Thursday, January 27, 2011

Bersedia Untuk Dikeji (Sebab Diorang Tak Boleh Nak Jadi Best Macam Kita.Hoho)

Mungkin tak semua orang lahir dengan genetik best dalam diri mereka. Mungkin mereka terpaksa mengerah keringat menjadi best sehabis mungkin tapi tak best best jugak. Mungkin kadang - kadang mereka kenalah akur yang best itu satu kurniaan. Insan - insan terpilih saja layak menjadi best. Dan terpaksa redhalah kalau antara orang - orang yang sangat annoying di mata kau adalah orang yang best. =.="

Hari ini hari pertama I mengajar PJ a.k.a Pendidikan Jasmani. Dari semalam I ingatkan Tika yang hari ni kena pakai pakaian sukan lengkap sebab kami mengajar PJ hari yang sama. Babai baju batik annoying, Helo baju sukan yang cool kentang!I bukan seorang yang bersenam jadi janganlah harapkan sangat ada pakaian PJ dalam simpanan, jadi cuma ada sepasang seluar sukan dan baju - baju size besar kepunyaan suami. Rembat sajalah. I kan gemuk kan, jadi kenalah pakai size - size extra kannnn. Sesopan mungkin I mengenakan pakaian sukan. Jangan sendat - sendat nanti nampak babatttt (nyanyi macam lagu Ana Rafali dengan SMH tu kannn..) Tapi sampai sekolah saja rasa macam nak penendang orang bila ada yang tegur "Baju apa kau pakai tu Yatttttt? Macam nak pergi shopping je??" =.=" Berlalu sambil buat muka pasrah. Apakah?

Ini ke baju nak pergi shopping? (Hantuk dahi ke dinding)
Tak cukup dengan itu, masa I nak pergi ambil wudhu' solat Zuhur lagi puaka I kena "Eehhhhh macam ni ke cikgu PJ?Kenapa gemukkkk???" Sambil buat muka comel selamba je akak tu bagi ayat super pailang. Perasaan?Kalau ada mesin rumput berdekatan mesti dah Mohawk kepala akak tu I kerjakan. Taktahulah niat dia nak bergurau ke atau memang dah pasang angan - angan nak kena pelempang ke tak tahulah kan. Tapi dah dasar insan penyayang lagi bersopan macam I ni, I pun sambil gelak - gelak cekik batang leher akak tu dengan muka seposen ala ala bergurau. "Akak niiiiii!" Manja je intonasi suara I sambil tangan sungguh - sungguh cekau batang leher dia. Hambik kau. Terbatuk - batuk kau nyah!

Ah kalau cikgu PJ I dulu cantik macam ni, mesti I rajin bersenam!
Bila kita dah memang sejak bayi gilakan pink, jangan ingat takde orang nak mengkeji. Keji dalam hati, keji depan - depan. Nak buat macamana kan? Bukan kita buat - buat. Dah memang sejak azali dah ada naluri cintakan pink, takkan nak salahkan emak yang mengandung pula kan? Faham sungguh I apa yang maknyah - maknyah tu rasa. I tak mintak okayyhhhh dijadikan begini. Sob sob sob! =.="

Haiiiiii! Nama saya cendawan pink yang comellllll!
Jangan salah sangka, ni bukan kasut sukan I walaupun dalam hati meronta - ronta nak kasut sukan begini kan. Ni kasut dalam bilik guru. Sumpah comel kan? Dah dah jangan keji secara terang - terangan. Nanti I kecil hati.
Selipar pun jadi isu. Manusiaaaa manusia.
Hari ni banyak sebenarnya yang buat hati panas. Dari semalam sebenarnya hati, telinga dah panas tapi sabarrrkan je memandangkan tak lama lagi nak cuti raya Cina kan? Sabarrr sabarrrr. Nanti cuti raya cina boleh main tanglung puas - puas. Yayyyyyyy! Nasib baik ada Tika tempat melepas gundah gulana. Sabar jelah Tika eh dapat kekasih suka pot pet macam I ni. =.="

Tadi tak dapat nak buat aktiviti cardio macam I plan dengan Tika sebelum ni, sebab busy denda budak - budak PJ turun lambat, lepas tu rotan mereka sorang - sorang sebab main - main bila I suruh mereka buat senamrobik. Gelak - gelak macam nak mintak penampar. Kan dah kena rotan. Padan muka. Hopefully tadi bolehlah kurun 200 - 300 gram sebab rasa tadi macam ada keluar peluh sikit - sikit. Kihkih!

Dah. Babaiiiiii!

10 comments :

Naddy said...

ai cendawan pink, ble ngurat! hahaahah siyes comel..nak satu!!!! eh dua!!!

cik nur said...

hahaha
comel nyer la hai biar la kalo org nk keji penggemar pink mcm kita2 kan perdulik apa erk :)

lalink7 said...

cpb ngajar skolah mana?

nur easy said...

cikgu pj dulu pakai bj kurung tau cuma bseluar. at least u dah comply dress code kn.. hehe color for dress code takda kn?

-[DeeYA]- said...

sapa yg sipet sgt kutuk gf gelap i "kuwus" secara membabi buta ni??!!!
kebgiurbvizdsgbepbnd!!!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyNah weh ambik aku punya jek weh! Kahkah! (:

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul laaa kan kan?Cuma kadang2 emo jugak kalau time2 period ke hape kan?kihkih!~

Cik Puan Bunga said...

@lalink7Jengjengengggggg! RAHSIA! Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyErrr jangan pki warna yang menjolok mata. pink neh menjolok mata sesangat eh kan???

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Kakak kau!