puan Bunga said...

@Shellia89Terima kasih! :) oh ia sangat super senang blend kat muka! bestttt sedunia~!