Sunday, January 2, 2011

Betapa Semua Orang Memerlukan Publisiti Murahan!

Yes! Semua orang! Semua orang tidak terkecuali. Everyone has their own price. Correct me if I'm wrong. Cehhh... menyampah pagi - pagi nak speaking. Satu malam tak boleh tidur sebab rindukan suami (Lepas ni mesti anon hantar formspring layang lagi) Jadi I blogwalkinglah secara membabi - buta sambil - sambil cari idea nak jahanamkan hias blog supaya jadi lebih muda remaja. Blogwalking ni yang bestnya kan, kita boleh tahu perangai orang tau, ceh budget bloggers ni lagi famous dari artis maka setiap bloggers ada clan diorang sendiri. Blogger ni kutuk blogger tu, nanti blogger ni keji blogger tu, blogger tu tiru blogger ni sebijik sebuntat, ah macam - macamlah.

Ada blogger yang masuk - masuk page saja "INI BLOG HAKU SUKAHATI HAKU NAK TULIS HAPE TAK SUKA KAU BOLE BLAH" terkejut I yang comel ni, terus tak jadi blogwalking blog dia, I kan insan yang lemah lembut, tak suka kasar - kasar. No no no! Ada pula yang style tepek gambar sendiri buat muncung itik secara bermaharajalela. Itu suka hati dialah kan dah blog dia, lantak lah. Mana - mana bloggers yang cantik - cantik bolehlah cuci mata, yang kelakar - kelakar tu bolehlah jadi hiburan di malam hari. Tak kurang juga yang suka mengkeji dengan harapan komen yang datang beribu - riban. Macam - macam bentuk blog masing - masing, ada yang comellllll sedunia, ada yang tengok rasa nak termuntah, ada yang islamik, ada yang so-sial, pelbagai.

Teringat semula 3 tahun lepas, tatkala (Chewahh tatkala nyah!) follower blog ni cuma I sorang, lepas tu sikit - sikit bertambah jadi 7 orang. 3 tahun blogging baru 300++ followers. Anak Kak Nab tu baru setahun blogging followers dah 4 juta. Gila betul. Nampak sangat blog I ni blog picisan. Muka pun tak berapa nak pan - asian, kalau tak boleh masuk majalah Mangga, promote blog sikit. Kehkeh. Mimpilahhhh kau!

Ah, ni yang rasa nak buat publisti murahan ni!

p/s : Siapa follow blog ini nanti dia kawen dengan anak raja gopal eh tak tak! Kawen dengan anak raja betul! (Amacam?murah tak publisiti?)

Nasib baik tak buat muncung itik!

2 comments :

cik aletheea : said...

muncung itik sket cik puan bunga...ekekekke..
thanx jadi org ke 4 folllow saye..;p

Cik Puan Bunga said...

Sama-sama cik aletheea :)) ouh kalau buat muncung itik huduh nak mamm! ;p